Tarian Bulan

Tarian Bulan
Amy Blankenship
Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi disebalik  kehidupan harian biasa. Dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah menari di kelabnya. Devon bersumpah menjadikan wanita itu miliknya. Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di lantai tari di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi di bawah kehidupan harian yang riuh-rendah. Satu dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah yang menggoda, menari di kelabnya, bersenjatakan perenjat elektrik dan berhati sinis. Dengan peperangan pontianak yang bermaharajalela di sekitar mereka, Devon bersumpah untuk menjadikan wanita itu miliknya… dan akan berjuang sepenuh tenaga untuk memilikinya.


“Tarian Bulan”
Siri Ikatan Darah Buku 1

Amy Blankenship, RK Melton
Disunting oleh Tracy Murray
Diterjemah oleh Yuni Nuraini Roslan

Hak Cipta © 2012 Amy Blankenship
Edisi Kedua Diterbitkan oleh TekTime
Hakcipta Terpelihara.

Prolog
Taman Negara Angeles adalah rumah bagi kugar yang berbahaya dan jaguar import yang berkeliaran di hutan yang luas itu. Kadangkala, pada malam yang terang, bilangan mereka bertambah apabila haiwan jadian LA, atau pengubah bentuk seperti yang dikenali dalam dongeng rakyat, merayau-rayau di kalangan saudara-mara jauh mereka di tanah yang tak bertuan ini. Pada malam-malam seperti inilah penghuni sebenar hutan akan tetap berada di sarang masing-masing sementara pemangsa dari bandar menjajah teritori mereka, cukup lama untuk memburu, atau jarang sekali berlaku, menyelesaikan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di kawasan yang dihuni manusia.
Tiada yang lebih ganas daripada pergaduhan yang berlaku antara haiwan-haiwan jadian itu dan, jika salah satu dari mereka tercedera, ianya sama berbahaya kepada sisi manusia yang juga menjadi sebahagian dari sisi haiwan dalam diri mereka. Untuk melindungi manusia di tempat mereka tinggal bersama, masalah dalam kalangan makhluk jadian, seboleh mungkin, diselesaikan di luar kawasan yang dihuni manusia dan tempat terbaik adalah di hutan dalam, tempat asal medan perburuan.
Malam ini, hutan itu menjadi sunyi sepi kerana dua pemilik kelab terbesar di bandar berada di tanah terbiar itu, melepaskan pakaian ditubuh mereka dan membiarkan haiwan dalaman mereka bebas keluar. Malam ini mereka memburu kubur pontianak yang mampu memusnahkan mereka berdua.
Di hutan dalam di mana tiada manusia dapat mendengarkan mereka, Malachi, ketua puak kecil jaguar, memecut membelah kegelapan malam menuju ke arah musuhnya… seorang lelaki yang tidak patut dipercayai melebihi sahabat baiknya sendiri. Sasarannya ialah satu lagi pengubah bentuk lain, yang ini dengan darah kugar mengalir dalam tubuhnya, Nathaniel Wilder… rakan kongsi perniagaannya sepanjang 30 tahun lepas.
Malachi tiba di kawasan lapang di tengah hutan hanya untuk menemui Nathaniel yang berdiri di situ menanti kedatangannya dalam bentuk manusia. Mengambil beberapa langkah ke hadapan, ianya seperti melangkah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain apabila Malachi bertukar semula kepada bentuk manusianya. Kedua-dua mereka berbahaya tidak kira dalam apapun bentuk perubahan mereka. Sebagai manusia, mereka berdua sangat cergas dengan otot seperti besi yang kelihatan tegang di bawah kulit yang lembut. Makhluk jadian ini lambat menua dan kedua-dua lelaki itu kelihatan seperti usia 30-an sedangkan mereka sebenarnya sudah memasuki usia 50-an.
Jika ini sebuah filem Hollywood, ia akan mengambil masa beberapa minit untuk berubah secara kasar, tapi ini adalah realiti dan tiada raksasa kelaparan di hutan lapang ini. Berdiri tanpa surat benang bukanlah sesuatu yang aneh bagi pengubah bentuk dan bulan memantulkan cahayanya seolah-olah lampu limpah yang menembusi timbunan awan di langit ke atas mereka.
“Kita tak perlu pun sampai ke tahap ini,” kata Nathaniel, tidak berganjak sementara dia cuba untuk memujuk sahabatnya. “Dengar cakap aku! Dah tiga puluh tahun perkara itu berlaku dan banyak perkara dah berubah… Aku dah berubah.”
“Tiga puluh tahun yang penuh penipuan!” Malachi memetir, suaranya bergema memenuhi segenap kawasan lapang itu. Pandangannya disorot ke tempat di mana dia menguburkan Kane dan matanya terasa pedih akibat dari airmatanya yang bergenang. “Sebab engkau, aku terpaksa mengikatnya dengan tanah ini… sebab engkaulah aku ditinggalkannya selama tiga puluh tahun!”
“Aku takkan benarkan kau gali semula kubur dia, Malachi! Engkau tahu apa akan berlaku kalau kau lakukannya,” Nathaniel melihat dengan penuh debaran apabila Malachi merenung penuh kerinduan ke arah kubur lelaki yang pernah menjadi sahabat baiknya satu masa dulu. Dia tak akan pernah faham. Kane ialah seorang pontianak dan sangat berbahaya.
Kane jugalah salah satu daripada dua perkara yang menjadi penghalang dalam menjalinkan hubungan antara puak jaguar dan puak kugar… Kane dan isteri Malachi yang cantik, menggoda dan curang itu, Carlotta. Nathaniel telah jatuh cinta kepadanya terlebih dahulu. Bukan niatnya untuk perkara ini jadi begini. Akhirnya, Nathaniel terpaksa menyelesaikan masalah itu dalam keadaan amukan cemburu… membunuh dua ‘burung’ sekaligus.
“Dia kawan baik aku dan dia tak pernah mengkhianati aku! Engkaulah yang tikam aku dari belakang!” Malachi mengerdipkan matanya, menghilangkan airmata yang terbit akibat kemarahannya, kemudian dia menyentuh subang yang dipakainya; subang kepunyaan Kane. Apa yang telah dia lakukan? Bila dia mendapati Kane membongkok di atas mayat isterinya, dia terkedu dalam kekeliruan, sehinggalah Nathaniel mengesahkan yang Kane ialah pembunuhnya.
Isterinya telah mati disini, di hutan lapang ini, jadi dia fikir memang tepat tindakannya mengikat Kane dengan tempat ini… dalam tanah ini. Bahkan dia mencuri buku jampi milik Kane dan menggunakannya untuk menentang tuannya sendiri untuk membalas dendam.
Ya, Nathaniel memang benar tentang satu perkara. Kebanyakan pontianak adalah jahat, tapi ada beberapa yang terkecuali dan Kane salah seorang daripadanya. Tapi tiada yang lebih kejam berbanding apa yang dia sendiri telah lakukan. Jampi ini hanya boleh diterbalikkan oleh teman sejiwa Kane.
Malachi fikir ianya kelakar pada masa itu kerana Kane tidak menua dan tidak pula pernah bertemu dengan teman sehati sejiwanya. Pada masa lalu, dia dan Kane sering bergurau tentangnya, mengatakan yang wanita itu tak mungkin dilahirkan. Mindanya mengimbas kembali memori senyuman Kane sambil dia berkata, ‘tuhan mesti ada rasa lucu jika Dia mencipta wanita yang boleh tahan dengan kerenahnya.’
“Dah terlalu lama dia ada di bawah sana.” Nathaniel memberi amaran. “Dengan nafsu darah dan kegilaan yang mengasai dirinya… kalau kau bebaskan dia sekarang, dia akan bunuh kita berdua.”
Malachi tersentak dan merenung tajam ke arah Nathaniel. “Dia hanya perlu bunuh aku seorang sebab masa itu kau memang dah pun mati.”
Dengan ugutan itu, maka kedua-dua lelaki tadi sekali lagi berubah ke bentuk haiwan mereka.

*****

Di pinggir tapak perkhemahan berhampiran kawasan permainan Tabatha King, atau Tabby seperti yang dipanggil oleh semua orang, duduk di tangga karavan besar milik orang tuanya sambil mendongak ke langit memandang bintang-bintang di langit yang mengintai di sebalik awan tebal. Dia meniup rambut depannya yang terjuntai menutupi matanya, gembira kerana akhirnya hujan telah berhenti.
Ini adalah kali pertama dia berkhemah dan perkara terakhir yang ingin dilakukannya adalah duduk terperuk dalam RV ini. Dia begitu teruja tentang perkhemahan ini dan bertambah gembira apabila mereka bersetuju untuk membawa bersama anjing kecil keluarga mereka, Scrappy. Berkali-kali dia memujuk dan merayu ibubapanya untuk memberi keizinan, tapi selepas dia berjanji akan menjaga sahabat baik kecilnya itu, seekor anak anjing baka Yorkie, akhirnya dia berjaya memenangi hati ibubapanya yang ragu-ragu itu.
Scrappy menyalak di luar dalam kegelapan, berlari berpusing-pusing di sekeliling tali cawaknya, mahu mengejar bayang-bayang yang telah menarik perhatiannya. Gadis kecil itu tersentak apabila Scrappy tiba-tiba terlepas dari tali cawaknya dan lari menyembunyikan diri. Tabby berdiri di tangga besi apabila anak anjingnya berlari pantas melalui sebuah lubang kecil di bawah pagar yang memisahkan tapak perkhemahan dengan kawasan permaianan.
“Scrappy jangan!” Tabby menjerit dan berlari mengejar anjingnya. Ibu dan ayahnya telah memberi kepercayaan pada Tabby untuk tidak membiarkan anjingnya hilang. Berhenti di tepi pagar, dia menghela nafas sambil merenung ke arah kegelapan kawasan yang dilitupi pokok itu. “Saya bukan pengecut.” Dia menggigit bibir bawahnya dalam keazaman sebelum melutut untuk menyiasat lubang bukaan itu.
Selepas membuat beberapa kikisan kecil, dia cuba untuk melalui lubang pada pagar itu dan berlari ke arah salakan yang sayup-sayup kedengaran. “Awak memang akan buat saya dalam masalah,” bisiknya kasar, kemudian mula membuat bunyi yang biasa dibuat dengan lidahnya mengetahui yang anak anjingnya sering datang apabila mendengar bunyi itu.
“Tabby, kamu di mana?”
Dibelakangnya, Tabatha terdengar ibunya memanggil tetapi dia lebih berminat untuk membawa angjingnya kembali ke tapak perkhemahan. Scrappy adalah anjingnya dan dia perlu menjaganya dengan baik. Jadi daripada Tabby menyahut panggilan ibunya atau memekik ke arah Scrappy, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mengikut arah salakan nyaring Scrappy.
Tidak lama kemudian Tabatha terpaksa berhenti seketika untuk menarik nafasnya. Dia bersandar pada sebatang pokok besar dan meletakkan tangan pada lututnya yang kotor, menghela nafas dan mendengar bunyi-bunyian yang ada di hutan itu. Sudah lama dia teringin untuk berdiri di tengah-tengah hutan dan hanya mendengar seperti yang puak Indian pernah lakukan dalam filem TV.
Awan hujan yang telah pergi tadi kembali semula dan cahaya bulan yang terang tiba-tiba hilang. Dia membuka matanya luas-luas apabila menyedari yang dia tidak lagi dapat melihat cahaya dari tapak perkhemahan.
Melangkah ke depan dengan penuh hati-hati, dia memandang liar ke kawasan sekitar tapi apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan, batang pokok yang hampir tidak dapat lihat, dan bayang-bayang yang lebih gelap. Dia merengek apabila sesuatu mengaum tidak jauh di belakangnya. Mengambil keputusan yang dia tidak akan memandang ke arah itu, dia lari menyelematkan diri tanpa memandang ke belakang.
Selepas berlari jauh seperti tiada penghujungnya, Tabhata terdengar Scrappy menyalak lagi dan dia meluru ke arah bunyi itu dengan harapan apapun yang menderum tadi tidak mengejarnya. Dia mendengar satu lagi ngauman tapi kali ini ia datang dari hadapannya.
Dia menekan kuat pada tanah dengan tumitnya, cuba untuk menggelungsur ke satu hentian tetapi tanah di situ diliputi dengan daun-daun licin dan kotor akibat hujan. Dia bukannya berhenti, malah dia menggelungsur lebih jauh ke tepi sebelum jatuh menjunam ke cerun yang landai.
Nafasnya hampir terhenti apabila tubuhnya menghentam sebatang pokok tumbang yang menghentikannya daripada terus menggelungsur. Perkara pertama yang dia perasan selepas dia telah bertenang ialah Scrappy tidak menyalak lagi. Dia terdengar bunyi ngauman lagi dan mula untuk memanjat ke atas bukit semula apabila dia terdengar bunyi rengekan lembut. Sedaya upaya dia berdiri, dia mengintai di sebalik batang pokok itu dan ternampak satu kawasan lapang yang kecil di mana cahaya bulan menerangi kawasan itu.
Di situlah, tepat di tengah-tengah ialah Scrappy, melolong seperti baru sahaja dibelasah oleh anjing di hujung jalan di rumahnya. Anak anjing itu meniarap di tanah dan merangkak ke belakang. Mata biru Tabhata terbeliak bila dia melihat puncanya. Dua haiwan bergerak perlahan ke arah satu sama lain di kawasan lapang itu dan Scrappy betul-betul berada di tengah-tengah.
“Tolol,” Tabby mendesis perlahan.
Dia mengenali haiwan-haiwan itu daripada gambar-gambar yang pernah ditunjukkan oleh ayahnya sebelum mereka memulakan perjalanan. Satu daripadanya ialah kugar dan satu lagi dia mengenalinya daripada televisyen... seekor jaguar. Dia suka menonton rancangan berkaitan haiwan dan tidak berasa mual seperti ibunya apabila haiwan-haiwan di TV itu cuba untuk menyerang satu sama lain. Tapi kali ini berbeza... ianya benar dan menakutkan sedikit.
Kedua-duanya adalah kucing hutan yang boleh memakan manusia, dan juga bersaiz besar. Haiwan-haiwan yang penuh gaya itu mengelilingi satu sama lain, mengaum dengan suara garau dan mata mereka bersinar-sinar seperti kepingan emas. Bunyi yang sangat berbahaya itu dibawa angin, menyapa ke arah Tabatha yang terus memerhatikan mereka dengan perasaan germuruh.
“Mari sini Scrappy,” dia berbisik, berharap yang kucing–kucing besar itu tidak mendengarnya.. “Datang ke sini sebelum salah satu dari mereka memijak kamu.” Dia mahu katakan ‘makan kamu’ tapi dia tidak mahu menakutkan anak anjingnya yang kasihan itu lebih daripada apa yang ia rasa sekarang.
Kucing-kucing itu secara tiba-tiba menjerit membuatkan Tabatha memekup telinganya dengan tapak tangan kerana bunyi itu sangat kuat dan menakutkan. Merekea berlari dengan kelajuan tinggi merentasi kawasan itu, membuatkan Scrappy menyembunyikan ekornya diantara kakinya dan menjerit ketakutan.
Melihat anak anjingnya teramat takut, Tabby bergerak melalui rimbunan pepohon dan berlari ke arah Scrappy sepantas yang dia mampu. Dia berada lebih dekat dengan Scrappy berbanding kedua-dua kucing hutan itu dan segera melitupi tubuh kecil haiwan itu dengan tubuhnya sebaik sahaja kedua-dua haiwan itu melompat dan bertembung di udara betul-betul di atasnya.
“Tolong jangan apa-apakan anjing saya!” jeritnya.
Dia menjerit lagi apabila kuku tajam mereka mencakar lengannya dan satu lagi di belakangnya. Kucing-kucing itu jatuh betul-betul di belakangnya dengan bunyi seperti tetulang jatuh berdebap, mengaum dan menjerit ke arah satu sama lain. Dia kekal membongkok di atas Scrappy yang masih lagi menggeletar ketakutan dan merengek perlahan, tidak berani untuk melihat haiwan-haiwan itu berkelahi hanya beberapa kaki di belakangnya.
Tabatha takut untuk bergerak dan memeluk anjingnya sekuat yang mungkin. Matanya dipejam dan dia mula berbisik kepada Scrappy agar lari dan dapatkan bantuan, jika salah satu daripada kucing raksasa itu menangkapnya juga. Sesuatu yang basah dan hangat tersembur merentasi belakangnya tapi dia masih lagi tidak berganjak. Akhirnya, pertarungan itu berhenti dan dia cuba untuk mengintai di sebalik bahunya.
Dia mula menggigil dan menangis apabila dia melihat dua orang lelaki terbaring di belakangnya dengan darah di serata badan mereka. Perlahan-lahan Tabatha bangkit dari kedudukannya dengan Scrappy yang masih di tangan dan mula berjalan undur. Ke mana perginya kugar dan jaguar tadi? Adakah mereka menyerang dua orang lelaki ini kemudian melarikan diri? Mengapa lelaki-lelaki ini tiada seurat benang pun di badan mereka?
Nathaniel tiba-tiba membuka matanya dan menampakkan gigi taringnya kepada Tabhata.
Tabatha tersandung ke belakang dan hampir jatuh tapi cepat-cepat menyeimbangkan semula tubuhnya. Scrappy menjerit halus lagi apabila ngauman lelaki itu mirip kugar tadi dan berusaha untuk melepaskan diri dari tangan Tabby. Dia melarikan diri ke dalam hutan sambil melolong ketakutan.
Malachi tersentap-sentap sebaik darah memercik keluar dari dadanya. Dia membuka mulutnya dan menyebut satu perkataan, ditujukan ke arah gadis kecil itu.
“Lari!” suaranya berakhir dengan ngauman membingitkan daripada seekor jaguar.
Tabatha tidak berfikir panjang untuk patuh padanya. Dia memalingkan badannya dan lari daripada kawasan lapang itu, langsung tidak berani menoleh ke belakang. Dia tidak peduli ke arah mana dia pergi; asalkan dia dapat melarikan diri daripada lelaki-lekaki berlumuran darah yang menakutkan itu.

*****

“Terima kasih dan ini berita setempat. Malam ini sebuah keluarga tempatan ada sesuatu untuk diraikan. Anak perempuan mereka, Tabatha, akhirnya telah ditemui merayau-rayau tanpa arah dalam Taman Negara Angeles selepas dilaporkan hilang tiga hari yang lalu dari tapak perkhemahan berhampiran Tasik Kristal untuk mencari anjing keluarganya. Dikatakan anjing tersebut terlepas daripada tali cawaknya dan lari ke dalam hutan. Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dengan berani telah mengejar anjingnya dan tidak dijumpai sehinggalah pagi ini. Malangnya, angjingnya tidak ada bersamanya. Menurut pihak berkuasa tempatan, dia kini dirawat di Hospital Komuniti memulih dari kejutan, selepas terselamat daripada serangan kugar. Si Kecil Tabatha kerapkali memberitahu kepada renjer hutan tentang dua lelaki yang cedera di dalam hutan tetapi selepas pencarian menyeluruh di sekitar kawasan sehingga lima ribu kaki persegi, tiada apa yang telah ditemui. Kami akan melaporkan berita selanjutnya sejam dari sekarang.”

Bab 1
10 tahun kemudian…
Muzik yang bingit berdenyut secara berirama daripada kelab itu, papan tanda neon yang besar berwarna ungu itu bertukar warna seiiring dengan rentaknya. Cahaya itu memancarkan sinar yang menakutkan kepada bangunan yang bertentangan dengannya. Di atas bumbung bangunan itu, seorang lelaki berambut pendek perang keemasan, berdiri dengan satu kakinya memijak tepi bangunan. Dia membongkok ke hadapan, sebelah sikunya diletakkan di atas lututnya yang bengkok, sementara dia menikmati rokok yang menyala di tangannya.
Kane Tripp melentokkan kepalanya sedikit dan menyela rambut pendeknya yang bergaya pacak. Dia benci memotong rambutnya, rindu dengan panjangnya satu masa dulu. Dia masih ingat kelembutan rasa rambutnya mengusap belakang badannya. Diangkatnya putung rokok ke mulutnya, dia menghela sedalam-dalamnya mengetahui banyak perkara yang dirinduinya, seperti rokok yang biasa dihisapnya sebelum dia ditanam hidup-hidup dan dibiarkan untuk mati.
Empat puluh tahun yang lalu akibat kecuaiannya dia ditangkap oleh Malachi, ketua satu puak kecil jaguar, dan dituduh membunuh pasangan seorang pengubah bentuk. Sebelum kejadian malam itu, Kane mempunyai hubungan yangn baik dengan puak jaguar, dan ketua mereka ialah salah seorang sahabatnya yang paling rapat. Bibir Kane menipis mengingat memori itu. Malachi telah mencuba, mengadili dan menjatuhkan hukuman dalam bara kemarahan.
Dengan menggunakan jampi daripada buku yang Kane fikir telah disembunyikan dengan sangat berhati-hati, Malachi telah mengikatnya dengan sumpahan, tidak mampu untuk bergerak atau bercakap... tidak dapat membela dirinya sendiri sekalipun. Kemudia dia menanggalkan subang batu darah yang membolehkan dia berjalan bebas id bawah cahaya matahari. Batu darah tersebut dahulunya dimiliki oleh pontianak yang pertama, Syn.
Kane pernah sekali bertanya bagaimana boleh ada yang pertama dan jawapannya membuatkannya tersentak.
Syn telah hadir ke dunia ini bersendirian, dalam keadaan cedera dan kelaparan. Seorang lelaki muda telah menjumpainya dan akibat terlalu lapar, Syn telah menghisap darah lelaki itu. Pontianak itu segera mengetahui bahawa manusia di dunia ini adalah makhluk yang lemah, yang rohnya akan meninggalkan tubuh mereka jika dia kongsikan darahnya, dengan harapan untuk membina keluarga di atas planet ini. Tapi sebaik sahaja roh hilang, mereka tidak lagi berguna kepadanya dan tidak lebih dari sekadar raksasa.
Semasa dalam kehidupan tanpa penghujungnya, Syn hanya menemui tiga orang manusia yang masih kekal mempunyai roh... menjadi anak-anaknya. Satu-satunya perbezaan mereka adalah bila mereka telah ditukar menjadi pontianak, matahari akan membakar kulit mereka... menyebabkan mereka dan adik-beradik raksasa mereka terpaksa bersembunyi dari cahaya waktu siang.Ini tidak pernah menjadi masalah di planet asal Syn disebabkan oleh batu darah.
Gelang tangan tebal yang selama ini dipakai oleh Syn datang dari dunia asalnya dan diperbuat dari Batu Darah. Mengikis sekeping batu daripada gelang tangannya, dia mereka bentuk batu itu menjadi sebentuk cincin, seutas rantai dan subang tunggal. Kane sekali lagi menggapai dan menyentuh subang yang dipakainya.
Walaupun batu darah telah memberikannya kehidupan separa normal... sebaliknya buku jampi milik Syn yang menjadi punca kejatuhan Kane. Syn telah meninggalkan buku itu untuk pilihannya gunakan dengan bijaksana sementara dia beradu. Di dalamnya terkandung jampi mencelaka, satu cara untuk menghentikan kanak-kanak tanpa roh itu jika mereka menjadi ancaman besar kepada manusia.
Kerana jampi mencelaka itu digunakan padanyalah, Kane hanya dapat melihat dengan matanya yang gelap, tidak berkedip semasa bekas sahabatnya menggambus tanah hitam di atasnya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah melihat bintang-bintang yang penuh menghiasi langit malam di atas hutan berisi pepohon itu.
Kegelapan telah menelan segalanya dan kesunyian memenuhi segenap ruang. Jampi itu telah mengikatnya tetapi dia masih boleh merasakan benda-benda dalam tanah menyusur di atasnya. Makhluk kecil, fana yang mengelak dari memakan isi badannya yang belum mati, tetapi tanpa sedar menggerogoti jiwanya.
Seiring masa beredar, dia sangat pasti yang dirinya telah menjadi gila, dan kemudian dia mula kerap mendengar bunyi-bunyian... suara manusia. Mereka seperti mengalu-alukan di dalam penjaranya dan dia sangat teringin untuk mendengarnya lagi. Kadang kala, dia dapat mendengar suara dari seluruh keluarga, dan di masa lain dia hanya terdengar suara orang dewasa.
Ada masanya dia akan cuba untuk melawan jampi itu, untuk menjeri minta pertolongan atau mungkin jadi peneman buat dirinya. Namun kuasa dari jampi itu segera menekannya, membuatkan tubuhnya tidak berdaya. Dia tahu jampi ini... dia pernah menggunakannya pada raksasa. Jampi ini menggunakan magis yang agak kompleks yang memerlukan darah seseorang yang dicintai untuk melepaskannya. Satu jampi cinta yang cukup kuat yang hanya teman sejiwa mangsa sahaja yang boleh meleraikannya.
Ianya memang sangat berkesan kepada pontianak tanpa jiwa kerana mereka perlu mempunyai jiwa untuk mempunyai teman sejiwa. Dia telah menggunakan jampi ini lebih dari sekali untuk menghapuskan ‘adik-beradik’nya yang bertukar menjadi iblis pembunuh, yang tidak lain hanya dahagakan darah.
Kane ketawa terbahak-bahak mengenang memori yang menghantuinya itu, tahu yang dirinya telah musnah... kerana dia tidak mempunyai teman sejiwa. Sekurang-kurangnya, dia tidak pernah bertemu seseorang seperti itu. Dan kalaupun dia ada seseorang yang dicintainya, maka adalah mustahil yang wanita itu tersandung di atas kuburnya dalam keadaan berdarah. Malachi benar-benar patah hati… dia sangat mencintai isterinya sehingga dia mahu Kane tahu betapa dalam cintanya itu dan sangat mendambakannya.
Ya dia sangat mendambakannya. Berkali-kali airmatanya tumpah, merayu tak kiralah apa-apa dewapun agar mendengarnya, untuk mengembalikan teman sejiwanya kepadanya supaya dia boleh bebas. Jika benar dia yang membunuh isteri sahabatnya, maka ia hanya akan menjadi satu hukuman. Tetapi dia tidak bersalah dalam hal ini.
Suatu malam, setelah lama dia berputus asa... dia mendengarnya. Bunyi ngauman Malachi yang berbeza memecah monolog dalaman gilanya, ditemani oleh satu lagi jeritan kemarahan datang daripada haiwan lain. Kemudian yang lebih memeranjatkan, dia mendengar suara seorang kanak-kanak perempuan betul-betul di atasnya menjerit pada keduanya supaya tidak mengapa-apakan anak anjingnya.
Bunyi suara budak perempuan yang kecil dan ketakutan itu telah memecahkan sesuatu dalam dirinya, membuatkannya bersungguh-sungguh mahu bebas, supaya dia dapat melindungi anak kecil itu daripada binatang ganas di waktu malam.
‘Malachi tidak akan mencederakan anak anjing kamu si kecil,’ Kane berbisik dalam mindanya.
Memang benar. Malachi tidak mungkin akan mencederakan sesiapa melainkan mereka menzaliminya dengan teruk... terutamanya kanak-kanak. Mengetahui yang sahabatnya berada dekat di atas, Kane merasakan percikan kehidupan kembali kepadanya. Dia semakin marah apabila dia mendengar gadis kecil itu menjerit sekali lagi dan dia mendengar sesuatu terhempas kuat ke tanah. Darah… dia terhidu bau tumpahan darah segar yang masuk melalui celah-celah tanah lembut menuju ke arahnya.
Ianya adalah perkara paling menggembirakan yang pernah dihadapinya. It was the most welcome thing he’d ever encountered. Aroma tersebut memenuhi segenap mindanya dan hampir membawanya ke tahap kegilaan yang lebih tinggi, mengetahui yang dia tidak mampu menggapainya. Dia tersangat lemah kerana mengahbiskan banyak masa tanpa sekali pun minum… kehausan seperti nak mati tapi tak juga mati. Masa itulah dia terasa satu dari jemarinya bergerak.
Kane menumpukan sepenuh tenaganya kepada itu dan tetapkan apa yang tinggal di mindanya untuk cuba bergerak. Dia dapat merasakan hari berganti hari, berdasarkan pada kehangatan yang dirasakan pada tanah di atasnya. Aroma darah yang mengelilinginya sekarang, menjadikannya maju ke depan. Akhirnya, perlahan-lahan dia mampu untuk menggerakkan tangannya dan memulakan proses perlahan mengali jalan keluar dari kuburnya sendiri.
Banyak hari telah berlalu dan apabila tangannya akhirnya berjaya menembusi permukaan, dia dengan jelas mengalirkan airmata gembira. Menolak dirinya keluar dari tanah, Kane membuka matanya dan mendongak ke langit, ketawa hampir seperti orang gila apabila dia melihat langit hitam dan bintang-bintang di atas kepalanya. Melihat semula ke bawah, dia terlihat sekeping kain yang mempunyai tompokan darah kering padanya. Dia mengutipnya, dan mendekatkan kain itu ke hidungnya, menyedut aroma darah yang telah membebaskannya.
Menyimpan ingatan terhadap penyelamatnya di genggaman tangannya, dia mengangkat tuguhnya yang masih tenggelam keluar dari tanah. Malachi dan pengubah bentuk yang sebenarnya telah membunuh isteri jaguar itu terbaring kaku hanya beberapa kaki dari kuburnya.
Merenung ke arah hutan sekeliling, dia tahu yang gadis kecil itu telah lama pergi tetapi Kane sangat yakin yang budak itu teman sejiwanya. Siapa lagi yang boleh mematahkan jampi yang Malachi kenakan ke atasnya?
Terlalu lemah untuk pergi mencari gadis kecil itu, Kane merangkak ke arah Malachi, kelihatan menyentuh lembut pipi lelaki itu. Memalingkan wajah lelaki itu ke arahnya, nafas Kane berada dalam keliru. Malachi sedang memakai subang batu darah. Subang miliknya!
Dalam kemarahan meluap-luap dan pergerakan yang terlalu pantas untuk dikesan, Kane berdiri dengan subang tadi berada di genggamannya. Melihat ke arah Nathaniel, lelaki yang telah memfitnahnya, Kane mengumpulkan seluruh kegelapan kawasan sekitar dan menyelubunginya seperti leret kemudian hilang dalam kepekatan malam.
Kane menghembus keluar nafasnya dan melihat asap terapung di udara, berkepul di hadapannya sebelum hanyut ditiup pergi oleh angin. Dia telah menghabiskan selama sepuluh tahun mengembara dari satu negara ke satu negara, dari benua ke benua, belajar segalanya yang dia ketinggalan sewaktu berada dalam tiga puluh tahun hukuman penjara itu.
Dengan perlahan dia membina semula kekuatannya, bermula dengan anak anjing Yorkie yang dijumpainya meromok di dalam batang pokok mati di hutan itu. Anjing itu pernah menjadi haiwan peliharaan seseorang dan dia berasa sesal berbuat begitu, tapi keperluannya untuk makan lebih kuat berbanding rasa bersalahnya pada ketika itu.
Hanya selepas dia mengisi perutnya barulah dia sedar yang anjing itu kepunyaan anak kecil yang telah membebaskannya. Merasakan sedikit percikan hidup dalam haiwan itu, dia telah melakukan perkara paling terkutuk. Menggigit lengannya sendiri, Kane memaksa beberapa titisan darahnya jatuh ke atas lidah merah jambunya, kemudian membaringkan anak anjing itu di tanah, sambil memikirkan apakah yang sebenarnya sedang dia lakukan. Ia tak mungkin akan berkesan… kan?
Gadis kecil itu sudah menyelematkannya dua kali dan langsung tidak tahu mengenainya. Ingatannya kepada suara ketakutan gadis kecil it masih mempunyai kuasa untuk mengejutkannya dari tidur yang lena. Dia berharap dia dapat melihat gadis kecil itu… walau hanya sekilas pandang sambil mendengar suara yang menghantuinya.
Tangannya mencapai ke dalam saku, dikeluarkan satu kolar kecil dan merenung teg berbentuk tulang padanya. Dia tahu nama keluarga itu tetapi alamat yang ada padanya tidak lagi sah… tidaklah bertahun-tahun. Apabila dia akhirnya belajar bagaimana menggunakan komputer, dia membuat carian tetapi kedua ibubapa gadis itu telah meninggal dunia dan rumah kediamannya telah dijual. Anak perempuan mereka, yang dia pasti telah membebaskannya, telah hilang tanpa sebarang jejak.
Kane melemparkan puntung rokok di sebelah kaki kirinya dan memijak untuk memadamkannya. Sekembalinya ke Los Angeles, dia terus menuju ke kelab di mana Malachi tinggal dan uruskan satu masa dulu, hanya untuk mengetahui yang ia telah dijual dan anak-anaknya telah berpindah ke tempat tinggal yang baru. Tempat baru itu dahulunya ialah gudang terbiar, tapi puak jaguar baru-baru ini telah mengubah suainya dan menukarkannya menjadi kelab malam agar sesuai dengan zaman. Kini anak-anak Malachi yang menguruskan tempat itu.
Dia menggeleng-geleng kepalanya berfikir bagaimana Malachi boleh berkahwin semula mengetahui betapa besar cintanya kepada isteri pertamanya dulu. Isterinya telah menjadi teman sejiwanya dan walaupun pengubah bentuk dikenali dengan selera seksualnya, sekali mereka betemu dengan teman sejiwanya, ianya hampir mustahil untuk mencintai yang lain.
Apabila Kane menyelidik tentangnya, dia mendapat tahu yang isteri baru Malachi telah melahirkan empat orang anak untuknya kemudian meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsunya Nick.
Malachi telah mati pada malam dia mendengar ngauman dari dalam tanah , tetapi keinginannya untuk membalas dendam mencengkam jiwanya. Hampir semua pontianak lahir dari kegelapan dan mungkin selama ini Syn telah tersilap tentang dirinya berbeza dengan adik-beradik jahatnya yang lain. Hanya mungkin kehilangan akalnya selepas tiga puluh tahun seksaan telah cukup merosakkan dirinya di mana kini dia tidak terkecuali. Mindanya masih berada di tempat gelap di mana Malachi mengurungnya dahulu.
Sepengetahuan Kane, jaguarlah yang mempunyai kelebihan berbanding pihak lawannya. Kini dia telah kembali untuk memberi penghormatan atas kebaikan... pada seluruh keturunan pengubah bentuk yang terkutuk itu, bermula dengan anak-anak Malachi. Oh, tapi dia tidak akan berhenti setakat itu. Seterusnya adalah anak-anak pengubah bentuk yang pernah memerangkapnya… Nathaniel Wilder.
Mencipta pengikut untuk membekalkannya darah bukanlah sesuatu yang sukar. Kane masih berasa kagum pada pemandangan keseluruhan Gothic bawah tanah di dalam bandar. Kebanyakan mereka hanya bermimpi untuk menjadi seperti dirinya… pontianak sebenar dan bukannya Gothic jadi-jadian.
Apa yang perlu dia lakukan hanya menukarkan satu, dan membiarkan orang bawahan tanpa jiwanya mengikut arahannya. Kane memilih kumpulan paling berbahaya… kumpulan yang kelihatan seperti telah hilang jiwanya kepada kegelapan. Raven, seorang gasar, yang sudah lama menjadi psikopat pinggiran sebagai manusia… seorang buangan Gothic, yang kelaparan darah jauh lebih lama sebelum dia benar-benar mempunyai keperluan untuk itu.
Raven satau-satunya orang yang Kane pernah beritahu tentang pengkhianat pengubah bentuk yang memerangkapnya dan kemudian menanamnya hidup-hidup. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia memberitahu Raven… kebosanan mungkin.
Kane telah membebaskan lelaki gasar itu ke bandar. Selama ini Raven marah kepda dunia sebelum dilahirkan semula sebagai anak kegelapan dan kini Kane telah memberinya peluang untuk melepaskan kemarahannya itu. Raven dengan sendirinya telah membalas dendam atas nama Kane dan pontianak tanpa jiwa itu menggunakan kebolehan baru sepenuhnya.
Dia tidak peduli pun untuk cuba menghentikan Raven kerana ianya benar-benar sepadan dengan perancangan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Malachi. Mengapa dia perlu melindungi pengubah bentuk itu daripada Raven? Paling-paling pun dia hanya perlu memberitahu budak lelaki itu yang dia tidak perlu membunuh manusia untuk mengisi perutnya, yang dia tidak perlu melakukan sebarang kerosakan, jika dia tidak mahu melakukannya. Bukan salahnya yang menyebabkan Raven memilih untuk membunuh.
Kali pertama Raven membunuh adalah satu-satunya waktu di mana Kane masuk campur, menangkap budak lelaki itu sebelum dia meninggalkan orang-orang yang mati dengan tanda yang ditinggalkan pontianak dalam lingkungan penglihatan manusia. Memastikan rahsia mengenai puaknya telah lama tertanam dalam dirinya untuk memastikan dia terus hidup dan dia lupa untuk berkongsi tentang rahsia itu dengan Raven. Kane kemudian menunjukkan cara bagaimana untuk memotong melalui tanda benaman taring dan membuatnya kelihatan seperti pembunuh kejam.
Raven dengan sengaja meletakkan mangsa-mangsanya berhampiran Kelab Tarian Bulan agar dijumpai oleh pihak berkuasa. Ini adalah rancangan yang sempurna. Kebanyakan pontianak secara semulajadinya kejam jadi Kane telah menghabiskan kehidupan tanpa matinya itu dalam lingkungan pembunuh. Melihat budak lelaki ini membunuh kelihatan biasa pada pandangan jenisnya.
Andai Syn bangun untuk melihat pesta pembunuhan ini, pastinya dia akan bertindak membebaskan dunia ini dari kesengsaraan dengan membunuh Raven atau mengikatnya ke dalam kubur. Kini setelah Kane merasakan pengalaman melalui hukuman tersebut, dia lebih rela memilih untuk mati sebagai pengakhiran pantas untuknya.
Sebelum pemulauannya, dia menjadi sahabat kepada satu lagi pontianak… Michael. Mereka telah berkawan lebih lama daripada apa yang diingatinya atau kemahuan mereka sendiri. Mereka berdua dikurniakan batu darah kerana mereka masih kekal mempunyai roh… mereka berdua dan adik Micheal, Damon.
Michael ialah seorang lelaki yang baik… bak kata orang masih lagi di sisi malaikat, walaupun dia terdengar bahawa sisi gelap dalam diri Damon telah berkembang dan menjadikan abangnya sasaran melepaskan kejahatannya. Mungkin dia akan datang menjenguk Damon selepas urusannya disini selesai dan mengajarnya supaya lebih beradab sopan. Kane tertanya-tanya tentang persaingan adik beradik antara mereka yang muncul secara tiba-tiba kerana Michael sangat sayangkan adiknya… tetapi hal itu sering mempunyai cara untuk berubah.
Kane tidak mahu Michael tahu tentang kesan kejahatan yang ditinggalkan oleh kuburan itu dalam dirinya. Dia menghabiskan sedikit masa selama beberapa minggu yang lalu memerhatikan Michael dari jauh. Dia tahu Michael dan anak sulung jaguar, Warren, kini berkawan… sama seperti dia dan Malachi satu masa dahulu.
Pengubah bentuk adalah pengkhianat dan Michael masih belum mengetahui fakta itu. Dengan menghapuskan pengubah bentuk itu, dia akan tunaikan permintaan terakhit Michael… demi masa lalu mereka.
Kane mencapai ke atas, menyentuh subang yang padanya dilekatkan batu darah mengetahui yang ia sentiasa menyekatnya untuk membunuh manusia. Jika jiwanya benar-benar terjerumus dalam kejahatan, maka magis yang ada dalam batu darah tidak akan berkesan ke atasnya. Dia sering tertanya-tanya bagaimana Malachi boleh terlepas pandang tentang fakta mudah… bukti bahawa dia tidak bersalah betul-betul berada di depan matanya.
Tidak kira… Dia telah pun menghabiskan selama tiga puluh tahun di penjaranya untuk sesuatu yang dia tidak lakukan. “Balas dendam akan terasa seperti neraka kawanku.”

*****

“Telemarketer?” tanya Chad, sambil cuba menyembunyikan senyuman sinisnya, sementara adik perempuannya menghempas gagang telefon ke bawah dengan kuat hingga keseluruhan telefon yang tergantung di dinding turut menerima nasib yang sama. Bersepai telefon itu terhempas ke lantai.
Envy menendang telefon dilantai itu ke ruang tamu, berpura-pura seperti ianya kepala teman lelakinya yang tak guna itu sebelum menoleh ke arah abangnya. “ Kau orang ni semua anjing ke apa, atau cuma yang aku keluar dating je?”
Chad mengangkat kedua tangannya seolah-olah menyerah diri, “Abang rasa, perempuan pun boleh tahan sama. Sekarang ni tolong bertenang dan beritahu abang apa yang berlaku.”
Envy menyandarkan dahinya pada dinding yang sejuk. Dia tidak membenarkan walau setitis pun airmata terlepas dari empangan matanya. Dia tidaklah begitu sukakan Trevor untuk menitiskan airmata untuknya dan dia dah muak dengan semua lelaki yang banyak kekurangan dalam satu hal atau yang lain. “Jason baru saja telefon untuk ajak saya keluar. Dia ingat saya dah kembali solo kerana dia terserempak dengan Trevor di satu kelab tarian yang baru. Dia dilihat sedang mengurat perempuan lain di lantai tari kelab itu.”
Chad menggelengkan kepalanya. Dia langsung tidak berasa kasihan kepada Trevor bila adiknya dapat menangkapnya nanti. “Apa kata kita pergi clubbing?” dia mengangkat sebelah keningnya, tidak mahu terlepas peristiwa hebat ini.
Envy tersenyum,suka dengan idea itu, “Bagi saya sepuluh minit untuk bersiap.”
Chad mengangguk dan duduk di tepi sofa sambil menekan alat kawalan jauh untuk menonton berita, walaupun dia langsung tidak beri perhatian TV di hadapannya. Bukannya dia mahu pun adiknya berdating dengan Trevor. Dia tahu lelaki itu berlagak macam budak baik yang ideal dan kaya semata-mata untuk mengaburi pandangan semua orang terhadapnya, tetapi itu tidak bermakna dia suka lelaki itu menipu Envy tentang dirinya yang sebenar. Jika Trevor berniat untuk meniduri adiknya, sekurang-kurangnya adik perempuannya itu patut tahu kebenaran tentang siapa lelaki itu sebenarnya.
Memulakan hubungan dengan penipuan bukanlah cara yang terbaik. Kalau mahu menipu, adalah lebih baik langsung tidak melibatkan diri dalam hubungan. Dia memerangkap Trevor semasa kali terakhir dia melihat lelaki itu di stesen sebagai ejen penyamar dan telah memberi amaran kepadanya sama ada dia memberitahu Envy perkara yang sebenar atau menjauhkan diri daripada adiknya. Bukan salahnya jika Trevor tidak mahu mendengar apa-apa selain kata-katanya sendiri saja.
Ia menaikkan kemarahan Chad apabila dia berfikir yang Trevor mungkin mempergunakan Envy semasa dia melakukan kerja-kerja penyamaran di bar kelab malam. Dengan Envy sebagai pelayan bar di kebanyakan kelab, ia memberikan alasan buat Trevor untuk mengikutnya masuk ke bangunan kelab sebelum waktu ia dibuka dan tinggal lebih lama selepas kelab ditutup. Berada di situ tanpa ramai orang bersesak-sesak membolehkan Trevor untuk mnyelinap masuk ke mana-mana kawasan kelab dan Envy langsung tidak menyedarinya.
Chad menolak untuk melakukan kerja penyamaran, walaupun kumpulan Gerak Khas telah berkali-kali cuba untuk melibatkannya dalam perkara itu. Paling hampir pun setakat ini, adalah menjadi orang kegemaran mereka untuk merempuh masuk dan menangkap seseorang. Dan dia berasa okey tentang itu. Dia lebih suka berlawan dengan orang jahat berbanding berfoya-foya dan berbual sambil menyelinap ke sana sini, cuba mencari kesalahan seseorang.
Sebaliknya, kawan mereka Jason, ada ciri-ciri teman lelaki yang lebih baik untuk Envy. Dia pernah pergi ke sekolah yang sama dengan Jason, tapi inilah yang menjadi masalahnya. Jason ada hati pada Envy semasa sekolah menengah dan sering datang meluangkan masa dirumah hinggakan Envy menganggapnya seperti seorang abang... bukan lelaki.
Jason telah bekerja sebagai Renjer Taman Negara Angeles sebaik dia tamat persekolahan dan masih lagi bekerja ditempat yang sama semenjak itu. Envy masih gemar meluangkan masa dengan Jason. Dia juga dapat bertemu dengan kawan baiknya Tabatha lebih kerap, kerana Tabatha ialah sebahagian daripada unit pasukan renjer Jason.
Chad bangkit dari sofa dan berdiri di luar pintu bilik Envy. Mereka telah menjadi teman sebilik sejak empat tahun lalu, semenjak kedua ibubapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan kereta, dan mereka serasi bersama. Chad ialah seorang anggota polis manakala Envy pula bekerja sebagai pelayan bar on call di beberapa kelab malam dalam bandar itu.
Satu-satunya sebab dia tidak berkata apa-apa kepada Envy supaya mencari kerja “sebenar” ialah kerana pada kebanyakan malam dia membawa pulang lebih banyak wang berbanding dirinya. Itu membuatkan segalanya lebih baik kerana apabila tiba hari pembayaran sewa, Envylah yang selalunya akan menyelesaikan bayaran, sementara dia uruskan hal-hal yang lain.
“Kelab apa?” Dia tanya disebalik pintu.
“Kelab baru yang dipanggil Tarian Bulan,” Envy mengikut rambutnya yang panjang dan merah seperti strawberry tinggi menjadi ponytail, membiarkan rambutnya yang lain berjuntai ke bawah dibelakangnya berlapis panjang. “Lebih baik saya minta kerja sebagai pelayan bar sementara ada di sana.”
Chad mengerutkan dahinya. “Kelab itu jauh dihujung bandar, bukan?” Dia berjalan masuk ke biliknya tanpa menunggu jawapan daripada Envy. Baru-baru ini, perkara-perkara yang berlaku di hujung bandar sudah menjadi lebih berbahaya. Kes kehilangan adalah bahaya yang paling membimbangkan dan beberapa mayat telah ditemui disekitar kawasan berhampiran kelab itu.
Setakat ini tiada apa yang boleh dikaitkan secara langsung dengan Kelab Tarian Bulan, kecuali kesemua mangsa yang dipilih adalah orang yang suka pergi ke kelab malam. Hanya rangka masanya sahaja yang membuatkan Chad dan ramai lagi orang fikir agak meragukan. Terdapat beberapa persoalan sama ada benar atau tidak terdapat pembunuh bersiri di dalam bar itu. Beberapa mangsa terbaru telah dilihat berada dalam kelab itu. Sebagai seorang pegawai polis, dia tidak boleh mengabaikan kemungkinan terdapat perkaitan antara keduanya.
Oleh kerana pistol dan lencananya sudah ada dalam keretanya, Chad menyambar perenjat elektrik kecil dan menyelitnya ke dalam bahagian belakang tali pinggang seluarnya. Dengan begitu banyak perkara buruk yang terjadi disitu, dia mahu Envy memilikinya kalau-kalau sesuatu perkara yang tisak kena berlaku semasa mereka di dalam kelab itu.
Keluar dari biliknya, dia memandang ke arah laluan dihadapannya dan pandangannya terhenti serta merta apabila melihat adiknya. Skirt kulit berwarna hitam dengan renda terjuntai keluar dibahagian bawah pada paras separuh peha menutup kakinya dan dipakai dengan baju berenda hitam paras atas pusat. Hanya terdapat beberapa tompokan kain kulit di bahagian yang penting… cukup untuk menyembunyikan buah dadanya dan mendedahkan pusat dan pinggangnya yang ramping.
Dia juga memakai sepasang but kulit berwarna hitam yang separas buku lali dengan rantai comel yang melilit kakinya. Seutas rantai penggalan ibu mereka bertahun-tahun yang lalu menghiasi lehernya dengan loket kuarza amethyst tergantung pada rantai itu. Kebanyakan dari rambut merahnya diikat dengan ikatan ponytail tinggi dengan sedikit daripadanya jatuh di atas sebelah bahunya.
Solekannya sempurna dengan sedikit penggaris dan pembayang mata berwarna hitam dan gincu bibir bertona gelap. Dia kelihatan seperti dominatrix.
“Wow, kita nak keluar membunuh ke ni?” Chad mengangkat sebelah keningnya, menilai penampilan adiknya atas bawah dua kali. Dia ada terfikir untuk batalkan saja rancangan untuk keluar malam ini dan menyuruh adiknya kembali ke bilik atas sebab keselamatan.
“Baik, saya dah buat keputusan,” Envy mengangkat keningnya, “Selepas saya uruskan Trevor, saya nak berseronok! Mulai sekarang, saya tak mahu lagi bertemu janji dengan seorang lelaki. Saya tak mahu ada seorang teman lelaki...saya nak BANYAK teman lelaki! Dangen cara itu, kalau seorang buat perangai, tak perlu kisah pun sebab saya akan ada ramai lagi yang lain, gembira untuk singkirkan dia.”
“Yalah, abang ingat lagi macam mana ‘lancar’nya plan tu berjalan masa sekolah menengah dulu.” Chad menggeleng-gelengn kepalanya, tahu yang adik perempuannya yangn satu ini lebih naif daripada apa yang dia pura-pura tunjukkan. “Jom naik kereta abang kalau-kalau balai panggil.”
“Hanya kalau saya dapat bermain dengan lampu biru,” Envy tersenyum, mengetahui yang abangnya pasti izinkan.
Chad menghembus nafas berat dan mula berjalan ke arah keretanya. “Aku bersumpah kau ni lebih teruk dari budak kecil di kedai mainan meramas setiap patung mainan yang berbunyi bising dan buat semua orang jadi gila.”
“Apa?” adiknya ketawa. “Saya suka lampu biru. Semua orang beri laluan bila saya hidupkannya.”
“Macam masa kamu buathidupkannya ketika kita kehabisan kopi dulu?” tanya abangnya. “Kamu tahu kan itu membazirkan duit pembayar cukai, betuk tak?”
“Kalau abang tak diam saya akan drive kereta ni. Nanti abang kena hadap dengan lampu merah dan siren,” dia memberi amaran sambil mengenyitkan matanya.
Chad serta merta diam kerana kali terakhir perkara itu berlaku, adiknya terlambat ke tempat kerja dan dia sangat tidak sihat untuk memandu jadi dia duduk di kerusi penumpang, tidur dengan nyenyak. Ketua pasukannya masih lagi mengusiknya mengenai hal itu.

*****

Envy mematikan lampu biru kereta peronda abangnya lebih kurang satu blok bangunan sebelum tiba di kelab malam itu dan mendongak sambil melihat lampu limpah yang menari merentasi langit yang dilitupi awan itu. Dia fokuskan penglihatannya sebaik sahaja bangunan dua tingkat kelihatan dalam pandangannya.
Dia terlalu sibuk kebelakangan ini hinggakan dia tidak berpeluang untuk pergi melihat-lihat di kelam Tarian Bulan, tetapi beberapa pelanggannya pernah bercakap tentang kelab itu. Dari luar, kelab itu nampak biasa-biasa saja. Kelihatan seperti gudang batu-bata dengan sedikit jendela dan lampu neon besar berwarna ungu, digantung tinggi pada tembok hadapan.
Ramai orang beratur dalam satu barisan panjang merentasi separuh tempat letak kereta berpakaian dengan pakaian kelab terbaik yang mereka ada dan rancak berbual dengan satu sama lain. Mengetahui yang masih ada satu barisan selepas jam sepuluh malam memberitahu Envy yang bekerja disini mungkin boleh mendapat hasil lumayan.
“Yep, semestinya saya akan minta kerja di sini,” dia tersenyum pada fikirannya sendiri.
“Sekurang-kurangnya barisan tu dah hampir hilang,” kata Chad secara sarkastik, tidak mahu menunggu untuk melihat Trevor dibelasah adiknya yang penuh adrenalin itu.
Chad memarkir keretanya jauh di sudut gelap tempat letak kereta betul-betul di sebelah kereta Trevor. Sebelum Envy dapat membuka pintu kereta itu, Chad menyambar tangan adiknya. “Ambil ni,” dia meletakkan perenjat elektrik kecil ditangan Envy dan kemudian, tanpa sepatah kata tentangnya, dia membuka pintu keretanya dan keluar.
Envy menggenggam alat itu dengan jemarinya sambil tersenyum. Abangnya telah mengajarnya seni bela diri hingga ke tahap di mana dia mungkin boleh kalahkan kebanyakan rakan sejawat abangnya tanpa setitis peluh pun. Tapi Chad selalu berkata, ‘Kenapa nak bertumbuk, kalau apa yang perlu dilakukan hanya tekan satu butang?’
Envy menyelit perenjat kecil itu ke kocek sisi pada skirtnya bersama-sama dengan kad pengenalannya. Semestinya dia akan kenakan Trevor kali ini. Dengan gembira dia akan menekan butang lif ke neraka semata-mata ingin melihat lelaki itu di dalamnya sekarang ini. Tiada sesiapa pun yang boleh curang pada Envy Sexton akan berjaya melepaskan diri.
Mereka berjalan ke arah barisan bersama-sama dan Envy sangat gembira apabila barisan mula bergerak dengan laju yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk masuk ke kelab itu.
Pengawal pintu di situ memakai seluar Armani yang dipadankan dengan jaket sut yang sama. Kemeja di dalamnya mengikut lengkuk badan dan mendedahkan dadanya yang bidang. Rambut perangnya beralun jatuh ke sisi wajahnya. Kelihatan janggut ynag baru dicukur memenuhi dagunya dan dia mempunyai mata hitam yang menusuk, bersinar dibawah lampu neon yang menerangi tempat itu.
Chad menghulurkan wang dan menunjukkan kad pengenalan mereka sebelum lelaki itu menanda tangan mereka dengan cop dan melepaskan tali baldu merah tanda kebenaraan telah diberikan. Mereka melangkah masuk melalui pintu utama dan berjalan di laluan kecil menuju ke sebuah lagi pintu yang terbuka semasa mereka menghampirinya. Kedua-dua mereka berhenti apabila mereka memasuki ke ruang utama dan merenung sekeliling. Ianya seperti masuk ke dimensi lain.
Bagi ruang sepadat tempat letak kereta diluar, pastinya dia terfikir yang di dalam juga dipenuhi manusia dari dinding ke dinding tapi rupanya tekaannya meleset sama sekali. Bibir Envy terbuka sebaik dia berjalan ke arah satu ruang besar di tengah-tengah bilik itu.
Melangkah menghampiri selusur, dia menundukkan kepala memandang lantai tari di bawah. Di salah satu sisi mereka terdapat laluan turun yang panjang merentasi aras utama dengan kaunter bar dibina dari hujung ke hujung. Bar itu sendiri kelihatan seperti kaca fros dengan pencahayaan lembut dari neon tersulam melaluinya.
Dua set anak tangga turun dari arah kiri dan kanannya dan bertemu ditengah-tengah sebelum turun lagi ke arah lantai tari yang sebenar dibawahnya. Lantai tari itu bersinar dengan cahaya yang lembut, cukup untuk mengikat kaki mereka dalam sejenis cahaya hitam. Semuanya menambah hiruk pikuk kelab itu yang dicipta oleh lampu strob tinggi beserta cahaya dari lampu limpah berwarna warni yang menyuluh ke mana-mana arah kecuali terus ke arah penari.
Cara tempat itu direka, orang-orang yang sedang menari di lantai tari boleh dilihat dari lutut ke bawah, tapi selain daripada itu, semua hanya bebayang kabur.
Envy bersandar di selusur, meninjau kalau-kalau ada lagi bar di aras bawah tetapi yang kelihatan hanyalah lantai tari. Dia terfikir yang ini lebih kurang seperti sebuah lubang dalam. Sekali kaki melangkah menuruni tangga itu, mereka akan berada dalam belas ehsan kegelapan yang menyelubungi penari-penari itu secara peribadi.
“Kelab ini tiga tingkat?” tanya Envy, mendongakkan kepalanya melihat siling kejap di atas mereka. Jika dikira sekali dengan bawah tanah, itu menjadikannya tingkat ketiga dan dia tertanya-tanya jika ianya sebahagian dari kelab ini atau ia kawasan larangan.
Sorakan dan siulan membuat dia menoleh semula ke arah lantai tari. Matanya terbeliak tidak percaya apabila lampu limpah berwarna biru menyuluh ke arah sebuah sangkar besar di tengah-tengah lubang dalam itu. Serta merta tumpuannya tertarik pada lelaki yang terkurung disebalik palang besi itu.
Pandangan Chad juga terhenti pada sangkar itu. Ia kelihatan seperti sel penjara kecil. Di dalamnya terdapat seorang lelaki dan wanita dan mereka mengelilingi sambil merenung satu sama lain. Walaupun pada jarak mereka berdiri, Chad dapat merasakan kehangatan dalam pergerakan mereka. Wajahnya bagai kehilangan darah sambil tangannya menggenggam kuat pada selusur tangga apabila melihat lelaki di dalam sangkar itu menolak pasangan tariannya ke arah palang besi hanya untuk wanita itu tunduk mengelak lelaki yang cuba untuk memerangkapnya pada sangkar besi itu.
Berpusing-pusing di sekeliling sangkar, lelaki itu kemudiannya menyambar pergelangan tangan pasangannya dan menariknya berpusing agar wanita itu membelakangkannya sebelum menuntun tangannya ke arah palang besi dihadapan mereka. Membuatkan wanita itu menggenggam palang besi sangkar itu, dia menggeselkan dirinya pada tubuh wanita yang hampir tiada seurat benang itu hingga kepala wanita itu melentok ke belakang di dada lelaki itu seolah-olah dia menikmatinya.
Ia kelihatan seperti sifat kehaiwanan pada asalnya, hampir seperti tarian haiwan yang ingin mengawan. Chad dan Envy mendapati diri mereka terpukau dengan pertunjukan itu, apa yang dipersembahkan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.
Chad terus menonton selama beberapa minit tanpa sepatah kata apabila pasangan itu terpisah lagi hanya untuk lelaki itu memerangkap pasangannya dalam berbagai posisi. Kehangatan pergerakan mereka membuatkan seluar jeans nya terasa semakin ketat apabila peha lelaki itu menyentak ke atas mengena punggung pasangannya. Pandangannya dialihkan dalam kehampaan, Chad memaksa dirinya untuk melihat hiasan pada dinding atas yang dapat dilihat dari sudut tempat dia berdiri.
Kebanyakannya hanyalah cahaya memancar dengan lampu hitam mantap berhampiran lukisan gaya potret yang menggambar keindahan tubuh jaguar, beberapa sedang berkelahi dan beberapa pemangsa lain memburu secara solo. Haiwawn berbahaya itu kelihatan seolah-olah mempunyai daya hidupnya sendiri. Lukisan kaku itu hampir bergerak dengan cahaya yang melimpah, memberi tanggapan bahawa haiwan-haiwan itu hidup dan sedang memerhati.
Chad terpaksa akui yang tema kelab ini unik tetapi ianya berkesan. Matanya mengikut arah gerakan cahaya merentasi dinding dan dia perasan yang rantai digantung antara gambar-gambar disitu, ada beberapa yang mempunyai kolar berduri dan cambuk kulit berwarna hitam.
Dia menoleh semula melihat sangkar tadi dan baru berniat untuk mencari Jason apabila matanya menangkap sosok tubuh Trevor di lantai tari berhampiran salah satu lampu limpah di situ. Budak bodoh itu dihimpit dua orang gadis dan kelihatan sangat gembira menikmati ‘syurga’nya di situ. Mengerling ke arah Envy, Chad tahu yang dia tidak perlu berkata sepatah pun bila dia perasan yang mata adiknya memandang lurus ke arah trio itu.
Envy menyengetkan kepalanya ke sisi, cuba untuk mengkaji Trevor seolah-olah dia tidak mengenalinya. Ia membuatkan Envy terfikir mengapalah dia berdating dengan mamat tak guna tu mula-mula dulu.
Dai akui yang Trevor menyenangkan pada pandangan sesiapapun. Sangat kacak adalah perkataan yang paling sesuai. Penampilannya boleh dikatakan seperti peluncur ombak California dengan rambut perang keemasannya yang mengerbang itu, kulit sawo matang keemasan dan mata kelabu kebiru-biruan. Dia memang sangat menarik hingga terasa ingin menjilat seluruh tubuhnya dan sangat menyeronokkan.
Tapi jika ditolak wajah kacaknya, tiada apa sangat pun pada dirinya yang boleh memikat wanita. Apa yang tinggal hanyalah seorang budak kolej tak guna yang dilahirkan dalam kemewahan. Bila mereka bersama, dia memberikan sepenuh perhatian tetapi dia juga selalu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, kadang kala sehingga berhari-hari lamanya.
Satu-satunya perkara baik yang boleh dikatakan mengenai Trevor ialah dia memang hangat di ranjang, dan dia telah berikan saat-saat paling manis dalam hidup Envy.
Bila difikir-fikirkan, dia betul-betul percaya yang Trevor sukakannya... lebih daripada sekadar menyukainya. Memang nampak sangat dia ‘tahu’ tentang lelaki. Yang sebenarnya, dia dah bosan bersendirian… tapi, itu bukan alasan untuk mula bertemu janji dengan lelaki.
Envy mengeluh panjang sambil melihat lelaki itu menepuk punggung perempuan yang dari tadi menempel padanya, menyedari yang dia langsung tiada rasa cemburu. Jika dia betul-betul jatuh cinta pada lelaki itu, tidakkah dia akan rasa benar-benar sentap sekarang dan bukan sekadar terluka? Apa yang paling mengganggu fikirannya sekarang ialah Trevor berbohong tentang mahukan hanya dirinya.
Jason telah lama memerhatikan Envy masuk ke kelab itu dari bangku di bar yang paling hampir dengan pintu. Dia dah dapat mengagak yang Envy akan datang dan dia tidak terkejut melihat Chad ada bersama dengannya. Selepas memberi mereka masa beberapa minit untuk melihat sekeliling, dia tersenyum sinis dalam kepuasan apabila dia perasan ketegangan pada bahu Envy dan tahu yang dia telah ternampak teman lelakinya berfoya-foya di lantai tari.
Dia cuba untuk menyembunyikan rasa cemburunya selama beberapa bulan yang lalu dan dia tidak mahu melukakan hati Envy, tapi jika ini saja perkara yang boleh dilakukan untuk membuat Envy menjauhi Trevor, maka ia untuk kebaikannya sendiri.
Memaling semula ke arah Kat, pelayan bar cantik yang dari tadi dia berbual dengannya, Jason tersenyum, “Kan saya dah kata mereka akan datang.” Dia mengangguk ke arah Envy dan Chad.
Sudah lebih dari satu jam dia berada disini, tetapi setelah menyaksikan kecurangan Trevor pada Envy, dia tidak berminat untuk menyertai dengan orang ramai yang sedang berparti. Dia bosan dan mula berbual dengan Kat untuk biarkan masa berlalu. Malah dia pernah memberitahunya tentang teman lelaki Envy yang curang.
“Jadi itu kawan baik kamu dan adiknya?” Kat memerhatikan pasangan itu tetapi minat utamanya adalah pada polis itu. Sekiranya Jason tidak memberitahunya bahawa Chad adalah seorang polis, dia tidak mungkin mengetahuinya. Dia sangat kacak pada pandangan Kat.
Dengan ketinggian kira-kira enam kaki satu dan kulit yang seperti dicium sinar mentari, rambut coklat dengan highlight keemasan. Rambutnya lebih panjang daripada gaya rambut polis yang biasa dan kelihatan seperti digayakan lebih ke satu sisi, menampakkan penampilan sedikit liar. Dia mendapati dirinya membandingkan lelaki itu dengan Quinn, dan kemudian mengerdipkan matanya menyedari dia telah melakukannya lagi. Dia melirik semula kepada Jason mengetahui bahawa mereka berdua perlu melepaskan kehangatan cinta lalu atau mungkin nanti mereka berterusan ‘terbakar’.
“Dia tidak nampak macam polis pun,” kata Kat, sambil merenung Chad dan tertanya-tanya adakah dia sedang berdating dengan seseorang. Jason tidak memberitahunya pa-apa langsung.
“Ya apa boleh buat,” wajah Jason hampir cemberut apabila dia perasan akan cara Kat memandang Chad. Dia menggelengkan kepalanya, “Saya akan kembali dalam beberapa minit.”
Selesai menghabiskan soda kelabnya, dia bangun dari bangkunya dan berjalan ke arah rakan-rakannya. Ketika dia semakin menghampiri mereka, dia meletakkan tangannya di bahu Envy. Mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Envy, dia berbisik, “Awak nak menari?”
Envy tersenyum tanpa menoleh. “Oh, semestinya ya!” katanya sedikit menjerit, dan kemudian turun dari tangga terdekat, meninggalkan Jason berdiri di sebelah Chad dengan tangannya masih diletakkan di bahu khayalan. Matanya berkelip apabila mendengar Chad ketawa.
“Siyot,” Jason menghela nafas sambil melihat Envy turun.
Chad menepuk bahu Jason dengan rasa kasihan sambil membawanya kembali ke bar dan bersandar padanya, “Jangan biarkan hal itu menngganggu kau. Aku rasa Envy cuma ada satu je dalam fikirannya sekarang dan ia melibatkan balas dendam. “
Dia melirik ke arah gadis di belakang bar dan, untuk seketika, terlupa yang Jason ada di situ. Wanita itu kelihatan memukau dengan kulit coklat tembaga dan rambut hitamnya yang sangat panjang yang bergulung di bahunya dan hingga ke pinggulnya. Mata wanita itu pula sebaliknya, berwarna biru muda dengan gegelang hitam yang sangat tebal di sekeliling warna yang lebih terang.
Bibirnya yang penuh itu yang menarik pandangannya kemudia dia berkata, “Tolong beri saya soda saja.”
“Tidak minum malam ini?” Jason bertanya, dan berusaha untuk tidak menjegil matanya ke arah rakannya apabiloa mata Chad tertuju pada Kat, ketika dia menjawab. “Kenapa semua gadis suka dengan polis?”
“Tidak, saya rasa yang saya perlu kekalkan kesedaran minda saya buat masa sekarang. Saya tak begitu suka dengan Trevor, jadi saya berikan perenjat saya kepada Envy untuk bermain dengannya. “ Chad mengalihkan pandangan dari gadis itu cukup lama untuk menyeringai pada Jason. “Dan saya memandu kereta polis.” Dia tahu Jason pasti memahami akan maksudnya.
Jason menjauh dari bar tiba-tiba dan memaafkan rakannya kerana menjadi ‘magnet’ para gadis. “Oh tidak, tidak mungkin aku akan ketinggalan tentang ini!” Dia turun kembali ke selusur, ketika tawa Chad menyusul di belakangnya.
“Oh, itu dah kira saya buat dua orang rasa gembira malam ini,” Chad mengenyitkan mata ke arah Kat, mengetahui yang Kat sudah mendengarnya, lalu membayar minumannya. Sebaiknya dia pergi melihat apa yang Envy sedang lakukan.
Kat mengangguk ketika Chad menyelitkan wang dua puluh dan menyuruhnya menyimpan baki sebelum dia pergi menyertai Jason. Kedua-dua lelaki itu memang boleh membahayakan hormon seorang gadis. Jason mempunyai rambut berwarna coklat pasir yang panjang dan wajah serta badan seperti model dalam drama Bay Watch.
Dia melihat sebahagian besar gadis-gadis cuba untuk menarik perhatian mereka ketika mereka lalu di situ. Jason kelihatan tidak perasan dengan kehadiran mereka dan nampaknya seperti tenggelam dalam fikirannya sendiri ... sehingga dia mula memberitahu Kat tentang kawan baiknya, Chad, dan adik perempuannya, gadis yang kedua-dua mereka sangat lindungi.
Dia terlepas pandang tentang itu, seseorang selain daripada abang-abangnya begitu melindungi dirinya. Dia berkedip perlahan memaksa bayangan wajah Quinn keluar dari kepalanya dan fokus pada masalah yang sedang dihadapi.
Disebabkan hal perenjat itulah yang membantutkan fikirannya terhadap Quinn. Kat memutuskan untuk memberi amaran kepada saudara-saudaranya tentang hiburan baru yang bakal bermula. Sudah cukup banyak masalah akhir-akhir dalam menangani rentetan pembunuhan di sekitar kelab ini. Perkara terakhir yang mereka perlukan adalah lebih banyak perhatian yang buruk.
Chad bersandar sedikit di selusur mencari Envy. Syukurlah, para penari sangkar masih ada di sana berkongsi lampu sorot yang bertumpu pada mereka memudahkan Chad mengesan keberadaan Envy. Mendengar rintihan samar datang dari Jason, dia mengikut arah pandangan mata Jason sehingga dia melihat Envy menari di tengah-tengah beberapa orang lelaki, berhampiran cahaya sorot lembut di mana sangkar berada. Dia mengerutkan kening, menyepetkan matanya cuba untuk memastikan dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang dia cuba lakukan.
“Sekurang-kurangnya dia melihat ke arah Trevor. Oh ya, terima kasih sebab panggil aku, “ katanya dengan suara serius. “Aku memang tertunggu-tunggu hal macam ni terjadi.”
Jason mengangkat kedua bahunya, “Ini bukan untuk aku. Ini untuk dia. Dia berhak dapat seseorang yang lebih baik daripada Trevor.” Dia cuba untuk tersenyum, sambil dia memandang ke arah Envy, mengetahui dia akan kembali solo sekarang. Tetapi pandangan mata semua lelaki lain disitu yang tertarik perhatiannya kepada Envy menyebabkan senyuman kecil Jason disulami secebis kesedihan.

Bab 2
Envy merasakan kepanasan menyusup ke atas tubuhnya seperti kulit kedua ketika dia menuruni anak tangga. Dia cuba mengendurkan ototnya yang tegang dan bergerak ke lantai tarian. Mengambil beberapa langkah ke arah Trevor, dia berasa seperti berada di lubang bergasak seks, ketika hujung jari menyentuh terus ke kulitnya dan tubuh orang yang tidak dikenali bergeser dengan tubuhnya.
Lantai tarian itu lebih gelap berbanding kelab lain yang dia pernah pergi atau pernah bekerja di situ dan dia mendapati dia menyukai privasi ini. Tidak begitu banyak pasangan yang sedang menari tetapi lebih kepada kumpulan yang bercampur aduk dengan badan yang hangat. Merasa perubahan atmosfera disitu, dia perlahan-lahan mengangkat tangannya membiarkan jari-jemarinya sendiri bersentuhan dengan orang yang berada di situ dalam kegelapan. Rusuhan adrenalin dalam tubuhnya berdenyut-denyut bersama irama muzik yang rancak.
Tidak begitu teruja untuk berhadapan dengan Trevor, dia meluangkan sedikit masa memejamkan mata dan hanya bergerak mengikut rentak muzik yang hanya dapat digambarkan seperti suara nafsu.
Ketika dia merasakan sentuhan halus menjadi semakin kasar dan berani, Envy membuka matanya dan mendapati wajahnya menghadap dada beberapa orang lelaki, ada yang terdedah melalui kemeja yang kancingnya dibiar terbuka dan beberapa orang pula dibaluti dengan pakaian ketat yang sama menggoda. Dia tidak berani mendongak untuk melihat wajah mereka kerana takut untuk bertentang mata.
Berasa sedikit pening, dia mulai berundur dan tidak peduli ketika mereka mengikutinya dalam tarian menggoda. Merasakan kesejukan besi sangkar tarian di belakangnya, perlahan-lahan dia mendongak ke atas melihat platform kecil itu. Matanya terkunci kepada lelaki di dalam sangkar ketika dia menarik gadis yang bersamanya melutut di bawahnya dalam postur yang patuh.
Seluruh bilik kelihatan pudar ketika pandangan mereka terkunci. Cara lelaki itu memandangnya membuatkan Envy merasa seolah-olah dia yang menjadi tunduk. Lelaki itu mempunyai mata biru ais dengan gegelang hitam yang sangat tebal di sekitar iris matanya. Dia tidak menyangka yang dia akan pernah melihat mata yang begitu tegang dan mengejutkan. Dia boleh menatap kedua mata itu selama berjam-jam dan masih menginginkan lebih lagi dan itu menakutkan Envy.
Pandangannya memberi impresi kepada Envy bahawa dia tahu bagaimana dia kelihatan ketika bertelanjang. Cara matanya berkeliaran di tubuhnya dan menatap lama di tempat-tempat tertentu ... membuatnya merasa seperti tangan lelaki itu yang menyentuh tempat-tempat yang sama dengan tatapannya. Dorongan untuk melemparkan dirinya ke palang besi sangkar dan merayunya untuk mengadakan hubungan dengan pantas dan keras hampir tidak dapat ditahan.
Menyentak pandangannya daripada penglihatan posesif, Envy berusaha mengingatkan dirinya bahawa dia boleh meninggalkan lantai tarian pada bila-bila masa mengikut pilihannya.
Trevor langsung tidak berasa seronok walaupun dia berusaha mengikuti aliran tarian dan bergaul dengan orang sekeliling sebanyak yang mungkin. Tetapi gadis-gadis menggiurkan dan tari-menari bukanlah alasan sebenar dia berada di sini. Dia terus memerhatikan lelaki yang berada di dalam sangkar besi kerana itu adalah sasaran sebenarnya.
Nama lelaki itu ialah Devon Santos dan dia adalah orang terakhir yang dilihat bersama Kelly Foster; gadis berusia 20 tahun yang ditemui di lorong berhampiran sini minggu lalu. Dia berada di kandang yang sama dengan Devon pada malam terakhir dia masih hidup.
Setakat ini, dia mengetahui bahawa mangsa pembunuhan itu baru saja berhenti bekerja di sebuah kelab yang dipanggil Cahaya Malam. Dia baru sahaja bekerja di kelab Tarian Bulan selama satu malam... pada malam dia meninggal dunia. Kematian wanita itu bukan satu-satunya kematian yang dia ikuti perkembangannya tetapi ia adalah petunjuk. Walau siapa pun yang mencampakkan tubuhnya di situ telah memastikan untuk meninggalkannya dekat dengan puak kugar dan jaguar seolah-olah seperti satu hadiah.
Devon adalah sebahagian pemilik kelab ini, bersama dua saudaranya, Nick dan Warren, dan satu-satunya adik perempuan mereka, Kat. Khabar angin mengatakan bahawa kedua-dua kelab itu berseteru secara daim-diam dan kedua keluarga itu sebenarnya merupakan pesaing sejak kedua-dua ayah mereka hilang lebih sepuluh tahun yang lalu.
Mata Trevor mengecil, mengetahui sebab sebenar mengapa terdapat permusuhan antara kedua-dua kelab. Ini bukan kelab yang biasa; keduanya dimiliki dan dikendalikan oleh pengubah bentuk. Kelab tempat Kelly pernah bekerja diuruskan oleh kugar jadian. Dia berhenti bekerja di sana dan datang pula bekerja untuk jaguar jadian, hanya untuk ditemui mati pada keesokan harinya. Perkaitan itu terlalu besar untuk diabaikan.
Sekiranya manusia tahu terdapat pengubah bentuk tinggal di kalangan mereka, manusia pasti akan panik... tetapi mereka telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat tanpa rahsia mereka bocor. Selagi mereka mematuhi undang-undang bangsa manusia, tidak perlu untuk menimbulkan kekacauan besar-besaran dengan mendedahkan identiti mereka. Mentaliti manusia akan kembali ke zaman kegelapan sekiranya perkara itu berlaku.
Teori dalam arahan ops hitam paranormal CIA adalah menghadapinya dengan cara yang sama seperti mereka menghadapi penemuan UFO dan makluk asing; tipu, sembunyi, dan menutupinya. Terdapat banyak perkara yang lebih buruk selain pengubah bentuk yang dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama bangsa manusia... makhluk lain yang lebih berbahaya yang hanya dibuat menjadi filem seram yang teruk dan beberapa lagi yang masih belum diketahui oleh manusia.
Tetapi apabila ada orang mulai hilang atau mati, pasukannya akan bertebaran untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku.
Melihat Devon meninggalkan gadis itu di dalam sangkarnya dan bergerak lebih dekat ke palang besi untuk menatap seseorang, Trevor mengalihkan pandangannya. Dengan serta-merta dia merasakan tekanan darahnya meningkat beberapa darjah ketika dia melihat Envy bersandar pada kandang yang sama yang dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang dalam kehangatan.
Apa yang dia buat di sini? Trevor meninggalkan teman tariannya tanpa berfikir panjang dan mendorong dirinya merentas orang ramai yang berada di situ ke arah Envy.
Devon menderum rendah di kerongkongnya ketika gadis yang menarik perhatiannya mengangkat tangan untuk mencengkam jeriji besi di belakangnya. Dia dapat menghidu kehangatan Envy melebihi semua orang di seluruh kelab dan itulah yang memanggilnya. Dengan membalut tangannya ke atas tangan Envy, dia membiarkan jari-jemarinya melurut lengannya ke bawah melalui palang besi sangkarnya.
Baru sahaja Envy hendak menoleh ke belakang ke arah penari erotik itu, seseorang menarik salah satu tangannya dan menyentaknya dari kandang itu. Bibirnya sedikit ternganga apabila melihat siapakah gerangan lelaki itu. Dia benar-benar terlupa tentang Trevor! Suasana menggoda tadi berkecai dan dia marah semula bila dia teringat niat asal mengapa dia datang ke Tarian Bulan pada awalnya… balas dendam.
“Apa yang awak buat di sini?” Trevor membentak sedikit keras, berusaha untuk menarik Envy menjauh dari kandang dan daripada jangkauan berbahaya Devon. Sekiranya jaguar itu adalah pembunuhnya, maka cara dia melihat Envy seolah-olah ia menandanya sebagai sasarannya yang seterusnya.
Envy membiarkan tangannya yang lain menggenggam erat di palang besi hanya kerana dia tidak menyukai cara Trevor memutuskan untuk menyibuk halnya. Dia bertindak seolah-olah Envy melakukan sesuatu yang salah dan bukannya dia. Sambil tersenyum paling manis, Envy memberitahunya, “Saya datang untuk menari ... seperti yang awak lakukan.”
Bibir Trevor menipis mengetahui yang Envy melihatnya menari dengan gadis-gadis lain, tetapi yang gadis itu tidak faham ialah dia hanya menggunakannya sebagai tabir. Dia tidak cukup peduli pun untuk bertanyakan nama mereka. Dia dan Envy merenung tajam ke dalam mata satu sama lain untuk beberapa degupan jantung sebelum Trevor menghela nafas.
Membongkok hampir ke telinganya, dia berbisik, “Saya boleh jelaskan.” Dia tidak mahu pun memberitahu Envy siapa dirinya yang sebenarnya, sama seperti abang tololnya si Chad, dia takut Envy hanya menganggap yang dia mempergunakannya untuk mendapatkan akses yang lebih baik ke bar tempat dia bekerja.
“Marilah,” dia berusaha lagi untuk menarik Envy dari pandangan membara Devon itu. Dia mengambil masa seketika untuk melirik ke arah Devon dan jika pandangan mata dapat membunuh, pasti tompokan darah menitik ke lantai sekarang. Dia memberikan pandangan itu kembali dan kemudian mengalihkan perhatiannya kepada teman wanitanya.
Envy menggelengkan kepalanya kepada Trevor. Dia yakin lelaki itu akan menjelaskan. “Saya datang untuk menari. Saya boleh menari dengan orang-orang baik ini, atau awak boleh mula gerakkan badan dan sertai kami.” Dia mengangkat kening yang halus, seolah-olah tidak penting langsung baginya.
Trevor perlahan-lahan memusingkan kepalanya dan merenung tajam dari atas bahunya kepada lelaki-lelaki yang bernafsu yang masih berkeliaran menunggu disitu berfikir kalau-kalau mereka ada peluang. “Blah!,” katanya kepada mereka, dengan nada yang mematikan, sambil dia semakin mendekat diri dengan Envy. Sekiranya gadis itu mahu menari, demi tuhan, dia menari dengannya.
Envy cemberut padanya tetapi dalam diam-diam dia tertanya-tanya mengapa lelaki itu kelihatan sangat cemburu sedangkan dia baru saja menari penuh provokasi dengan dua gadis lain tadi. “Awak ni tidak menyeronokkan.” Dia akhirnya melepaskan tangannya dari palang besi kemudian mengalihkan tangannya pada tubuhnya sendiri, dengan sengaja mengeluarkan perenjat kecil dari poketnya, dan kemudian menggerakkan tangannya ke tulang rusuk Trevor.
Devon menegakkan badannya, berdiri tegap menatap si kecil berambut merah yang berjaya menangkap lebih dari sekadar perhatiannya. Dia tidak menyukai bau lelaki yang cuba untuk mendapatkan gadis. Dia berbau seperti serbuk belerang lama dan itu bermakna dia mempunyai senjata yang tersembunyi pada badannya. Dia menggapai tangan dan membuka kunci sangkar, menyuruh penari wanita itu pergi berehat sebentar.
Menyentuhkan jarinya ke telinganya, Devon mendengarkan suara abangnya memberitahu dia melalui pautan komunikasi yang hampir halimunan bahawa gadis di luar kandangnya itu mempunyai perenjat elektrik dan mempunyai rancangan untuk menggunakannya pada seorang lelaki. Dia melihat merentasi lantai tarian menuju ke arah cahaya hitam yang menyinari setiap anak tangga dan melihat Nick berdiri di sana bersedia untuk campur tangan, jika perlu.
Itu adalah suara Warren di pautan tadi, jadi Devon menyangka abang sulungnya sedang menonton dari salah satu kamera penglihatan malam yang tergantung di bawah pentas catwalk di atasnya.
Melihat kembali tangan kecil gadis itu yang kini berkeliaran di badan lelaki itu, Devon terasa seperti ingin memenggal kepala lelaki itu hinggalah dia melihat kilauan perak ketika tangan gadis itu bergerak ke arah pinggul lelaki dihadapannya. Bibirnya sekilas mengisyaratkan senyuman dan memutuskan untuk tidak masuk campur buat masa sekarang.
“Biarkan aku uruskan,” bisik Devon melalui pautan komunikasinya.
Chad dan Jason saling tersenyum mengetahui bahawa ia sudah bersedia untuk dijatuhkan, dan kemudian berangkat menuruni anak tangga menuju ke lantai tarian.
Trevor tiba-tiba menyedari Envy tidak memberitahunya langsung tentang kedatangannya ke sini, jadi mengapa dia perlu rasa begitu bersalah? “Saya tanya apa yang awak buat di sini?” dia mengulangi soalannya, dan kali ini suaranya stabil sambil dia bergerak bertentangan dengannya. Memang silap langkahnya, dia hampir hilang akal, kerana sebahagian besar darahnya mengalir ke pangkal pehanya, menjadikan kemaluannya tegang buat pertama kalinya sejak dia melangkah masuk ke dalam kelab.
Envy mendorong tubuhnya ke arah lelaki itu dengan cara yang menggoda supaya dia berpeluang mundur dengan sangat pantas. “Saya datang untuk berikan sesuatu kepada awak,” jawabnya dan memasukkan semua keinginan yang dia rasakan dari lantai tarian ke dalam matanya untuk mengalihkan perhatian Trevor.
“Saya harap itu ialah hal yang sama dengan apa yang saya ada untuk awak,” Trevor mengerang, sambil merasakan tangan kecil Envy memekup pangkal pahanya.
“Jom kita cuba,” desis Envy, ketika dia menekan perenjat elektrik ke arah bonjolan tegangnya yang sedang mengamuk dan tersentak ke belakang dalam keadaan kejang dan berlutut tanpa suara. “Oops!” Envy berpura-pura cemberut dan cepat-cepat menyimpan semula perenjat kecil itu ke dalam sakunya sebelum berpusing untuk melarikan diri ke arah lain. Perkara terakhir yang dia mahu lakukan adalah masih berdiri di situ ketika Trevor mendapat kekuatan nya semula untuk berdiri.
Ketika Envy berjalan merentas lantai tarian yang gelap, seseorang menarik lengannya dengan erat. Menyangka yang itu adalah abangnya; dia langsung tidak mendongak tetapi mengikut saja dengan penuh rasa percaya. Apabila dia mula mendongak ke atas, sebuah pintu kecil dibuka dan dia didorong melaluinya.
Envy tidak sempat berpusing sebelum pintu itu ditutup dan dikunci di belakangnya. Lampu overhead yang malap menyala menampakkan monitor TV bersama-sama lelaki yang berada di kandang tadi. Dia membuka mulutnya untuk bercakap, tetapi lelaki itu memotongnya.
“Saya fikir mungkin lebih baik jika awak lihat hasil kerja awak dari tempat selamat di pejabat ini,” Devon menyeringai, sambil menunjuk ke salah satu layar.
Envy melirik ke arah skrin membayangkan dia akan melihat Trevor yang memegang kangkangnya akan membuatnya tertawa ... tetapi sebaliknya, dia merasa bersalah padanya. Itu membuatkan hatinya terasa seperti jatuh beberapa inci. Melihatnya dalam kesakitan, dia tiba-tiba gembira yang skrin monitor itu tiada bunyi kerana dia yakin dia tidak mahu tahu apa yang Trevor katakan.
Dia memerhatikan dalam diam ketika Chad dan Jason muncul dalam kumpulan orang ramai itu dan membantu Trevor bangun dari lantai. Dia tidak dapat mengetahui apa yang dikatakan, tetapi ketika Trevor menolak tubuh Chad menjauh darinya, terlihat masih ada lebih banyak kekuatan daripada yang dijangka selepas beberapa saat direnjat. Mata Envy kemudian beralih ke arah pintu dan bersiap sedia untuk berlari kepada mereka sebelum salah satu dari mereka cedera.
Melihat penari itu menggelengkan kepalanya memberi amaran dan berdiri di antara dirinya dan pintu, Envy kembali memandang monitor yang terkejut melihat sebenarnya Jason yang mengunci tangan Trevor sementara Chad menggarinya.
Merasa lebih daripada marah pada dirinya sendiri kerana berperangai kebudak-budakan, dia mula menghampiri pintu untuk memberitahu Chad supaya membiarkan Trevor pergi. Sekali lagi, tangan lelaki itu mencengkam lengannya. Dia memangdang ke arah tangan itu tetapi menolak untuk menatap matanya, bila ia memang jelas adalah kesalahannya yang memulakan masalah itu. Rasa bersalah itu hanya menambah kemarahannya dan memperbaharui keberaniannya.
“Setelah melihat saya merenjat seorang lelaki, adakah awak fikir itu idea yang baik?” Dia menjegilkan matanya ke arah lelaki itu dan berusaha untuk tidak berhenti bernafas kasan dari renungannya. Kini setelah dia melihat dengan lebih dekat, mata lelaki itu lebih menakjubkan daripada yang dilihat disebalik jeriji sangkar tadi.
“Siapa pun lelaki itu, awak mungkin mahu biarkan mereka membawanya keluar dari kelab ini sebelum awak kembali menari.” Devon memberi amaran lagi, melihat api yang menyala ke dalam matanya. Dia hampir dapat melihat keinginannya yang kuat untuk menyelamatkan lelaki yang baru saja dia cederakan... tapi bukannya dia ada niat untuk benarkan gadis itu pergi pun. “Siapa nama awak?”
“Kenapa?” Envy merentap lengannya dari genggaman penari lelaki itu. “Supaya awak boleh minta pemilik kelab ni ban saya dari datang ke kelab ni?”
“Bukan macam tu,” Devon menderum pada tanggapan gadis itu. “Tapi awak mungkin perlu menyimpan perenjat itu dalam poket awak sepanjang malam ini.” Dia melihat gadis itu mengalih pandangannya kembali ke skrin monitor untuk melihat bahawa mangsanya sudah tiada.
‘Tak guna,’ Envy menyumpah dalam mindanya sambil bersandar pada pintu merasakan getaran muzik melalui kayu pintu itu. Dia menggigit bibir bawahnya mengetahui bahawa dia sudah melampau. Dia teringat akan sebab lain dia datang ke Kelab Tarian Bulan malam ini dan tertanya-tanya jika itu adalah masa yang baik untuk meminta pekerjaan. Mengapa tidak terus bertanya, dah alang-alang dia tiba sejauh ini? Dia membayangkan mengangkat bahu dalam mindanya. “Adakah awak tahu kalau-kalau mereka mahu ambil pekerja di sini?”
Devon tidak dapat menahan senyuman perlahan yang tersebar di bibirnya. Apa agaknya yang boleh dia berikan untuk dapatkan gadis ini masuk ke dalam sangkar itu sekejap agar dia boleh cuba untuk memadamkan api yang membara di dalam dirinya. “Awak boleh menari?” dia bertanya dengan penuh harapan.
Mata Envy terbeliak ketika dia teringat bagaimana cara lelaki itu menari di dalam sangkar tadi dan pahanya tiba-tiba terasa hangat... tapi sayangnya, begitu juga pipinya. “Tidak,” dia berbisik, sedikit berbunyi serak-serak basah, “Tak pandai menari. Saya menjadi pelayan bar di beberapa kelab di sekitar bandar dan bercadang untuk membuat permohonan kerja semasa saya di sini. “
“Sayangnya,” Devon menyeringai, sambil melangkah ke depan dan membuka laci dari meja yang ada disitu. Dia mengeluarkan borang permohonan itu dan menyerahkannya kepada Envy. Gadis itu masih belum memberitahu namanya, tetapi jika dia memintanya untuk mengisi borang itu, maka dia akan mendapat semua maklumat yang dia perlukan. Dia juga ingin memastikan gadis itu tidak pernah bekerja di Kelab Cahaya Malam.
Dia semakin bosan dengan mereka yang menghantar orang ke sini untuk mengintip. Quinn lah yang telah mengakhiri persahabatan antara puak kugar dan jaguar, jadi singa-kugar itu patut biarkan mereka sendirian, sekurang-kurangnya itulah yang dia fikir.
Seseorang di Cahaya Malam yang telah mengirim orang terakhir yang mereka ambil bekerja, dan sekarang setelah dia dibunuh, singa-kugar itu melihat ke arah Tarian Bulan untuk mendapatkan jawapan… dan begitu juga dengan polis. Memang sudah nasibnya, satu-satunya malam wanita itu bekerja di sini, dia telah meminta untuk dimasukkan ke dalam kandang bersama dengan Devon.
Devon menarik keluar kerusi dari bawah mejanya mengetahui cara terpantas untuk membuat gadis itu berada lebih lama di situ ialah dengan memberikan apa yang dia mahukan. “Awak boleh mengisinya sekarang. Mungkin awak akan dapat kerja lain sebelum akhir malam ini. “
Envy duduk tetapi menoleh semula ke skrin monitor dengan wajah berkerut. “Awak rasa pemilik kelab ini nampak tak saya merenjat Trevor?” dia menggigit bibir bawahnya, membayangkan dalam fikirannya bagaimana rupa pemilik kelab ini. “Saya betul-betul harap saya tidak buat macam itu.”
Devon bersandar pada bahagian belakang kerusinya seolah-olah melihat ke skrin monitor bersama-sama. Sambil mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Envy, dia bertanya, “Jika pemiliknya nampak dan bertanya tentang hal itu, apa yang awak akan katakan?” Dia menghela nafas dengan perlahan, ketika aroma gadis itu melilitnya, membuat darahnya hangat.
Envy mula memusingkan badannya untuk memandang lelaki itu tetapi terhenti. Sensasi yang ditimbulkannya disebabkan jarak yang dekat tersebar di bahu dan di bahagian lehernya. “Saya hanya berperangai jahat,” dia menarik nafas, kehangatan kembali berkumpul di bahagian tengah tubuhnya. Lelaki ini berbahaya kepada derianya. Dia tidak tahu mahu menoleh dan menjilatnya atau lari mencari perlindungan.
Sudut bibir Devon menampakkan senyuman kecil tetapi dia tidak berganjak dari posisinya, “Jadi, awak selalu ke sana sini selalu merenjat lelaki tanpa alasan munasabah?” Dia dapat menghidu bau gadis itu terangsang dan menjadikan seluarnya berasa ketat yang tidak selesa.
“Tak,” Envy gembira atas gangguan itu ketika dia mengambil pen dari pemegang kecil di depannya dan mula mengisi borang dihadapannya. “Hanya yang berhak mendapatnya saja,” jawabnya pendek, tidak mahu bercakap tentangnya hal itu.
Devon berdiri tegak dan melawan keinginannya untuk menarik gadis itu bangun dari kerusi dan didudukkan di meja menghadapnya. Tanpa disedarinya, dia sudah mengusap rambut gadis yang selembut sutera itu di antara jari-jemarinya di mana ia berjuntai di bahagian belakang kerusi.
Dia tetap diam sementara gadis itu mengisi borang permohonan dan dia membacanya dari atas bahunya mengingat setiap perkataan. Envy Sexton, dan kelab-kelab kugar dan pontianak tiada dalam senarai kelab-kelab tempat dia bekerja. Dia tahu hanya dengan beberapa panggilan telefon sahaja dia dapat melapangkan sebahagian besar masa gadis itu dengan memberitahu kelab-kelab lain untuk tidak memasukkan dia dalam jadual. Dia tidak rasa mahu berkongsi kucing liar ini.
Envy selesai mengisi borang itu dan mula berdiri tetapi Devon meletakkan tangannya di bahu Envy menyuruh dia terus duduk di situ. Dengan pantas dia mengambil barang itu dari tangan Envy dan mula menuju ke pintu.
“Tunggu disini. Saya akan kembali dalam beberapa minit dengan jawapan,” Devon mencapai tombol pintu tetapi terhenti ketika Envy bersuara.
“Siapa nama awak?” Envy bertanya, tertanya-tanya adakah dia yang sepatutnya menghantar sendiri borang itu kepada pemilik kelab ini. Mungkin dia boleh mendapat temuduga itu.
“Devon Santos,” jawabnya, lalu menghilang dari pintu sebelum Envy dapat menghentikannya.
Dia tahu Nick sedang menunggu betuk-betul di luar pintu kerana dia dapat menghidu baunya. Menyerahkan borang itu kepada Nick, Devon memaklumkan kepadanya, “Kita ada pelayan bar yang baru.” Dia menunggu sebaik Nick melihat kertas itu kerana mengetahui bahawa abangnya sedang mencari perkara yang sama yang dia sudah pun periksa.
Nick telah beberapa kali bertamu dengan beberapa kumpulan pontianak dan satu pontianak yang menyelit masuk dan itu benar-benar telah merosakkan moodnya pada malam itu. Dia benci pontianak dan manusia yang cukup bodoh yang bergaul dengan mereka. Tidak melihat apa-apa petunjuk yang gadis ini ada hubungan dengan pontianak dan menghidu bau terangsang abangnya yang ditimbulkan oleh gadis itu, Nick memutuskan untuk membiarkan Devon menguruskan halnya sendiri.
Dia akhirnya menyerahkan kembali borang permohonan itu, “Katakan padanya untuk tinggalkan perenjat itu di rumah.” Nick menatap abangnya sebentar sebelum menambah, “Kat kata orang yang dia renjat itu adalah teman lelakinya dan lelaki yang menariknya dengan gari adalah abangnya.”
“Teman lelaki dia itu mempunyai pistol. Saya dapat mencium baunya. “ Devon mengangkat bahu, malah matanya dikecilkan, “Mungkin lelaki itu bukanlah jenis yang begitu baik sebagai teman lelaki.”
“Abang mungkin perlu berhati-hati dengan yang satu itu.” Nick menggelengkan kepalanya, kerana kelihatan semakin banyak rasa ingin tahu muncul di mata abangnya itu. “Kalau abang mahukan dia, maka abang kena bertanggungjawab mengawalnya semasa dia di sini.” Nick mengetap gigi ketika menangkap bau pontianak. Tanpa sepatah kata, dia pergi memanjat anak tangga.
Pandangan Envy melilau dengan gelisah dan melihat sebuah lif yang tidak dia perasan sebelumnya. Dia mengangkat kening halusnya ketika melihat yang lif itu mempunyai papan kekunci dan bukannya butang seperti lif biasa. Dia mengetuk pen di meja sambil tertanya-tanya berapa lama dia harus menunggu. Dia masih perlu mencari tahu adakah Chad benar-benar menangkap Trevor atau hanya membuatnya meninggalkan kelab itu.
Dia melihat ke sekeliling meja untuk cuba melupakan keresahannya seketika. Dia memang dilahirkan sebagai penyiasat sama seperti abangnya, walaupun Chad cuba menyembunyikan fakta itu. Sebenarnya, Chad boleh menjadi detektif yang hebat. Dia memberitahu semua orang bahawa dia hanya seorang polis biasa tetapi itu tidak benar. Dia adalah ketua pasukan SWAT.
Dia akhirnya melihat ke arah kertas yang dia ambilnya secara tidak sengaja. Itu adalah resit bekalan. Pandangannya melintasi maklumat penagihan untuk melihat nama yang tertulis di bahagian bawah. Dia menghempaskan sekeping kertas itu kembali ke atas meja. Devon Santos ... celaka. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang pemilik kelab ini dan membiarkannya menganggap yang lelaki itu hanya seorang penari.
Pada saat itu jugalah pintu pejabat dibuka dan Devon melangkah masuk. “Bila awak mahu mula bekerja?”

*****

Nick bergegas melintasi lantai tarian dan menaiki tangga menuju ke pintu masuk. Dia menolak daun pintu dengan kekuatan yang lebih daripada yang diperlukan dan merenung tajam ke arah lelaki itu yang sedang cuba untuk melepasi keselamatan. Oleh kerana kebanyakan bonzer adalah pengubah bentuk, mereka dapat menghidu bau pontianak walaupun tidak ada tanda-tanda luaran.
Citarasa fesyen pontianak biasa di sekitar bandar nampaknya berpunca dari kumpulan Gothic. Namun, dalam beberapa bulan terakhir, lebih kurang sepuluh yang memakai sut perniagaan atau hanya pakaian kelab biasa telah berusaha untuk masuk ke kelabnya. Itulah sebabnya mereka banyak bergantung kepada bau dan bukannya penampilan. Peraturan nombor satu ... tidak ada pontianak yang dibenarkan masuk tanpa kebenaran pemiliknya.
“Apa urusan awak di sini?” Tanya Nick, cuba bersikap profesional kerana penonton manusia mereka. Lelaki itu melentokkan kepalanya ke sisi dan memberikan senyuman jahat yang membuat perut Nick bergelodak.
“Saya ingin masuk.” Raven berkata, ketika anak matanya membesar, menggunakan kuasanya untuk memikat sesiapa sahaja yang mampu terpukau di bawah jampi paksaan pontianak.
Nick memerhatikannya ke atas dan ke bawah. Lelaki itu berambut hitam dengan hujung rambut dicelup warna merah jambu neon yang berjurai pendek. Dia masih muda; mungkin tidak sampai dua puluh lima tahun, dengan kulit yang sangat pucat dan celak hitam yang pekat di sekeliling matanya. Bibirnya dialis dengan gincu hitam, bahkan kukunya juga dicat hitam.
“Maaf encik ...” Nick berdiri diam memerhatikan setiap pergerakan pontianak itu. Tidak kira saiz atau usia, pontianak adalah berbahaya dan tidak boleh dipandang rendah.
“Raven, panggil aku Raven,” jawab lelaki itu, tertanya-tanya sejauh mana dia dapat mendorong jaguar.
“Maaf Raven, kelab kami dah penuh.” Nick menjelaskan sambil dia melilit jarinya pada kedua-dua pucuk derringer nya yang jauh disembunykan di dalam poket jaket kulitnya. Ia memiliki peluru perak berlubang yang diisi dengan holy water. Sudut bibirnya mengisyaratkan senyuman sadis, ketika dia merasakan pisau kayu pada pisau berhulu tulang yang melekat di lengan bawahnya.
“Lalu mengapa orang-orang ini masih berdiri dalam barisan?” Raven bertanya, melihat warna emas mula memenuhi iris mata jaguar itu.
Nick tersenyum tetapi rasa seperti dia mengetap giginya. “Mereka ada tempahan.”
Mata Raven bersinar dalam cahaya yang malap seketika seolah-olah mereka bersinar terang dengan api dalaman. Nick menuruni tiga langkah ke aras jalan dan menempatkan dirinya di antara Raven dan kerumunan manusia, lalu dia mendekat ke sisi telinga Raven.
“Pergi sekarang, pontianak,” bisiknya dengan ketenangan dingin, sambil menekan belati kayu ke tulang rusuk Raven di tempat yang tiada sesiapa boleh melihatnya. “Awak tidak boleh masuk.”
Nick meluruskan badan dan melipat tangannya di hadapannya jadi ianya akan menjadi lebih pantas untuk menikamnya dengan belati. “Maaf ya tuan, selamat malam.”
Raven tersenyum lagi, kali ini dengan senang hati, “Oh, saya memang bercadang pun.”
Dia berpaling dari pintu dan mula berjalan melalui lorong itu dengan tangannya dibenamkan di dalam poket seluar jeans hitamnya dan bersiul dengan nada yang menyeramkan. Ketika jaguar itu mendekat untuk berbisik di telinganya, Raven telah melihat tuannya menyelit melepasi mereka dan masuk ke kelab itu. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan Kane. Sebenarnya, ini adalah pertama kalinya dalam beberapa minggu, walaupun dia rasa pandangan mata tuannya memerhatikannya berkali-kali.
Apa yang mengejutkan Raven adalah Kane dengan rela hati memasuki ke kandang musuh-musuhnya. Tuannya telah memberitahunya tentang kisah dia dikebumikan hidup-hidup oleh pemimpin puak jaguar ini. Adakah tuannya mempunyai rancangannya sendiri?
‘Mereka memfitnah tuanku, tapi kali ini saya pastikan darah ada di tangan mereka.” Raven berbisik pada dirinya sendiri sebelum bersatu dengan bayang-bayang. Dia tahu dia tidak perlu menunggu lama. Dia masih dapat menghidu darah mangsa terbarunya ketika aromanya dibawa angin ke arah Tarian Bulan.

*****

Kat memerhatikan ketika Chad dan Jason menolong teman lelaki yang malang itu keluar dari kelab... bergari. Mereka selalu mengatakan rasa ingin tahu itu akan membunuh kucing, tetapi dia hanya perlu mengetahui apa yang mereka rancang untuk dilakukan dengannya. Jika tiada apa-apa, hanya untuk mengelakkan dirinya dari memikirkan hal itu sepanjang malam.
Keluar dari salah satu pintu sisi, dia sembunyi dalam bayang-bayang sambil mengekori mereka. Dengan deria yang ditingkatkan, dia tidak perlu pun berada dekat untuk mendengar apa yang mereka katakan.
Chad dan Jason menyekat Trevor di antara keretanya dan kereta polis supaya teman lelaki yang tersinggung itu tidak dapat masuk kembali ke kelab mencari Envy. Chad membuka gari pada tangan Trevor kerana mengetahui bahawa dia benar-benar tidak boleh menangkapnya tanpa alasan yang sah... kecuali jika Trevor memaksanya.
“Aku yakin engkaulah yang memberitahu Envy yang aku kat sini!” Trevor menjerit geram kepada Jason. “Jangan ingat aku tak nampak ‘adik’ engkau jadi tegang disebabkan dia. Engkau memang tak boleh buat tak peduli tentangnya, kan?”
Chad mendepakan tangannya ketika Jason mula mengambil langkah ke depan, mengancam Trevor. “Jason, aku boleh uruskannya dari sini. Mengapa tidak kau masuk semula dan tengok kalau-kalau kau dapat jumpa Envy? Aku tak mahu dia di sini sehingga Trevor pergi. “Kau orang tak boleh halang aku untuk kembali ke sana. Aku sedang bekerjalah!” Trevor mendesis tanpa berfikir.
“Ya, kami nampak apa kerja yang kau sedang buat di dalam sana,” tangan Jason di genggam di sisinya, tetapi dengan renungan tajam dari Chad, dia tahu yang sebaiknya dia masuk ke dalam sebelum Trevor tidak menjadi satu-satunya orang yang digari malam ini. Sebelum memutar tumitnya menghala ke arah kelab, dia melemparkan satu lagi ucapan untuk kepentingan Trevor, “Kau akan jumpa kami di lantai tarian... berpelukan dengan satu sama lain.”
Trevor menjerkah ke hadapan tetapi Chad menahannya, mendorong Trevor pada keretanya. Yang mengejutkan Chad, Trevor jauh lebih kuat daripada sangkaannya dan mereka sedikit bergelut. “Aku beri amaran pada engkau jangan mempermain-mainkan adik aku kecuali kalau kau beritahu dia siapa engkau yang sebenarnya dan alasan sebenar engkau selalu melepak di kelab malam. Kau tahu tak, Envy anggap engkau ni tak lain hanyalah budak lelaki tak guna yang jahat. Kalau kau nak tarik perhatian dia, engkau sepatutnya beritahu dia hal yang sebenar. Satu perkara yang memang tak boleh terima ialah penipu. Lebih-lebih lagi kalau mereka berbohong kepadanya.”
Kat menumpukan pandangannya pada Trevor. Apa maksud semua itu?
“Kau pun tahu sama macam aku, kalau aku beritahu dia yang aku bekerja di bawah penyamaran, dia akan selalu tertanya-tanya kalau aku ni cuma mempergunakan dia semasa aku melepak di kelab dengannya sebelum ini.” Trevor berdebar, sambil membetulkan pakaiannya tetapi tidak cuba untuk kembali ke kelab itu lagi. Jika dia menggunakan kekuatannya yang sebenar, maka Chad akan memang teruk dikerjakan dan Trevor tidak akan menjadi lebih baik daripada orang yang diburunya.
Pengetahuan itu banyak menenangkannya, cukup lama untuk mengendalikan naluri binatangnya tetapi dia tidak dapat menahan rasa geram. “Dia merenjat aku!”
“Kau memang layak sebab engkau adalah teman lelaki yang curang dan tak guna. Hei, ini yang kau dapat sebab tak beritahu dia perkara yang sebenar. Urusan kau dah tamat malam ni kecuali kalau kau nak pergi ke bar lain. Lagipun, Envy masih ada perenjat elektrik itu dengannya,” Chad menyeringai. “Aku nasihatkan kau biarkan Envy sendirian sepanjang malam in... atau lebih baik lagi, sepanjang hidupnya kalau kau tak dapat berterus terang kepadanya.”
Trevor mengetap giginya tetapi tidak berkata apa-apa lagi. Chad tidak dapat memberitahunya untuk menjauhkan diri dari Envy, tetapi membiarkan adiknya itu tenang mungkin merupakan nasihat yang bijak.
“Baiklah, tapi itu,” katanya sambil menuding jari telunjuknya ke arah kelab, “bukan tempat yang selamat untuk adik perempuan kau melepak dan kau tahu tentang tu!” Dia menyentak pintu keretanya terbuka, memaksa Chad untuk melangkah ke belakang untuk mengelak dari terkena. Membanting pintu di belakangnya, ia hanya mengambil masa beberapa saat sebelum dia menggeserkan tayar getah keretanya keluar dari tempat letak kereta.
Apabila Trevor sudah cukup jauh di jalan sehingga dirasakan yang Chad tidak lagi dapat melihat lampu keretanya, dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang yang berhutang budi kepadanya. Dia berhenti di kedai terdekat dan meletakkan keretanya di belakang trak pemindahan supaya tiada sesiapa nampak akan dirinya.
Trevor berasa hampa dan risau untuk meninggalkan Envy di sana setelah melihat cara Devon memandangnya. Walaupun Devon bukan seorang pembunuh, renungan itu bukanlah sesuatu perkara yang baik. Chad fikir dia dapat melawannya dengan kekuatan bila ianya disebabkan Envy, bukan? Mari lihat bagaimana reaksinya apabila dia mengetahui bahawa dialah yang lebih lemah. Dia akan merawat Jason juga sementara dia melakukannya.
Kat beralih jauh ke dalam bayang-bayang gelap apabila Chad menoleh dan melihat ke arahnya. Dia mengerutkan kening, mengetahui bahawa mustahil bagi lelaki itu untuk melihatnya... dia tidak mempunyai penglihatan malam sepertimana pengubah bentuk ada. Dia meniup rambutnya menjauhi matanya dan menunggu sementara dia hanya menatap ke arahnya, kemudian menghela nafas bila akhirnya lelaki itu berpaling dan kembali ke kelab.
Jadi, Trevor adalah polis yang menyamar dan adik perempuan Chad tidak mengetahuinya... jelas Jason juga tidak tahu. Perkara yang benar-benar penting ialah Trevor mengatakan bahawa dia berada di sini untuk menyiasat tentang satu kes. Kat mengetap giginya kerana tahu itu mesti ada kaitan dengan kes pembunuhan. Dia perlu memberitahu Warren dengan segera dan mencari tahu siapa yang meninggalkan jejak darah sebelum mereka dipersalahkan.

*****

Envy perlahan-lahan berdiri sambil tertanya-tanya mengapa Devon tidak terus mengakui yang dia adalah pemilik kelab ini dan dia sendiri boleh mengambilnya bekerja. Dia benci apabila orang berbohong kepadanya, tetapi dia tidak mengenal Devon dan lelaki itu tidak berhutang apa-apa dengannya, jadi dia menelan saja apa yang dia mahu katakan. Sayang sekali ia tak dapat didiamkan.
“Wah cepatnya,” dia memandang lelaki itu dengan penuh harapan, sambil menyilangkan tangan ke dadanya.
“Saya mengatakan yang baik-baik saja bagi pihak awak. Kadang kala mereka mendengar cakap saya.” Devon memerhatikannya dengan penuh tanda tanya, menghidu perubahan aromanya. Gadis itu marah kepadanya. Baunya sedap.
“Mungkin sebab awak adalah pemiliknya,” senyuman kecil Envy lenyap.
Jadi itulah sebabnya dia marah. Gadis itu tidak menyukainya ketika dia merasa seperti seseorang menyembunyikan sesuatu darinya. Devon akan mengingat hal ini. Devon perlahan-lahan merendahkan kepalanya dalam tundukan kecil, “Saya hanya salah seorang pemiliknya. Saya, dua adik lelaki saya, dan adik perempuan saya semua memiliki kelab ini. Kami berusaha untuk menguruskan semua hal dengan satu sama lain ketika kami mengupah orang baru. “
Envy mengangkat pandangan matanya tiba-tiba bersalah. “Maafkan saya, saya tidak bermaksud...” dia menyerah kalah sambil menghembus nafas keluhan.
“Sekurang-kurangnya perenjat awak itu biar terus dalam dalam poket awak,” Devon tersenyum, berharap dapat mengendurkan suasana tegang tadi.
Envy tersipu malu dan merasa perlu keluar dari pandangan mata Devon sebelum dia memperbodohkan dirinya sendiri lagi. “Waktu saya bekerja sebelum ini kebanyakannya pada waktu petang dan jadual saya kosong esok, jadi jika...” dia dengan gugup memaklumkan bos barunya itu, sambil matanya asyik mengerling ke arah pintu keluar dan mula bergerak ke arahnya sebelum ini menjadi pekerjaan terpendek dalam sejarah.
“Malam esok kalau begitu,” Devon membuka pintu untuknya, saat dia melangkah ke arahnya. “Pukul tujuh.”
Devon memerhatikannya berlari dan membiarkan saja Envy begitu kerana dia tahu dia dapat menangkap gadis itu jika dia berlari terlalu jauh. Dia menutup pintu pejabat dan menoleh ke skrin monitor untuk memerhatikannya berjalan di pinggir luar lantai tarian menuju tangga. Matanya mengecil ketika salah seorang lelaki dari peristiwa sebelumnya tadi menarik lengan Envy untuk menarik perhatiannya. Devon mula menuju ke pintu tetapi Kat masuk ke dalam pejabatnya sebelum dia dapat mengejar Envy.
“Gadis itu dengan perenjat itu...” Kat bermula bersuara tetapi dipotong oleh pandangan keras dari abangnya.
“Nama dia Envy dan kamu akan menunjukkan kepadanya sekitar kelab malam esok. Saya baru saja ambil dia bekerja sebagai pelayan bar.” Devon menyilangkan tangan di dadanya, sambil bersandar di tepi meja.
“Simpanlah cakar tajam abang tu,” Kat memiringkan kepalanya ketika Devon menoleh kembali ke arah monitor dan berasa sedikit tertekan. Mengikuti pandangan abangnya, Kat tersenyum melihat Jason dan Envy di tengah skrin. “Wah wah, nampaknya dia ada ramai peminat malam ini.” Dia tahu itu tidaklah benar sepenuhnya tetapi dia hanya ingin melihat reaksi Devon. Dia mendapat jawapannya ketika plastik nipis di bahagian belakang kerusi komputer retak disebabakan dia mencengkamnya terlalu kuat.
Devon mengalihkan pandangan ke arah Kat, “Kenapa kamu datang ke pejabat abang ni?”
Kat hanya tersenyum kepadanya. Ini akan menjadi sangat menyeronokkan. Dia berjalan dan menunjuk ke arah skrin. “Lelaki ini, namanya Jason Fox dan saya menghabiskan sedikit masa untuk berbual dengannya di bar sebelum dua rakannya muncul.”
Devon mengerutkan kening pada adiknya, menunggunya untuk sampai ke poin penting.
“Jason adalah orang yang memanggilnya supaya datang ke kelab. Dia sebenarnya mengajaknya keluar.” Dia menyeringai ketika retak di kerusi tadi pecah di tangan Devon. “Saya tidak tahu apa yang Envy beritahu kepada Jason tetapi Jason berkata, 'Jadi mengapa Trevor bersantai di lantai tarian dengan orang lain?'”
“Jadi, lelaki inilah alasan Envy muncul,” Devon tergamam, menjatuhkan sekeping plastik di atas meja. “Saya pasti kamu ada poin di sini.”
“Ya, memang ada tapi ianya sangat menyeronokkan melihat abang gelisah,” Kat memutuskan untuk meneruskan ceritanya, bila abangnya menunjukkan wajah ‘apa aku peduli’ yang dipatenkan kepada Kat. Dia pasti akan membeli hakcipta paten itu suatu hari nanti. “Bagaimanapun, itu semua cuma perangkap dari apa yang saya dengar. Abangnya memberikan kepadanya perenjat kerana tahu dia cukup marah untuk menggunakannya pada teman lelakinya yang curang, tetapi yang sebenarnya, Trevor bukan betul-betul curang kepada Envy.”
“Apa?” Devon mula menderum, tidak menyukai arah tuju cerita ini.
Kat menghabiskan sepuluh minit yang seterusnya untuk menerangkan kepada abangnya tentang rahsia kotor semua orang yang terlibat. Hanya untuk pengetahuan, dia tidak lupa untuk memberitahu satu fakta yang Jason telah lama ada hati pada Envy.

Конец ознакомительного фрагмента.
Текст предоставлен ООО «ЛитРес».
Прочитайте эту книгу целиком, купив полную легальную версию (https://www.litres.ru/pages/biblio_book/?art=63808381) на ЛитРес.
Безопасно оплатить книгу можно банковской картой Visa, MasterCard, Maestro, со счета мобильного телефона, с платежного терминала, в салоне МТС или Связной, через PayPal, WebMoney, Яндекс.Деньги, QIWI Кошелек, бонусными картами или другим удобным Вам способом.
Tarian Bulan Amy Blankenship

Amy Blankenship

Тип: электронная книга

Жанр: Ужасы

Язык: на малайском языке

Издательство: TEKTIME S.R.L.S. UNIPERSONALE

Дата публикации: 16.04.2024

Отзывы: Пока нет Добавить отзыв

О книге: Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi disebalik kehidupan harian biasa. Dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah menari di kelabnya. Devon bersumpah menjadikan wanita itu miliknya. Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di lantai tari di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi di bawah kehidupan harian yang riuh-rendah. Satu dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah yang menggoda, menari di kelabnya, bersenjatakan perenjat elektrik dan berhati sinis. Dengan peperangan pontianak yang bermaharajalela di sekitar mereka, Devon bersumpah untuk menjadikan wanita itu miliknya… dan akan berjuang sepenuh tenaga untuk memilikinya.

  • Добавить отзыв