Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah)
Amy Blankenship
Damon tinggal bersama adik beradiknya untuk satu sebab... gadis yang menikamnya dan membiarkannya mati juga tinggal di situ dan di bawah perlindungan langsuir. Bila dia menyelamatkan nyawa Alicia, banyak kali sehingga tidak terkira olehnya, Damon berpendapat seseorang perlu mengawalnya, sebelum kucing betina kecil itu dapat bebaskan dirinya, apabila dia terbunuh. Sifat cemburu menjadi permainan bahaya bila Alicia menjadi hangat dan mula menarik lebih dari raksaksa-raksaksa.
Alicia Wilder bosan dipagari dari dunia oleh abang-abangnya yang terlalu melindunginya. Mahu menunjukkan dia berupaya melawan dalam peperangan langsuir yang mencederakannya, digigit, dicium, ditembak, dan yang peliknya, tinggal bersama tiga langsuir yang tampan, seorang darinya yang mencetuskan peperangan langsuir itu sendiri. Bila dia mula hangat untuk berubah, Alicia sedar jaring keselamatannya mungkin memerangkapnya.
Damon tinggal bersama adik beradiknya untuk satu sebab... gadis yang menikamnya dan membiarkannya mati juga tinggal di situ dan di bawah perlindungan langsuir. Bila dia menyelamatkan nyawa Alicia, banyak kali sehingga tidak terkira olehnya, Damon berpendapat seseorang perlu mengawalnya, sebelum kucing betina kecil itu dapat bebaskan dirinya, apabila dia terbunuh. Sifat cemburu menjadi permainan bahaya bila Alicia menjadi hangat dan mula menarik lebih dari raksaksa-raksaksa.
Hangat
Buku 4 Siri Perjanjian Darah
Amy Blankenship, RK Melton
Translator: Mohd Fazidin Jabar
Hakcipta © 2012 Amy Blankenship
Edisi Kedua Diterbitkan oleh TekTime
Hakcipta terpelihara.
Bab 1
Micah sedang berehat di katil dibaluti dengan banyak kain pembalut luka dia nampak seperti mumia. Dia tidak boleh menahan tetapi tersenyum lembut semasa Puan Tully bergerak sekelilingnya seperti ibu ayam dan sesekali mengeleng kepala. Dia juga tidak merungut pada banyaknya ubat tahan sakit yang dimasukkan ke lengannya. Dia boleh melihat dirinya di cermin meja solek di sebelah sana bilik itu dan cuba menaikkan kening tapi terpaksa berhenti bila ianya cepat-cepat sakit.
Mereka sudah jelaskan padanya bahawa Anthony sudah mati tapi dia tidak boleh berhenti berharap ketua serigala itu masih hidup supaya dia boleh menyeksa anak haram itu sama seperti yang dia rasakan. Cerita yang diberitahunya berbunyi seperti kematian yang cepat. Dia tidak akan buatnya cepat.
"Saya rasa kamu pengubah bentuk akan meletihkan saya sampai mati", Puan Tully berkata perlahan. Pengubah bentuk... kedua-dua harimau kumbang dan harimau bintang jadian, adalah penyejuk hatinya. Dia membidankan setiap seorang dari mereka dan sangat rapat dengan ibu-ibu mereka. "Tengoklah apa yang sudah jadi padamu".
Micah memuncung ke arah siling merasa pening bila kipas siling berpusing-pusing. "Ianya bukan salah saya diculik dan didera".
Puan Tully menyentuh lembut dahinya dengan hujung jari. "Saya rasa tidak, Skywalker muda. Jika apa yang saya dengar itu betul, kamu mencari gaduh dengan serigala jadian itu dan sebab itu kamu diculik".
"Jadi kamu kata saya yang buat ini pada diri sendiri?" bentak Micah, tidak layan sengehan dari orang lain di bilik itu.
"Jangan sampok yang tua", Puan Tully balas dengan muka garang. "Saya belum habis. Saya kata... kamu mencari gaduh dengan anjing kurap dan saya rasa ianya memang sepatutnya berlaku".
Micah memandang sinis pada Quinn dengan 'Saya dah beritahu kamu' tersengeh. Dia belum bersedia memaafkan abangnya. Dia telah memberi amaran pada Quinn tentang Anthony dan diberitahu untuk duduk diam. Dia harap abangnya gembira kerana sekarang dia terpaksa duduk diam.
"Berhenti!" Puan Tully menyingai dan pukul atas kepalanya.
Itu membuatkan sakit kepalanya berdenyut dan dia memejam mata. "Hey, saya cedera tau", komplen Micah.
"Kamu akan bertambah sakit jika masih bergaduh adik beradik", balas Puan Tully dan beri pandangan amaran pada Quinn. "Saya perlu telefon cucuku dan beritahu saya di mana. Kesian sayangku bimbang jika saya tiada di rumah untuk jawab telefon".
Puan Tully tidak tunggu untuk sesiapa tunjukkan di mana telefon. Ini bukan kali pertama dia di rumah Wilder. Dia tersentak bila nampak Michael duduk diam di kerusi di tutupi bayang-bayang di bucu bilik itu. Ianya tidak lazim langsuir yang kacak itu nampak sangat kelam dan gelisah. Bila pintu ditutup di belakangnya, semua mata tertumpu ke Micah.
"Bagus lihat kamu akhirnya pulang ke rumah yang sepatutnya", kata Steven dengan senyuman lembut, cuba menyembunyikan kebimbangannya. Walaupun Micah sudah pulang, suara hatinya berkata Micah belum selamat. Micah terlalu pucat dan matanya terlalu berkilat dari sebelumnya.
Micah membalas senyuman tapi mula mengantuk. "Bagus keluar dari lubang neraka itu".
"Kamu terlalu tidak terkawal masa itu", jelas Quinn dari posisinya dekat tingkap dan memeluk tubuh. "Kamu boleh mati di ruang bawah tanah itu jika kita tidak nampak pesananmu ke Alicia".
Micah melihat sekeliling bilik itu mencari adik perempuan kecilnya dan bersungut. "Berkata tentang Alicia, di mana dia? Saya jangka mesti dia ke sini".
"Dia tinggal di rumah kawannya sehingga semua ini jadi tenang", jawab Kat. Dia menjeling ke Quinn bertanya sampai bila dia akan tunggu sehingga dia panggil adiknya untuk pulang.
"Kenapa dia tidak datang sini bersama kita dari tempat Anthony?" tanya Micah. "Saya fikir mestilah dia..." sekali lagi dia menjeling ke Quinn, menyalahkannya kerana ketidakhadiran Alicia sebab dia mahukan itu.
Nick mengeleng kepala tapi dalam hatinya mengerang. Dia cuba tidak melihat ke Michael kerana tahu langsuir itu telah memadamkan memori semua orang kecuali dirinya dan Micah. "Kamu mesti terhantuk kuat di kepala... Alicia tiada di tempat Anthony".
"Tapi dia di situ", bentak Micah. "Saya nampak dengan mata saya sendiri". Dia menjeling ke Nick tapi dia mengangkat bahu dan mengeleng kepala.
Dia memandang satu muka ke satu muka dan sedar tiada yang boleh pastikan Alicia berada di rumah itu. Dia boleh ingatnya di ruang bawah tanah... memegang tangannya. Alicia menangis dan ianya memakan hatinya sehingga dia melihatnya semula dan memastikan dia selamat. Dia tidak tahu apa yang lebih menyakitkan... lihat dia menangis atau hampir terbunuh. Dia melihat sekeliling sekali lagi membuat catatan di minda bahawa lelaki yang bersama Alicia juga tidak ada di situ.
Mengeluh, dia baring atas bantal dan diam-diam merancang untuk mencari kawan Alicia yang mana yang dia tinggal itu. Dia akan buru Alicia dan minta penjelasan darinya.
"Kamu mesti berkhayal", kata Jewel lembut.
Micah menoleh ke gadis berambut perang dan berkerut. "Siapa kamu?".
"Ini Jewel Scott Wilder", kata Steven dan memeluknya di bahu menggunakan tangannya yang elok. Puan Tully sudah merawat luka-luka dari peluru dan tangannya sekarang dalam penyangkut. "Dia pacarku".
"Jewel Scott kepunyaan Anthony?". Sekarang Micah lebih keliru.
"Cuma dalam minda gila Anthony", ujar Steven tapi tidak boleh tahan dirinya dari menarik Jewel lebih rapat pada dirinya.
Micah terkebil dan menoleh ke Quinn untuk meminta penjelasan bila dia lihat Kat memeluk abangnya. Mengeluh, dia mushkil berapa banyak dos ubat yang Puan Tully beri padanya sebab ianya seakan dia hilang ingatan atau semua yang lain yang hilang ingatan. Dia memandang ke seorang yang dia tahu ada kewarasan, Warren.
"Saya keluarkan Rip Van Winkle ke? Maksud saya, bila saya peri... Steven masih keseorangan dan Quinn langsung tidak romantik seperti Dean".
Warren tersenyum, "Banyak yang berubah sejak kamu pergi".
“Okay, panggilanku sudah dibuat", teriak Puan Tully melangkah masuk. Dia sebenarnya tidak buat panggilan ke cucunya. Dia cuma kata begitu untuk memberi mereka masa peribadi bersama Micah sebelum menghalau semua keluar. "Sekarang... semua keluar dan biarkan anak kucing kecil ini tidur".
Micah menyingai ke wanita tua itu. "Saya bukan anak kucing".
"Sayang, kucing paling mudaku boleh lawan kamu dan menang pada keadaanmu sekarang dan dia penakut, lari dari bayang-bayang sendiri", jelas Puan Tully. Semasa bercakap, dia ambil satu jarum dari kotak pelik dia bawa bersamanya.
"Saya kurang pasti saya perlu ubat lagi", keluh Micah. Dia perlu mengejar banyak perkara. Di sebabkan dia tidak dapat jumpa Alicia membuatkan sakitnya lebih teruk dari tulang-tulangnya yang patah.
"Dan itulah sebabnya kamu bukan doktor". Puan Tully gembira dia masih ada sifat kelakarnya yang pelik... bila dia mula pulih dia perlukannya.
Micah meraung lembut bila jarum itu dicucuk di lengannya dan menoleh jauh. Dia tidak suka ambil arahan dari sesiapa dan apa dia perlu buat ialah mencari adiknya. Semua orang mula keluar bila jarum itu dicabut dari lengannya.
Puan Tully melihat mereka pergi kemudian menoleh kembali ke Micah yang sudah pun tertidur. Keluarganya gembira dia sudah pulang, tapi yang sebenarnya ialah... dia bimbang pada harimau bintang itu. Kecederaannya terlalu teruk dia tidak boleh percaya Micah masih hidup.
Kedua-dua tempurung lututnya berkecai ditembak, tulang rusuknya patah dipukul bertubi-tubi beberapa lama. Belakangnya luka parah disebat. Dia kekurangan air dalam badan, kekurangan nutrisi, dan dia ada penyakit yang menular dalam darahnya. Dia boleh berinya penicillin jika dia manusia, tapi yang sedihnya... antibiotiks manusia tiada kesan pada paranormal.
Walaupun haiwan jadian memulih sangat cepat... ia tidak bermaksud kecederaannya tidak kekal... atau boleh membunuh. Dia rasa Micah bernasib baik jika dapat selamat dari jangkitannya.
Dia memandang di sisi matanya ke Michael, yang belum keluar dan duduk tidak bergerak di kerusi. Puan Tully memutuskan untuk membiarkannya. Dia memandang tinggi pada Michael dan jika dia mahu tinggal di situ dia tidak akan memaksanya pergi. Dia antara yang selalu jumpanya tapi selalunya untuk membawa orang yang parah, bukan kecederaannya sendiri.
Dengan mengeluh, Puan Tully mengemas perkakasannya dan berdiri. Dengan mengangguk sedikit ke arah Michael, dia senyap-senyap keluar bilik itu.
Michael tahu ianya masa untuk pergi... dia cuma menunggu untuk kemarahannya berkurangan. Alicia menyusahkan, tapi Damon tidak sepatutnya bawa dia ke tengah-tengah adegan tembak menembak seperti itu. Dia masih boleh nampak riak posesif di muka Damon bila memeluk Alicia dan mushkil jika sejarah sedang bersedia untuk berulang.
Pandangannya kembali ke apa yang tinggal pada Micah dan gambaran tangisan Alicia semasa memegang tangan abangnya kembali menghantuinya. Satu lagi gambaran terpampar di mindanya... gambaran Dean mengambil tangannya dan meletakkannya ke Kane untuk menyelamatkannya dari mati. Antara dia dan Dean... kecederaan Kane pulih di hadapan mereka.
Michael tidak pernah terfikirkannya, tapi dia pernah nampak Syn berbuat seperti itu di masa lampau. Ada satu masa yang tertentu yang menonjol di minda Michael... begitu lama dahulu sehingga dia hampir lupakannya.
Ianya semasa salah satu dari yang banyak rombongan perjalanan mereka dan mereka terjumpa seorang budak yang cedera. Dia tersenyum lembut bila teringat reaksi Damon dan Kane pada gadis kecil itu. Satu dari kakinya patah dan dia ada beberapa luka yang dalam pelbagai tahap pemulihan.
Budak itu kata dia terjatuh tapi mereka tahu tiada apa di situ yang boleh menyebabkan kecederaan seperti itu. Bila Damon melutut di hadapannya untuk mencungkil kebenaran, Syn menolak Damon pergi dan berkata, "Kamu tidak buat begitu pada budak yang suci".
Mereka cuba membantu budak itu pulang ke rumah tapi dengan cepat terhidu ketakutan dalam dirinya. Tapi, ia bukan takut pada mereka, tapi takut untuk pulang ke rumah yang membuatkan jantung gadis kecil itu berdegup. Walaupun budak itu tidak kata apa-apa, Michael tahu penjaga budak itu yang menyebabkan kecederaan itu... bukan sahaja kaki yang patah.
Syn tidak berkata apa-apa pada budak itu mengenainya dan mengesat air matanya. Tetapi, dia bertanya mengenai adik beradiknya dan budak itu menjawab tiada. Dia mula bercerita tentang neneknya yang tinggal di pergunungan dan matanya bersinar dengan sayang sebagai cucu.
Semasa dia bercakap, Syn meletakkan tangannya tepat di kakinya yang patah. Bila dia habis bercerita, bukan sahaja kakinya sembuh tapi semua luka-lukanya juga hilang. Masa itulah Michael terkejut dengan Syn. Sementara Kane mengangkat gadis kecil itu ke pangkuannya dan bermain dengannya, Syn melangkah dekatnya dan Damon.
Melihat pada Damon dia berkata, "Kamu jangan ganggu minda seorang budak... kecuali masa ini. Dia tidak perlu ingat tentang tentang deraan yang dilaluinya, tapi dia ingat kematian mereka". Matanya menjadi sejuk dan menambah, "Ianya kerana api". Dengan itu, Syn berpusing dan berjalan di lorong yang jelas ke arah rumah gadis kecil itu.
Kane tidak berahsia yang dia mahu bela gadis itu dan membesarkannya... dia selalu sayangkan kanak-kanak. Mereka semua pun sayang tapi Kane yang paling teruk. Dia akan beli seluruh kedai mainan untuk mereka jika dia mahu... dan ia pernah terjadi... beberapa kali. Walaupun begitu, Syn mendesak buat perkara betul dan membawanya pulang ke rumah neneknya.
Bila matahari terbit keesokan harinya, desas desus di kampung itu mengatakan ada rumah terbakar hingga rentung. Mayat lelaki dan wanita dijumpai tapi anak gadis kecilnya, hilang.
Empat orang itu cepat-cepat meninggalkan kampung itu menaiki kuda, menuju ke tempat yang sekarang dinamakan Swiss Alps. Selepas menghantar gadis kecil itu ke keluarga angkatnya, Syn memberikan nenek itu sepucuk surat dan sekarung duit emas semasa dia berbual-bual dengannya. Wanita tua itu tersenyum dan memeluk Syn erat sebelum mendukung cucunya.
Walaupun Syn tidak berkata apa-apa, mereka tahu dia bertanggungjawab pada kematian ibubapa gadis itu. Sehingga hari ini ianya membuatkan Michael mengigil bila memikirkannya. Kod moral Syn ialah kanak-kanak tidak boleh merana dan jika dia boleh berbuat sesuatu mengenainya... dia akan. Syn tidak kisah siapa ibubapa itu atau apa mereka mahu. Dia percaya ibubapa yang mendera memang patut dihukum seperti yang mereka lakukan pada anak-anak mereka.
Bila Michael bertanyakan tentang kebolehan Syn merawat budak itu, dia memberikan senyuman sabar.
"Kuasa itu ada di dalam semua yang kebal. Berbanding kekebalan... kamu masih budak, jadi kebanyakan kuasamu juga. Dalam masa, kuasa itu membesar. Tentang kuasa apa yang kamu ada... cuma rohmu boleh pilih. Jika merawat adalah kuasa yang rohmu berikan, kamu cuma perlu mahukannya dengan kuat".
Melihat balik ke harimau bintang yang cedera itu, dia faham. Melihat Alicia menangis seperti itu adalah motivasi yang cukup untuk mahukannya cukup kuat. Michael perlahan-lahan berdiri dan mendekati Micah. Bila dekat, dia boleh terhidu infeksi yang menular dalam badan harimau bintang itu. Jika apa-apa berlaku kepada harimau bintang itu, dia pasti Alicia akan menangis dan dia tidak mahu Alicia menangis.
Michael meletak tangannya ke dada Micah dan teringat sensasi yang dia rasa bila dia dan Dean menyentuh Kane. Menumpukan fikirannya pada kemahuannya melihat Alicia tersenyum, dia dapat rasakan kemahuannya itu mengalir dari tubuhnya ke tubuh yang dia tahu membahagiakan Alicia. Micah mula bersinar lembut dan Michael menunggu jika dia boleh melihat roh Micah seperti dia melihat roh Kane. Selepas seketika, dia akur yang itu adalah kuasa Dean... bukan dia.
Jika ada sesiapa lain di bilik itu dengannya, mereka boleh melihat perubahan yang berlaku. Mata Michael mula bersinar biru kehijauan gelap dan rohnya perlahan-lahan menunjukkan dirinya, berlapis dengan tubuh fizikalnya.
Michael boleh rasa sebahagian dari dirinya masuk ke dalam badan harimau bintang itu... mengalir melalui darahnya. Dia bernafas lega bila bau infeksi mula hilang dari bilik itu. Dia tidak nampak di bawah kain pembalut luka untuk kepastian, tapi dia nampak bila lebam dan luka di muka Micah beransur pulih dan hilang.
Menarik tangannya, Michael tersentak ke belakang. Mengangkat tangan ke matanya untuk menenangkan kepeningannya, dia terkejut ada air mata di bulu mata dan pipinya. Dia kaku sekejap teringat yang dia juga menangis bila Dean mengambil tangannya dan meletaknya ke atas badan Kane yang tenat.
Adakah itu maksud Syn bila berkata mahukan sesuatu dengan kuat?. Adakah hati dan mindanya mesti tepat berada di tempat sama untuk ianya berlaku?.
Michael melihat ke tangannya dan mengeluh. Dia berharap Syn ada di situ untuk jawab soalan-soalan barunya. Syn sudah bangkit sekarang, tapi sepanjang masa yang dia ingat, Syn tidak pernah tinggal tetap di satu tempat... dia sentiasa cuma lalu sahaja. Dia pernah tanya Syn sekali apa yang dicarinya, tapi Syn cuma tersenyum dengan pandangan jauh di matanya dan jawab, "Ada rahsia yang perlu disimpan".
Mungkin dia akan dapat tahu nanti... sekarang dia perlu pulang dan berehat. Merawat harimau bintang itu meletihkannya dan dia perlu berehat dan mengembalikan tenaganya. Menoleh ke Micah, Michael memutuskan dia ada satu lagi perkara untuk dilakukan bagi menutup jejaknya dan menyatukan adik beradiknya.
Meletakkan tangannya ke pipi Micah, dia bisik namanya, menyebabkan harimau bintang itu cukup sedar untuk mendengar suaranya. Bila bulu mata Micah terkebil, Michael beritahunya maklumat yang membuatkan tempat tinggal Alicia dirahsiakan sehingga dia dibenarkan datang padanya.
*****
Trevor memberhentikan kereta di hadapan Dansa Bulan sebelum memparkirnya. Melihat Envy cedera memendekkan nyawanya sepuluh tahun... itu yang dirasanya. Dia ditembak seperti itu cuma menguatkan azamnya yang dia betul bila cuba tidak memberitahunya tentang dunia paranormal dan penglibatannya di situ untuk sekian lama. Dengan menyimpan rahsia itu, dia boleh mengeluarkannya dari zon bahaya.
"Selamat pulang ke rumah", dia mengomel tanpa melihat mereka. Keluar dari kereta, Trevor berjalan keliling kereta untuk buka pintu Envy tapi Devon lebih cepat.
Devon beri pandangan sinis pada Trevor dan dia mengekori mereka ke dalam tanpa bersuara. Devon benci yang dia terhutang budi pada Trevor kerana menyelamatkan Envy... tapi benci kerana ianya Trevor yang dia terhutang budi.
"Kamu tidak perlu masuk dengan kami", jelas Envy, cuba menenangkan keadaan antara dua lelaki itu. Dia juga senyum sedikit pada Trevor dan mengangguk untuk beritahunya dia tidak bermaksud jahat, cuma sangat berterimakasih padanya.
Mata Trevor berlembut bila bertentang mata dengan Envy. "Saya rasa lebih baik jika tahu kamu dijaga baik".
Envy tersentak di dalam... tersalah cakap.
"Kamu kata saya tidak tahu jaga Envy?" bentak Devon dan berhenti bila sampai di tangga yang di atasnya tempat tinggal.
"Tidak dalam perkataan", kata Trevor dan ikut Envy naik tangga.
Mata Devon terbeliak dan meluru ke belakang Trevor dan menolaknya keras ke dinding. "Kalau begitu katakan padaku Beruang Penjaga".
Trevor mengangkat bahu di dinding, "Mestilah Kucing Garang... kamu teruk!".
"Pergi neraka!" Devon mengaum kuat.
"Saya teringat kartun Sabtu pagi terpasang", tutur Envy dan mengosok dahi. "Boleh tak kamu berdua tidak tunjuk gagah dan berbaik-baik? Saya pening kepala, lengan saya sakit sangat, dan yang paling saya tidak mahu ialah kamu gaduh untuk menunjuk siapa lebih gagah". Dia menoleh ke Trevor, "Diam atau pulang ke rumah, sekarang, saya tidak kira mana satu".
Devon tersengeh sehingga Envy menjeling padanya. "Dan kamu... saya boleh buang kamu kucing kitty. Buat lagi dan kamu akan menjerit di balik pagar lorong belakang".
Tabatha sedang menunggu untuk tahu perkembangan bila terdengar Devon jerit ke Trevor untuk pergi ke neraka. Dia buka pintu pada masa Envy memarahi keduanya dan tidak boleh tahan tergelak. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi keseorangan.
"Budak-budak lelaki ni nakal lagi?" tanya Tabatha.
"Kamu tidak tahu", gomel Envy semasa masuk ke pejabat Warren dengan Trevor dan Devon di belakangnya.
Envy membuka jaketnya dari bahu dan Tabatha terbeliak pada kain pembalut luka basah berdarah di lengan Envy. Dia terkenang bila dia dan Envy diculik oleh Raven dan kumpulan penyedut darahnya, tapi menolak gambaran itu dengan paksa ke kotak simpanan mentalnya.
"Boleh seorang dari kamu ambil kotak ubat?" tanya Tabatha sambil meneliti Envy untuk memastikan bahunya sahaja yang cedera.
"Saya ambilnya", jawab Devon dan berjalan ke bilik air bersambung.
"Apa yang terjadi?" bentak Tabatha bila dia membuka kain pembalut luka dan nampak kesan peluru di lengan kawannya.
"Kena tembak, kena tengking, hampir dicakar, dan hampir tidak dapat lari dari letupan besar", kata Envy tersengeh tapi sengehan itu hilang bila nampak riak muka kawannya. "Saya okay, saya janji", tambahnya cepat.
Tidak melayan Envy, Tabatha menjeling Devon bila dia kembali ke bilik itu. "Ke mana kamu bila Envy ditembak?". Dia tidak dapat menahan diri. "Ini kawan baikku dan kamu sepatutnya jaga dia!".
Trevor tergelak senyap, suka bila ada orang lain yang memarahi Devon akhirnya.
"Berlawan untuk hidup", kata Devon mempertahankan diri. "Saya tidak dapat selamatkannya tapi Winnie si Pooh sana bawa dia keluar".
"Itu selepas Hello Kitty terpisah darinya", jawab Trevor cuba tidak tersenyum teringatkan Devon yang fikir dia beruang jadian... jika Devon tahu kebenaran siapa dia sebenarnya. Keinginan untuk senyum terhenti bila pandangannya kembali ke Envy. Jika Devon tahu kebenaran itu, Envy juga akan tahu dan dia letih ditangkap berbohong olehnya.
Tabatha dan Envy tergamam memandang sesama mereka dan Envy membuat isyarat mulut 'tolong' tahu Tabby akan faham.
“Hey Trevor, boleh hantar saya pulang?" tanya Tabatha cuba mengeluarkan Trevor dari bilik itu sebelum Devon gigit kepala dia... atau Envy bertindak gila pada kedua-duanya.
Trevor mengeluh dan masukkan tangan ke dalam poket. "Boleh, biar saya turun dan pasang injin kereta".
Selepas Trevor pergi dengan kecewa, Envy berikan Tabby riak lega. "Terimakasih!".
Tabatha tersengeh, "Jangan terimakasih pada saya sebab sekarang kamu berdua terhutang budi pada saya".
"Saya beri kamu semua yang saya ada!" jerit Devon tersengeh.
"Itu termasuk Envy?" tanya Tabatha, matanya bersinar.
"Itu tidak boleh", jawab Devon mengenyit matanya.
Tabatha membuat muka kecewa, "Itu sudah tidak berbaloi".
Envy tergelak bila Tabatha memijak-mijak kaki bila keluar bilik itu, berlakun menghempas pintu semasa keluar.
Bab 2
“Letak saya ke bawah kamu si gila penyedut darah!" jerit Alicia sambil mencakar belakang Damon dari mana dia dibaling ke atas bahunya. Pada saat dia sedar mereka bukan ke arah Lampu Malam dia mahu Damon berhenti... yang jelas mahu dan dapat adalah dua perkara yang berbeza. "Saya mahu jumpa Micah!".
"Michael beritahu untuk bawa kamu ke sini dan di sinilah kamu akan tinggal", arah Damon bila dia berjalan masuk ke bilik Alicia dengan tenang. Dia campak Alicia ke atas katil dan terketar kerana kuku Alicia meninggalkan torehan panjang di belakangnya. Mengaum sambil berkata "Saya tidak fikir pacarmu akan terlalu sedih jika kamu lambat sedikit ke katil... tepi katilnya".
Alicia mengeluh kuat dan cuba keluar dari katil tapi Damon dengan cepat menyandar padanya dengan kedua tapak tangannya ditekan kuat ke kedua bahunya.
Damon merenungnya tajam, cuba sekali lagi untuk memukaunya dengan jampi, "Cilaka, saya kata duduk diam!".
"Saya bukan seekor anjing, saya seekor kucing kamu..." Alicia hilang ingatan seketika bila memandang ke arahnya, melihat cara rambutnya melurut ke bawah di sekeliling muka yang sempurna. Dia rasa sesuatu dalam perutnya terbangun dengan keinginan. Menurunkan pandangan ke bibirnya, dia gunakan satu helah untuk cuba melupakan keinginannya untuk mengucup Damon... ketegasan.
"Kamu bukan bos saya!" Alicia memukulnya di dada tapi menyesal bila Damon menutup matanya kesakitan dan mendekati Alicia lebih rapat.
"Ada sesiapa yang memukul punggungmu semasa membesar?" Damon mengertak sambil berpeluh. Dia terguling ke tepi untuk baring di sisinya.
"Kamu berangan". Alicia berkerut mushkil bagaimana dia boleh angkat dia rentas bandar seperti orang hutan dan sekarang nampak seperti dia akan pengsan sebab dia memukulnya. "Kamu baikkah?" tanyanya curiga, tidak mahu rasa bersalah kerana melawan.
Damon buka matanya cuma bertentang mata dengan beruang teddy yang bodoh. Mata biru kehijauannya menumpu ke kolar yang dipakainya... 'Micah'... patutlah.
"Saya cuma letih... kamu bagaimana?" jawabnya sambil menolak dirinya duduk mushkil kenapa dia menyusahkan dirinya dengan manusia... lebih-lebih lagi perempuan. Mereka banyak buat masalah. Berdiri, dia mula bergerak ke pintu berharap dia tidak buat sesuatu memalukan seperti pengsan. "Jika kamu cuba keluar rumah sebelum Michael balik, saya akan suapmu beruang teddy itu".
Alicia menjeling pintu sehingga dia pergi kemudian mengangkat kening pada beruang teddy yang tidak bersalah, "Saya tahu salah saya... tapi apa yang kamu buat yang menjadikannya marah sangat?".
She menguling mata dan berpusing untuk pasang lampu. Damon macam cepat-cepat mencampaknya ke katil mereka tidak sempat pasang lampu. Dia hampir mengambil semula beruang teddy itu tapi kaku bila sesuatu atas katil menarik perhatiannya. Di tempat Damon baring ialah kesan darah yang baru. Dia hampir menyentuh kesan itu tapi menarik tangannya.
Bangun dari katil, Alicia melangkah keluar ke beranda dan menyelinap ke pintu berkaca bilik tidur Damon. Apa yang dilihatnya membuatkan hatinya luruh ke lantai.
Damon menghentam tutup pintu bilik tidurnya dan mengoyak baju hitamnya, mencampak ia seberang bilik. Beberapa peluru yang terjatuh ke dalam bajunya jatuh ke lantai dan dinding semasa itu. Badannya sentiasa menolak keluar peluru-peluru itu semasa memulihkannya. Dia menarik nafas panjang dan melihat lubang-lubang berdarah itu dengan kegelian. Ianya peluru-peluru yang masih ditolak keluar yang menyebabkan lubang-lubang itu masih belum tertutup dan pulih.
Melihat satu peluru tersembul separuh jalan di dadanya, dia mencungkilnya keluar. Dia mengenggam tiang katil sekuat hati dengan tangan lain sehingga kayu itu merekah dan pecah. Jika tidak kerana meminum darah serigala tadi, dia akan melutut menjerit sekuat-kuat hati sekarang. Bila difikirkan, dia mungkin tidak mampu keluar dari vila itu.
Darah paranormal ada kuasa tambahan dari darah manusia, tapi yang jelas jika dia mahu pulih lebih cepat, dia perlu lebih lagi darah. Tiada siapa yang pernah menuduhnya seorang penyabar.
Dengan berdengus, Damon menjatuhkan peluru itu ke lantai dan pergi ke almari baju untuk mencari baju baru. Yang ada cuma baju sejuk... dia ambil yang hitam dari penyangkutnya dan pakainya sebelum menuju ke pintu beranda.
Alicia perlu tekap tangan ke mulut untuk tidak menjerit bila dia nampak kecederaan teruk di dada Damon. Ada lubang peluru yang masih berdarah dan ada yang masih menolak peluru keluar dari kulitnya. Patutlah dia terketar bila dia memukul Damon. Dia rasa sakit di dada. Macamana dia boleh jadi begitu kejam?.
Dia mula untuk buka pintu itu tapi kaku bila Damon berpusing dan ambil baju sejuk dan memakainya. Dia betul-betul mahu menangis bila nampak darah di belakang Damon, yang lebih teruk dari dadanya. Berapa kali dia memukulnya di belakang sebelum sampai ke biliknya?. Lutut Alicia terasa longgar memikirkannya.
Bila Damon mula melangkah ke pintu beranda, dia cepat-cepat ke tepi dan berpusing, menyandar pada dinding antara dua pintu berkaca itu. Meletakkan tangan ke dadanya yang tidak cedera, dia menahan nafas dan berharap Damon tidak keluar dan menangkapnya merisiknya.
Kepanikannya bertukar kepada kesakitan... kemudian kemarahan dan kebingungan. Damon bohong semasa di vila itu... darah itu sebenarnya kepunyaannya. Kenapa dia buat begitu?. Kenapa lindungi dia dan tidak beritahu bahawa dia cedera?. Dia boleh terbunuh... untuk apa?. Selamatkannya?.
Mata Alicia terbeliak bila pintu beranda terbuka tiba-tiba dan Damon melompat ke tepi selusur yang tebal itu memandang ke jalan di bawah. Dia mengimbang dirinya di selusur tapi, sebelum melompat, dia dapat rasa kehadiran Alicia di belakangnya. Dia dapat rasa emosi yang melanda Alicia dan mengeluh... dia penat dan cedera dan tidak mahu bergaduh dengan Alicia lagi malam ini.
"Michael padam memori mereka bahawa kamu ada di sana malam ini. Jika kamu berkejar ke Micah sebelum mereka memanggilmu... kamu akan merosakkan semua yang dia buat untuk membantumu. Jika kamu tidak mahu tinggal di sini untukku... setidaknya buatlah untuk Michael". Setelah berkata itu, Damon melompat dari beranda dan turun ke rumput di bawah.
Alicia tergamam dan meluru ke selusur batu itu, melihat ke bawah bila dia bergelut seperti orang buta. Matanya terbeliak dan mengenggam selusur bila sedar yang pergelutan buta Damon bukan sebab dia tidak boleh melihat. Tangan Damon mencapai sekelilingnya seakan menarik bayang-bayang, guna ia untuk menyelimuti dirinya... kemudian ghaib sebelum sampai ke tanah.
Alicia mencari dalam kegelapan untuknya, bersedia untuk meninjau rapat apabila nampaknya, tapi tidak jumpa apa-apa... tidak ada pun bunyi tapak kaki. Dia rasa bersalah padanya dan kesakitan yang dia alami untuknya malam ini.
Dia memeluk tubuh tiba-tiba rasa kesunyian yang dia tidak bersedia untuknya dan berharap sangat dia tidak pergi. Dia perlu minta maaf padanya... dia mahu berterimakasih dan dia juga mahu pukulnya lagi kerana tidak beritahu dia cedera. Kemana dia pergi?. Apa yang langsuir buat bila cedera?.
Damon mahu dia duduk diam dan buat apa yang Michael suruh. Mengeluh, dia putuskan untuk turut perintah itu kali ini... tapi dia bukan buatnya untuk Michael.
Berpusing dari selusur itu, Alicia pulang ke biliknya dan duduk atas katil. Dia merenung telefon seketika mushkil apa patut dia buat jika ia berdering. Patutkah dia jawab?. Bagaimana kalau ia bukan Michael?. Bagaimana jika ianya Warren atau Quinn memanggil Michael dan dia yang jawab telefon?.
Damon betul... dia cukup terhutang budi pada keduanya untuk tunggu sehingga pagi sebelum membuat apa-apa keputusan atau buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia ingat kekerasan suara Michael bila beritahu Damon untuk membawanya pulang. Tiada siapa mahu dia di situ kecuali Damon... satu lagi perkara yang dia berterimakasih padanya.
Mahukan masa berlalu lebih cepat, dia bangun dan tukar pakaian ke baju tidur nipis. Menarik selimut di katil, dia baring dan cuba tidur. Diaa berasa panas walaupun pintu beranda terbuka untuk angin sejuk masuk. Dalam sejam, dia berpusing-pusing dan akhirnya angkat tangan untuk mengesat peluh di dahinya.
Kulitnya juga terasa panas dari sepatutnya jadi dia tolak selimutnya ke tepi untuk menyejukkan dirinya. Mula kehampaan, dia membungkus selimut itu menjadi seperti bantal peluk yang panjang kemudian berpusing ke sisi, memeluknya dan mengepit satu kaki di atasnya. Dia menjungkit-jungkit pada selimut itu, suka rasa ia di antara pehanya dan memeluk ia lebih erat.
Mata Alicia terbuka bila dia kenal gejala yang dilaluinya. Dia ada terbaca mengenainya dan lihat seorang kawannya di sekolah yang melaluinya.
"Tidak..." bisiknya merasa ketakutan dalam dirinya cuma memikirkannya. "Tolong jangan biarkan saya dalam kehangatan".
*****
Damon berlari dalam bayang-bayang merentasi bandar, meluru ke tempat paling kotor dan gelap mencari sesuatu atau seseorang yang boleh dibunuh. Dia cuba melupakan Alicia dari mindanya tapi setiap minit dekat bersamanya, lebih dalam dia merangkak ke bawah kulitnya. Yang peliknya ialah... dia suka Alicia di situ.
Dia membina dirinya tidak kisah tentang apa-apa... atau sesiapa. Dia juga berbangga dengan peraturan sendiri untuk mengambil apa yang dia mahu. Dia mahukan Alicia dan Alicia tidak sepatutnya menggoda seorang iblis sepertinya. Bila dia jatuh dari beranda itu, dia berharap Alicia cukup pandai tidak mengikutinya. Nasib baik, gadis itu tahu sedikit tentang penjagaan diri.
Dia akhirnya sampai ke tempat yang ditujuinya: tempat tidak terurus di Los Angeles. Damon melurut ke sudut gelap kaki lima, tersengeh bila kereta polis memandu di tepi dan semua orang hilang. Bila polis hilang dari pandangan, gelandangan bumi akan keluar dari persembunyian dan keadaan akan kembali seperti biasa.
Damon menyingai ke dua wanita berpakaian menjolok mata dan terus berjalan bila mereka mengodanya dengan lengguk mereka. Mungkin beberapa minggu lepas dia boleh melakukannya, tapi sekarang... dia tidak berselera dengan perempuan. Memikirkan untuk minum dari mereka membuatnya rasa sedikit sakit.
Berpusing di simpang, Damon nampak dua orang jahat di hadapan dan mereka melihat ke arahnya semasa dia datang dekat. Sekarang inilah yang dia nantikan.
"Bagaimana kamu", seorang tanya dengan suara garang. Tangannya di dalam poket jaketnya berharap untuk jualan dadahnya. Bila dia ternampak mata liar Damon, dia memutuskan untuk tidak menjual kerana orang ini mungkin sudah dapat dadah di tempat lain.
Damon tidak jawab dan sambung berjalan. Dia tahu apa akan jadi dan tidak sabar untuk itu. Kedua lelaki ini mungkin raja jalan ini dengan otot yang berketul dan mata yang gelap dan tiada emosi. Dia boleh bau darah lama di pakaian mereka dan nampak kesan di buku lima yang ada pada pembuli. Ya, mereka mungkin lagenda dalam minda mereka.
“Hey,” yang kedua jerit, "Kawanku tanya kamu".
"Dan kesenyapanku sepatutnya menjadi amaran padanya saya tidak berminat". Damon beri amaran kemudian menoleh pada mereka. Dia tersengeh jahat, taringnya bersinar pada lampu jalan yang malap bila mereka nampak anak matanya yang merah. "Tetapi, makan malam dengan kedua-dua kamu nampak bagus".
Damon bergerak cepat, mencapai yang pertama dan menyedutnya kering dalam masa kurang seminit. Dia berpeluh dari kesakitan bila lebih banyak peluru mula ditolak keluar dan jatuh ke tanah dengan bunyi besi terhantuk. Mendongak ke atas, dia ketawa berdekah-dekah sebelum melepaskan mangsa yang mati jatuh di kakinya.
Gema dari yang kedua berlari pergi mencuri perhatiannya dan Damon meluru padanya, sekali lagi menyelimuti dirinya dengan bayang-bayang sebagai samaran. Kesakitan dan adrenalinnya pada tahap tinggi.
Dia sampai ke lelaki punk gemuk itu dan meninjaunya seketika, suka pada bau ketakutannya. Bila mangsanya mula memperlahankan diri, Damon tergelak dalam gelap membuatnya lagi semula lebih laju. Ya, inilah yang diperlukannya... membuang dari dunia beberapa manusia tidak berguna sambil mengambil darah yang diperlukannya untuk pulih.
Cepat merasa bosan mengejarnya, Damon meluru dekat dan menariknya ke lorong belakang. Pergelutan manusia itu berani juga, tapi tiada tandingan dengan kekuatan Damon... kesudahannya sudah ditentukan.
Akhirnya, rontaan lelaki itu berkurangan dan Damon menjatuhkannya ke konkrit kotor. Semasa meronta, paket-paket kecil serbuk putih terjatuh dari poket orang itu dan sebungkus besar duit dan sepucuk pistol. Damon melutut di sebelah mayat itu dan, menggunakan bucu bajunya, mengelap mukanya bersih dari bukti sebelum mengambil duit itu dan masukkannya ke poket belakang dan berjalan pergi.
Sampai di mulut lorong itu, Damon menyeluk poketnya dan mula berjalan di kaki lima seperti tidak kisah apa-apa di dunia. Sekarang keperluannya untuk membunuh dan minum sudah hampir puas, dia boleh pilih mangsa seterusnya yang lebih baik.
Misery memandang keseluruhan adegan langsuir dengan dua manusia yang dipilihnya sebagai mangsa itu. Dia mahu berjumpa langsuir itu tapi terlalu lemah untuk itu. Tetapi, dia memuaskan diri dengan menyedut ketakutan dari dua manusia itu sementara langsuir itu menyedut mereka kering. Pukauan kematian mereka sungguh lazat.
Perjumpaannya dengan Kane sebelum ini memaksanya menggunakan semua kuasa yang disimpannya sejak bebas dari gua itu. Bila kuasanya dicampur dengan darah Kane, ia menggunakan hampir seluruh tenaga darinya. Untuk buat dinding dimensi merekah di dunia ini adalah proses rumit dan akan mengambil lebih banyak kuasa dari yang dia ada pada masa ini. Dia boleh rasa degupan kejahatan di kawasan itu dan tahu dia telah membangkitkan beberapa jembalang yang lebih lemah yang sedang tidur di situ.
Dia perlu lebih tenaga untuk menipiskan dinding itu cukup untuk jembalang-jembalang di sebelah sana merasanya dan ambil peluang. Jika jembalang-jembalang itu cukup berkuasa... mereka boleh habis mengoyaknya dari sebelah sana dan bersama dengannya di dunia ini.
Walaupun caranya tidak cukup untuk apa yang dia mahu, kejahatan di bandar itu membiak dan ianya tidak akan makan masa yang lama untuk membina kuasanya ke tahap yang diperlukan. Bila tahap itu dicapai... dia akan cuba memecahkan tembok dimensi itu sekali lagi. Aura langsuir ini tidak selazat Kane tapi persamaan dan potensi untuk upacara berdarah ada padanya.
Langsuir ini... walaupun menunjukkan kekejaman yang menarik pada Misery... kuasanya sungguh lain dari Kane. Dia sudah tahu bagaimana menyambung ke kuasa sebenar Kane tapi bila meneliti roh yang ini, dia nampak lebih kepada kebenaran yang merbahaya. Kuasa yang ada padanya cuma boleh dilepaskan semasa melindungi sesuatu yang dicintainya. Ia kuasa yang tidak berguna sebab dia menutupi emosinya.
Selepas mengkaji langsuir ini seketika lagi, Misery memutuskan ianya bagus jika yang ini tidak bercinta sebab jika dia berjaya mengawal emosinya... kuasanya tiada batasan.
Damon boleh menghidu langsuir-langsuir tanpa roh berkeliaran sekelikingnya dan dalam lorong-lorong gelap. Dia berfikir sekejap tentang membasmi beberapa mereka dari bandar ini tapi memutuskan dia sudah berbuat baik untuk hari itu. Jika mereka mahu minum dari gelandangan di kawasan itu, siapakah dia untuk menidakkan mereka?. Dia pun baru buat perkara yang sama. Semasa dia sambung berjalan, beberapa lagi peluru jatuh dari bajunya dan kena tanah, berbunyi ting-ting di kaki lima seperti memori yang dilupakan.
Bulu di belakang leher Damon menegak dan dia berhenti berjalan, menoleh kiri dan kanan... dia sedang diperhati. Akhirnya mendongak ke atas, matanya menumpu ke bayang-bayang kelam berlegar di atap bangunan di sebelahnya.
Melangkah ke belakang ke dalam bayang-bayang, Damon menyelimut dirinya dengan kegelapan mencemuh bagaimana bandar ini tidak memberi privasi kerana ramai baka paranormal berkeliaran. Sebelum ke sini, dia tidak pernah dekat dengan pengubah bentuk atau maklaikat yang jatuh. Di negaranya, pengubah bentuk telah dibuang ke zaman gelap dan cukup pandai untuk tidak kembali. Dia tidak sedar bagaimana sikap kenegaraannya cukup kuat bila di negara yang dia berbuat baik itu.
Dia bukan jenis yang suka berjalan-jalan kelilingi dunia seperti Kane dan Michael... tidak bila dia suka berada di satu tempat. Tapi itu bukannya pengubah bentuk di atap itu... ianya maklaikat yang jatuh, dan ianya bukan antara dua yang dilihatnya di gereja. Ini mesti yang lagi satu yang melarikan diri.
*****
Zachary bernafas lega bila pemberita yang terakhir mula bosan dan tinggalkan tempat jenayah itu. Dia menoleh ke ahli bomba yang kotor dan mengerang sedih. Kesian mereka, mereka tidak dapat mengawal api itu, walaupun mereka syukur ia tidak melarat keluar dari tanah Anthony Valachi. Zachary tersenyum bila nampak apa yang ditunggunya.
Dia menjadikan api itu sangat panas dia tahu ia tidak makan masa lama sebelum kehabisan bahan bakar dan padam. Dia buat begitu kerana dua sebab. Satu kerana kasihan pada manusia yang mengadai nyawa setiap hari bermain api, dan yang satu lagi untuk melenyapkan semua bukti manusia tidak patut lihat... termasuk jasad untuk bedahsiasat atau tulang untuk diteliti.
"Nampak seperti ianya mula padam", kata Chad bila dihampiri Zachary. "Saya tidak percaya Trevor tiada di sini".
"Oh dia ada", Zachary tersengeh. "Kali terakhir saya nampak dia, dia sedang mengangkat adikmu keluar dari sini supaya saya boleh letupkan tempat ini".
"Apa!" jerit Chad kemudian datang lebih dekat supaya tiada siapa boleh dengar dia. "Saya di sini sejam cuma sekarang kamu beritahu adikku hampir mati malam ini?".
"Peluru itu cuma tergesel sedikit padanya". Zachary cukup suka kenakan orang baru itu. Dia merasa sedikit bersalah bila muka Chad menjadi pucat. "Jangan bimbang, dia baik".
"Kamu cilaka", bentak Chad tanpa kasihan.
"Saya pernah dipanggil lebih teruk", Zachary mengangkat bahu. "Tapi sekarang, kamu boleh panggil saya bos. Saya sudah siapkan kertas kerjamu. Kamu bukan lagi di bawah jabatan polis. Mereka kerja di bawah kamu dan kamu kerja untuk CIA yang mereka diberitahu. Dan ini di bawah tanggungjawab CIA kerana serangan samseng".
"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang?", tanya Chad merasa sedikit keliru dan dalam diam bercita-cita memukul harimau kumbang yang meletakkan adiknya dalam bahaya lagi.
"Berseronoklah dengan kenaikan pangkat itu sebab saya akan tinggalkan kamu untuk menjaga keadaan ini malam ini". Zachary menepuk bahunya sebelum buka pintu kereta dan masuk. Dia mengira ke tiga sebelum Chad mengetuk tingkap. Menurunkan tingkap, dia angkat kening.
"Apa patut saya beritahu mereka?" tanya Chad.
"Itu yang paling menarik sekali. Kamu tidak dibenarkan beri apa-apa maklumat masa ini". Zachary ketawa dan naikkan tingkap kemudian ketawa lagi bila Chad tendang tayar semasa dia berlalu pergi.
Jenakanya hilang bila bersendirian dengan fikirannya. Dia tahu banyak serigala itu tidak bersalah dan cuma mengikut arahan ketuanya, tapi akan ada yang mahu membalas dendam untuk kematian Anthony Valachi. Ada yang memburu penyelamat Micah, tapi ada yang mencari Steven dan tunangnya yang menipu. Walau apa pun, itu akan menjadikan Lampu Malam satu tumpuan untuk diserang gangster.
Mengeluarkan telefon bimbitnya, Zachary memanggil ahli PIT mengatakan dia ada seorang pengintip dalaman di dalam kumpulan serigala yang paling ganas itu. Jika apa yang difikirkannya akan terjadi maka ianya bagus kalau dihantar beberapa kecaman bunuh ke Lampu Malam hanya untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga harimau bintang itu, atau lebih baik lagi... suruh mereka tutup kelab itu sementara waktu.
*****
Angelica memandang keluar tingkap ke bandar di bawah berfikir tentang mimpi ngeri yang mengejutkannya. Melihat cahaya dan kehidupan di bandar walaupun pada waktu tengah malam memberinya keselesaan dan membuatnya susah untuk melihat ke tempat lain.
Dia tidak pernah dapat mimpi ngeri sebelum ini... dia tidak pernah bermimpi pun dan itu paling menganggunya. Dia mengosok jarinya pada kesan di tapak tangannya menyalahkan ia untuk mimpi ngeri tadi. Dia tenggelam dalam pemikiran merungsingkan itu bila pintu di belakangnya terhempas, dia hampir terlompat terkejut.
Zachary buka pintu senyap-senyap takut jika Angelica masih tidur. Bila dia nampaknya berdiri kepeningan, dia tidak dapat menahan diri dan menghempas pintu. Reaksi Angelica lebih baik dari yang diharapnya.
"Jika saya jembalang, kamu sudah digigit", dia tersengeh kemudian menurunkan pandangannya ke pisau yang Angelica genggam amat kuat sehingga buku jarinya putih. "Mungkin tidak", perbetulnya dengan kerutan. "Apa yang menganggumu?".
"Mimpi ngeri", kata Angelica berterus terang sambil merehatkan genggamannya. Tiada guna menipu... bukan padanya lagipun. Dia menarik nafas panjang cuba menenangkan ketegangan di bahunya kemudian mengecutkan hidungnya, "Kamu bau seperti roti hangus".
"Mahu gosok belakangku?" Zachary mengerakkan keningnya dan bergerak ke bilik air.
Angelica menoleh sekali lagi ke tingkap sebelum berjalan menjauhinya. Mendengar pancuran mandi dipasang, dia duduk di kerusi malas dan ambil buku notanya di sebelah komputer riba dan mula melukis lelaki yang dilihatnya di dalam gua. Kerana dia yang memberi kesan itu padanya, mimpi ngeri itu mungkin darinya. Dia mula dari matanya dan melembutkan contengan pensilnya sementara muka itu mula kelihatan di kertas.
Zachary keluar dari bilik air berwap mengeringkan rambut dengan tuala. Berjalan ke belakang Angelica, dia memandang ke potret lelaki yang dia nampak bersamanya di gua itu. Dia melihat cara rapi Angelica melukis rambut yang panjang dan hitam itu... seakan angin bertiup ke atasnya. Sebagai jembalang, lelaki itu iblis yang tampan di mata Angelica.
"Kamu bau bagus", komen Angelica dan memandangnya. Menunjukkan lukisannya, dia tanya, "Boleh kita hubungi Dean untuk tunjuk gambar ini?".
"Saya ternampak dia di vila ketua serigala malam tadi. Tapi dia masuk dan keluar begitu cepat ianya lebih senang jika kamu tunjuknya ke Kane sahaja", cadang Zachary sambil melompat kerusi itu dan duduk di sebelahnya dan ambil gambar itu dan mengkajinya. "Kane kata Misery perempuan".
"Itu yang saya takut", keluh Angelica. "Jika itu bukan jembalang yang sama yang mereka bebaskan dari gua itu... ia bermakna Misery bukan satu-satunya jembalang di bandar ini".
"Apa buat kamu kata begitu?" tanya Zachary.
Tidak menjawabnya, Angelica buat sesuatu yang tidak terfikir olehnya. Memusing diri ke sisi atas kusyen, mendekati Zachary dan menyandar padanya. Bila Zachary cuba ciumnya, dia tunduk dan Zachary cuma cium dahinya sahaja. Kemudian dia biarkan mimpinya bermain di memorinya.
Zachary terkejut bila gambaran berubah dan dia di dalam mimpi Angelica. Bila gambaran yang berkelip itu mula hilang dan Angelica menjauhkan dirinya, Zachary buka matanya dan bisik, "Wow... itu satu mimpi yang pelik".
Angelica mengangguk, "Ya, lebih-lebih lagi untuk seseorang yang tidak pernah bermimpi, tidak sekalipun sepanjang hayat".
*****
Kriss telah mencari di tempat-tempat dia fikir maklaikat yang jatuh yang terpenjara tersangat lama itu mungkin menyembunyi. Ianya bukan maklaikat yang jatuh dicarinya... ianya Dean. Selepas kepenatan mencari di gereja-gereja dan kswasan-kawasan terpencil di serata bandar yang kejahatan hindari, dia tersedar yang dia mungkin tersalah tempat. Dia seperti tidak mengenali mangsanya dengan rapat.
Bergerak dari satu kawasan paling teruk ke satu lagi, Kriss mula menghampiri tengah-tengah bandar. Beberapa jam kemudian, dia berjaya bila ternampak pergerakan pantas berlari merentas atap-atap melompat dari bangunan ke bangunan.
Mengekori dari jauh, Kriss mengecam warna terang maklaikat yang jatuh dan sayap putih bak salji yang ghaib dari pandangan manusia tapi tidak padanya. Dia merengkan kepala ke tepi bila maklaikat yang jatuh itu melihat ke atas bahunya seakan merasakan dirinya diekori.
Bila maklaikat yang jatuh itu memandang kembali ke jalan di bawah, Kriss merasakan bukan dia sahaja yang memburu malam itu.
"Siapa yang kamu cari?" bisik Kriss dalam hati masih mengekorinya beberapa blok lagi. Mengikutinya pada simpang, Kriss tiba-tiba berhenti bila lelaki itu berdiri di tepi bangunan... memandangnya. Ianya posisi menyerang dan mata peraknya garang membuatkan Kriss kaku.
Untuk seketika, kedua-duanya tidak bergerak. Kriss menggunakan masa itu untuk menumpukan kuasanya dan melihat ke dalam roh lelaki itu. Gambaran roh itu menjadi tepat, Kriss menjangka ada kilauan beralun perak dalam darahnya, tapi terkejut maklaikat yang jatuh ini telah dikotorkan. Matanya terbeliak bila sedar lelaki ini satu kacukan.
Jadi, itu yang dia rasakan bila makhluk ini meletup semasa di gereja. Kriss cuba memastikan jika kacukan ini sejahat jembalang yang tulin yang dipenjarakan bersamanya. Dia rasa ada tolakan bila gambaran itu ditolak ke belakang dan Kriss terkedip. Cuma seorang sahaja yang pernah dia jumpa yang berupaya menghalangnya dari melihat rohnya adalah Dean.
Menarik nafas panjang kemudian melepaskannya perlahan, Kriss memutuskan cuma ada satu cara untuk kepastian. Baru mula untuk ke hadapan, maklaikat yang jatuh itu berikan senyuman yang tidak baik dan melangkah ke belakang, hilang bila dia jatuh dari atap itu dan ghaib.
Tahu itu satu pelawaan bila melihatnya, Kriss mengaum dan dengan lompatan sambil berlari, dia buat terjunan angsa dari tepi bangunan mengejarnya. Sebelum sampai ke konkrit empat tingkat di bawah, sesuatu menghentam sisinya dan rasa tangan memeluknya kuat.
"Tidak", Dean berdengus bila melanggar Kriss di udara.
"Saya fikir kamu mahu cari dan tangkap dia", jerit Kriss marah tiba-tiba. Dia mencari Dean sudah beberapa hari sekarang dan dia marah sebab Dean ada dekat kerana tahu dia di situ tapi tidak menunjukkan diri.
"Dia bukan arnab", bentak Dean sambil mereka bertukar arah dan naik semula ke atap di atas bangunan. "Lagipun, saya sedang meninjaunya untuk sekian lama dan mahukah kamu tahu apa yang dia buat?".
"Apa?" kerut Kriss.
Dean tiba-tiba melangkah jauh untuk menjarakkan dirinya. "Dia merisik Misery, jembalang yang memerangkapnya di dalam gua itu".
Pada masa itu, awan nipis di atas mereka terbuka dan cahaya bulan menyinari mereka dan membuat bayang-bayang di atap itu yang menonjolkan identiti mereka. Dean terpaksa menoleh jauh dari kesempurnaan Kriss... dia sentiasa perlu menoleh jauh.
"Baiklah, mungkin dia boleh bantu kita untuk balas dendam", ujar Kriss. "Ianya sudah lama, tapi jika bersama kita boleh kalahkannya".
"Saya sangsi", Dean merenung ke arah tempat jatuh maklaikat yang jatuh itu. "Setiap kali saya mendekatinya, saya boleh rasa kemarahan dan ketakutannya".
Kriss memandang ke arah yang sama tahu itu benar. "Mungkin dia ada sebab munasabah untuk takutkan kita". Dia mula beritahu bahawa ianya satu kacukan... bukan berdarah asli maklaikat yang jatuh, tapi Dean mendiamkannya.
"Tidak penting sebab dia tidak percayakan kita", Dean melangkah ke belakang dari tepi bangunan dan meninjau bandar.
Dia tahu Kriss ingat dia sudah tahu semua. Jadi maklaikat yang jatuh ini bukan berdarah asli... dia hampir dan itu dikira. Dean sudah meneliti rohnya untuk beberapa hari dan kejahatan yang selalu ada di kacukan jembalang tiada padanya. Dalam mata Dean, itu menjadikannya satu daripadanya. Dalam pada itu... mungkin ianya masa untuk memberitahu Kriss fakta kecil itu.
"Dia lebih berdarah asli dari kacukan kamu tahu. Rohnya lain dari kita, tapi kejahatan tiada di situ... sekarang ianya penuh dengan ketakutan, tidak percaya sesiapa, dan keinginan sesuatu. Saya harap kamu tidak berubah terlalu banyak yang kamu tidak nampak kebaikan padanya".
Dia tahu Kriss tidak pernah memburu dengan niat jahat kacukan-kacukan dan membunuhnya tanpa sebab yang munasabah. Kriss adalah antara maklaikat yang jatuh terakhir dihantar ke sini, lama selepas peperangan jembalang telah tamat... dibuang ke bumi untuk menyusutkan sedikit populasi lelaki. Kriss tidak tahu itu, tapi Dean amat lebih tua dari itu.
Dean adalah salah seorang ketua pemberontak yang mengakhiri peperangan jembalang... malah campak beberapa yang berdarah asli ke perutbumi kerana membunuh tanpa sebab kacukan-kacukan yang bukan bersifat jembalang. Ada perkara itu berdosa... tidak kira bagaimana kamu lihatnya.
Kriss dapat gambaran mahu membunuh Kane tapi jumpa roh yang terkoyak tapi yang peliknya suci memandang padanya. Dia tidak pernah jumpa keanehan seperti itu. Jika Kane manusia atau jembalang dengan kecederaan teruk pada rohnya... dia akan jadi kejahatan tulen. Dia sepatutnya suatu kejahatan tulen. Ini membuatnya mushkil jika Dean betul... yang dia sudah hilang keupayaan untuk jadi hakim dan juri.
Hidup bersama manusia untuk sekian lama mengajarnya yang berniat baik selalunya ada sisi yang kelam. Dia memutuskan lama dahulu yang kematian cuma untuk kejahatan yang paling tulen dan yang lain boleh cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri.
"Berapa lama lagi kamu perlu merisiknya?" tanya Kriss curiga.
"Sehingga dia nampak saya bukan ancaman", jawab Dean berahsia.
Kriss merengkan kepala dan melihat Dean, nampak beberapa lubang peluru di bajunya. "Apa yang kamu telah buat?. Kamu bau asap dan itu bukan lubang kupu-kupu di bajumu".
"Biar saya tanya kamu sesuatu", Dean tidak memandangnya, "Kamu betul-betul di sini untukku?. Atau kamu perlu mengalih perhatian dari perasaanmu pada Tabatha?".
Kriss mencapainya, memegang tangannya dan memusingnya untuk bertentang muka. "Kenapa sentiasa perlu bergaduh denganmu?" ujarnya.
Dean menarik tangannya dari pegangan Kriss, "Mungkin sebab saya boleh melihat rohmu di mana kamu tidak nampak".
Kriss menoleh jauh dan bila menoleh balik Dean sudah hilang.
*****
Kane senyap-senyap buka tingkap bilik tidur Tabatha dan masuk ke dalam. Dia telah meninjaunya melalui tingkapnya tapi merasakan dia sedang runsing dan itu menyedihkannya dan fakta yang dia tidak berupaya membaca fikirannya membuat dia gila. Apa yang boleh didengarinya cuma bisikan-bisikan senyap dari mindanya.
Dia memandang siling mushkil idea siapa yang menjadikan cuma dia yang tidak boleh diintip bila cuma dia yang benar-benar mahu diintipnya. Kane menyelimut dirinya dengan kegelapan sambil menyandar di bingkai pintu bilik tidur yang terbuka itu dan melihat dia bergerak dari sofa ke pusat hiburan.
Tabatha turunkan bunyi radio. Dia fikir bunyi latarbelakang boleh membantu membuat pangsapuri itu rasa tidak terlalu kosong tapi ianya cuma menjengkelkannya. Dia rindu teman sebiliknya.
Kriss hilang beberapa minggu sekali sekala masa dahulu dan dia tahu Kriss berupaya menjaga diri, tapi itu tidak mengurangkan kerisauannya. Jembalang itu, kulitnya mengigil teringatkannya, dia boleh mengurung Dean walaupun untuk beberapa jam sahaja. Susah untuk faham fakta bahawa ada sesuatu di luar sana yang mampu mencederakan Kriss.
Sekali lagi dia menyentuh bahunya dengan jari dan ke bawah ke dada di mana dia tercedera, tidak terasa apa-apa kecuali kulit yang mulus dan lembut. Dia rasa bangga membuat Kane fikir dia di bawah pukauannya... jenaka itu terpalit padanya. Lagipun, dia diberitahu jangan ingat melihat Misery... tapi dia ingat. Perlahan menaikkan jari-jarinya yang sama, dia menyentuh bibirnya berharap dia boleh ingat betul-betul apa yang Kane buat padanya.
Mungkin dia dipukau olehnya semasa itu tapi atas sebab-sebab tertentu cuma boleh ingat sebahagian sahaja. Dia kata dia sentiasa melihatnya... mengekorinya. Tabatha rasa bulu di tengkoknya naik dan bilik itu seakan mengecil.
Menarik jarinya dari bibir dia berbisik, "Kane, kamu ada di sini?".
Kane mengenggam bingkai pintu untuk menahan dirinya dari merapati Tabatha tapi tiada kuasa dalam dunia mampu menahannya dari menjawab, "Ya".
Suaranya seperti berhantu, membuatkan Tabatha berpusing-pusing mencarinya. Dia terperangkap di antara kecewa dan takut bila dia tidak nampaknya berdiri di belakangnya. "Adakah saya terlalu kejam sehingga kamu perlu bersembunyi dari saya?" nafasnya bertambah kencang dan dia senyap-senyap mushkil jika ini seakan bermain dengan api.
Kane membiarkan kegelapan menghilang dari kelilingnya dan melihatnya memandang padanya. "Mungkin saya yang kejam".
Tabatha gugup. Dia nampak sedikit kejam menyorok di bingkai pintu... dia akur itu. "Mungkin kamu tidak akan rasa kejam jika kamu ketuk pintu hadapan", jelasnya, mushkil berapa lama dia sudah ada di dalam pangsapurinya. Rasa kelemahan lutut, dia berpusing dan memaksa dirinya berjalan dengan tenang ke sofa dan duduk.
"Adakah kamu akan pelawa saya masuk?" tanya Kane curiga sambil masuk ke bilik itu. Dia sedar cara Tabatha berpusing dan mengangkat kaki ke atas sofa, melipatnya ke badan sambil menyandar di tempat tangan berkusyen sofa itu.
"Saya tidak pasti", jawab Tabatha. "Adakah ini pertama kali kamu ke sini?".
"Tidak", Kane tidak mahu bohong padanya. Kenapa bohong jika dia boleh buatnya lupa dia di situ?.
"Kalau begitu saya jemput kamu. Duduklah", dia menunjukkan hujung sebelah sana sofa itu. Jika dia ke sini untuk mencederakannya, dia patut sudah buat pun... kan?. Tabatha lihat dia bergerak perlahan sambil buat apa yang disuruh. Ianya lakunan... dia pernah nampak kelajuan pergerakannya jika dia mahu. Dia mungkin berhati-hati untuk tidak menakutkannya dan itu membuatnya cemas.
Kane mengangkat kening, "Adakah ini cara kamu layan semua perisik kamu?" tanyanya serius. "Pelawa mereka masuk untuk teh dan biskut?".
Tabatha mengeleng kepala, "Saya tidak minum teh dan saya benci biskut. Secawan kopi dan roti bagel memadai".
Kane tersenyum sinis padanya. "Bagaimana kamu tahu saya tidak akan mencederakanmu?".
"Jika kamu mahu cederakan saya, kamu sudah pun buat", jawab Tabatha, mengucap apa yang difikirkannya tadi. Tambahnya lagi, "Walaupun fakta menunjukkan saya selalu cedera bila kamu ada dekat".
Kane terkejut dalam hati pada ungkapan itu dan akhirnya mengambil tempat duduk seperti diunjurkannya di hujung sofa, menoleh padanya dan bersandar di tempat tangan lagi satu. Dia naikkan kaki kanannya, lutut melipat dan duduk seperti cara separa India dengan satu tangan di atas perut.
"Jadi beritahu saya sayang, kenapa jemput saya masuk?" tanya Kane.
"Kenapa kamu ke sini?" Tabatha mengelak soalan itu.
Kane tersengeh, "Kamu tahukan ianya tidak sopan jawab soalan dengan soalan".
Tabatha terkejut seketika semasa sengehannya menukar riak mukanya sedikit, membuatnya rupa sebahaya dan setampan yang dia percaya akannya.
"Itu betul", kata Tabatha sambil berfikir. "Tapi saya yang kamu ekori dan saya mahu tahu kenapa".
Kane mengangkat bahu, "Sebab saya mahukannya".
Tabatha menjelingnya, "Sebab kamu mahukannya?".
Kane merengkan kepala ke tepi. "Kenapa langsuir buat sesuatu?".
Tabatha buka mulut, tutupnya semula, dan buka balik tidak boleh memberi jawapan.
"Sebab mereka mahukannya", jawab Kane untuknya.
Tabatha mengeluh, "Lihatlah, jika kamu tidak mahu beritahu yang benar saya tidak boleh paksamu. Tapi jika kita mahu berkawan, kita perlu berkongsi sekurang-kurangnya satu kebenaran tentang setiap kita".
Kening Kane terangkat dan dia betul-betul tersenyum, "Ah, jadi kita akan main benar atau berani sekarang?".
Tabatha tersipu teringat beberapa kali dia bermain itu di sekolah menengah... cakap tentang situasi memalukan. "Tanpa berani dan kamu jawab dahulu", bisiknya.
Kane mengangguk, "Baiklah. Sebab saya yang mengintip, kita bermain mengikut peraturanmu".
Tabatha rasa seronok dalam dirinya pada pengakuan mudah dari Kane yang dia memang mengintipnya. "Kenapa Kriss bukan sepertimu?. Dia tidak beri sebab kenapa".
"Sebab kamu bukan kepunyaannya", jawab Kane terlalu cepat.
"Apa jenis jawapan itu?" bentak Tabatha.
"Giliran kamu", ujar Kane.
Tabatha mengumam, "Baiklah", kemudian dia kaku tidak menjangka apa-apa.
"Kamu suka anjing?".
Tabatha terkebil. Soalan itu langsung tidak dijangkanya. Dia menenangkan diri dan tersenyum gembira, "Saya suka ia. Bila saya kecil kami ada anak anjing kecil Yorkie tapi dia lari pergi. Saya tidak boleh lupakannya... saya masih rindukannya kadang-kadang".
Kane membalas senyumannya dengan senyuman yang lembut bila bersetentang mata, "Kamu mesti jumpa Yorkie saya bila-bila masa... namanya Scrappy".
Tabatha rasa kesejukan dalam badannya dan melompat terkejut dari sofa bila telefon berdering. Bangun, dia bergegas ke telefon berharap ianya Kriss. Mengangkat telefon itu, dia berpusing untuk melihat Kane tapi dia hilang tanpa kesan.
Dia mencari dengan cepat bilik tidurnya, tapi tidak jumpa apa-apa. Mengeluh, Tabatha meletak telefon di telinga, "Hello?" dia tersentak mendengar suara Jason.
"Apa yang terjadi?. Kamu menghilangkan diri dan tidak telefon saya beritahu kenapa?". Jason berjalan ulang alik. "Teruklah kamu Tabby, kamu membuat saya bimbang sangat".
Tabatha tersenyum pada telefon itu. Sebenarnya kena jerit dengan Jason membuatnya rasa sedikit normal. Dia dengan cepat menceritakan apa yang terjadi tanpa memberi butiran tentang paranormal.
Kane menyelak semak sedikit sambil melihat Tabatha tenang untuk pertama kali sejak Trevor menghantarnya pulang. Bibirnya tersenyum sedikit bila mendengar Tabatha menceritakan kebenaran pada seseorang di telefon dan menipu habis pada masa sama. Senyumannya hilang dan riaknya bertukar rindu. Dia sanggup beri apa sahaja untuknya senyum padanya dengan mudah. Bergerak ke belakang dari tingkap, dia tahu ianya masa untuk pergi... dia boleh rasa Kriss sedang mendekatinya.
"Tolong tunggu sebentar Jason", Tabatha berkerut merasakan dirinya diperhati. Menoleh ke tingkap, dia kaku melihat Kriss berdiri di luar memandangnya. "Jason, saya cakap denganmu esok, okay?" dia pusing dan letak telefon tapi bila tengok kembali Kriss sudah hilang.
Bab 3
Puan Tully mengeleng kepala semasa keluar dari bilik Micah dan tutup pintu di belakangnya sebelum menoleh ke orang ramai yang berkumpul di ruang tamu. "Dia baik... masih tidur, tapi baik".
"Adakah dia akan pulih sepenuhnya?" tanya Quinn was was.
Puan Tully berdiri antara mereka dan pintu. "Maksud saya dia nampaknya sudah pulih sepenuhnya. Dia tiada satu pun calar di badannya." Dia melangkah ke belakang dan angkat tangan seperti halangan bila beberapa dari mereka cuba melepasinya untuk lihat sendiri.
"Tidak", katanya tegas. "Buat masa sekarang, saya tidak mahu dia diganggu. Dia sedang tidur nyenyak dan itu mungkin yang membantunya sembuh. Jika kamu kejut dia sebelum dia jaga sendiri, kamu mungkin kacau magik yang digunakan ke atasnya".
“Magik?” tanya Jewel keliru. Dia mula faham perumpamaan 'kamu belajar sesuatu yang baru setiap hari' boleh bermula.
“Magik atau ajaib… mereka sama pada saya", senyum Puan Tully pada edisi terbaru keluarga harimau bintang.
"Sudah pulih?" kata Steven tidak percaya kemudian memegang tangannya yang masih digantung untuk menunjukkannya, "Ini masih sakit sangat dan jauh dari pulih".
"Ini bukan masanya cemburu pada nasib baik abangmu", Puan Tully menunjuk pada bilik Micah, "Mungkin jika kamu dengar cakap doktor dan duduk di katil, ia boleh pulih lebih pantas".
Steven berpusing dan memandang Jewel. "Katil pun katillah".
Mata Jewel terbeliak dan mukanya merah padam membuatkan Steven tersengeh.
Puan Tully mengeleng kepala pada yang berbulan madu itu tahu cinta adalah penyembuh ajaib yang terbaik. Dia akan pulih dalam beberapa hari... penat tapi pulih.
"Saya akan pastikan dia tidak diganggu", tambah Quinn sementara dia menjeling ke bilik tidurnya di mana dia tinggalkan Kat tidur.
"Kamu pun perlu pergi", Puan Tully shoo dia dan semua pergi.
Semoga ianya mengambil beberapa jam sebelum adik beradik itu boleh bernafas semula. Dia senyap-senyap mushkil siapa maklaikat penjaga Micah dan di mana dia boleh dapatkan satu. Bila ruang tamu itu kosong, dia memandang ke pintu Micah sekali lagi sebelum berjalan untuk keluar kelab itu.
*****
Alicia rasa tangannya di bahunya membelai kulit mulusnya dan dia berpusing kepadanya dan lihat kehangatan mata biru kehijauan Damon semasa dia menyentuhnya. Dia berpakaian penuh... pakaian semua hitam. Rambutnya kusut dan nampak sangat tampan. Dia angkat tangan dan melorot jarinya ke rambut hitam itu. Bibirnya mengikut pergerakannya, mencium kawasan terbuka di pergelangannya kemudian tersenyum nakal, menunjukkan sedikit taringnya.
Dia menarik nafas panjang dan berpusing jauh darinya... cuma terperangkap di dalam pelukan Michael. Bila bibirnya terbelah terkejut kepeningan, Michael menyandar untuk memciumnya, mengambil apa sahaja nafas yang dia ada. Tangan mereka terkunci bila dia menekannya ke tilam lembut itu dan naik ke atasnya, bermadu kasih dengannya sambil berciuman sedalam-dalamnya.
Dia rasa ada tangan hangat di pehanya... perlahan-lahan naik ke dalam baju-t panjangnya. Dia tahu itu bukan Michael sebab kedua-dua tangannya memegangnya. Bila Michael melepaskan ciuman dan melorot lorong ke lehernya, dia menoleh ke tepi dan lihat Damon masih di situ... merenung mereka dengan mata yang tajam dan menyentuhnya ghairah seakan Michael tiada di situ.
Bila jari Damon mendekati pertengahannya, kesungguhan Michael juga memuncak, membuatkan Alicia merengek di bawahnya dan pada masa sama dia menunjang ke arah Damon... membantunya mencapai tujuannya. Pada masa hujung jari Damon merentas bibir bawahnya, Michael melepaskan nafas panasnya ke telinganya dan Alicia rasa seperti masuk ke pusaran dengan rentapan-rentapan keras semasa dia sampai ke kemuncak.
Terkejut bangun dari katil dia terkebil, ternampak bayangan seakan ada orang sedang memerhatinya di pintu beranda. Bila pandangannya menjadi jelas, bayangan itu hilang. Dia duduk seketika menarik nafas dari mimpinya sementara memandang matahari yang sudah naik di awan.
Memeluk tubuhnya, Alicia sedar betapa panas kulitnya dan bagaimana selimutnya merangkulnya mengikut pergerakannya. Ia rasa seperti membelai kulitnya yang amat sensitif dan dia teringat mimpinya tiba-tiba, membuatnya cepat-cepat keluar dari selimut itu dan berdiri di tepi katilnya.
Dia melihat pada selimut yang tidak bersalah itu seakan kehilangan minda kemudian cuba menenangkan dirinya.
Mungkin dia salah tentang menjadi hangat dan cuma ada sedikit demam dari kecederaan yang dialaminya malam kelmarin di belakang Dansa Bulan dan itu yang menyebabkan mimpi erotiknya. Dia meniup rambut depannya dari mata berharap ianya senang menipu diri sendiri. Walaupun begitu, ia tidak kisah sebab dia tiada masa untuk itu.
Dia menjeling balik keluar pintu kaca itu mushkil bagaimana dia boleh tertidur begitu lama bila dia belum lagi berjumpa Micah. Mengambil beberapa pakaian dari beg bajunya, dia menyelinap keluar biliknya berharap tidak terserempak sesiapa bila merentas ruang jalan ke bilik air besar yang ditemuinya malam tadi.
*****
Micah buka mata rasa seperti dia telah tidur bertahun lamanya. Naluri pertamanya ialah tidak bergerak sebab jangka ia akan menyebabkan kesakitan tapi memorinya malam tadi memberinya semangat dan sebelum dia sedar, dia sudah pun duduk. Melihat sekeliling bilik itu, pandangannya terhenti pada refleksi dirinya di cermin. Kain balut luka sudah tiada... juga kesakitannya.
Turun dari katil, Micah berjalan ke cermin itu mengosok mata dan mushkil jika dia berkhayal. Menurunkan tangannya ke meja solek, ia terkena gambar berbingkai membuatnya hilang imbangan dan jatuh. Dengan refleks pantas, dia tangkap ia sebelum kena lantai dan angkatnya ke aras mata.
Dia merenung ke gadis yang memandangnya dengan mata biru bersinar. Dia tidak senyum tapi kejelitaannya masih jelas. Rambut perangnya beralun anggun mengelilingi riak muka yang murung.
Dia boleh dengar orang lain di bilik-bilik sekelilingnya tapi dia cuma mahu berjumpa seorang sahaja... Alicia. Dan dia ada di tempat Michael. Dia tidak pasti bagaimana dia tahu tapi dia tahu. Michael adalah sebab semua orang tidak ingat dia ada di vila itu malam semalam.
Meletak gambar itu balik ke meja, Micah senyap-senyap menukar pakaian dan buka tingkap. Mendarat ke atas tanah keras di bawah dia dapat rasa ototnya boleh mengambil impak dengan senang dan kaku, mushkil bagaimana dia boleh rasa lebih baik sekarang dari sebelum dicampak ke bilik penderaan kecil Anthony. Berharap dia akan tahu juga nanti, dia bergegas ke tempat Michael untuk pastikan Alicia okay.
*****
Michael buka matanya dan nampak cuma awan biru dan mengelip. Dia tertidur di atap gereja lagi. Duduk dia memandang rentas jalan pada masa sama Micah sampai ke pintu hadapan. Michael kaku. Harimau bintang itu berjalan dengan pergerakan senyap kebanyakan haiwan jadian cuma berharap boleh buat. Dia menutup matanya dan berterimakasih pada tuhan yang mendengar, kemudian terkejut bila ada suara di belakangnya.
"Pertunjukkan di sana... kenapa kita di sini?" kata Kane tersengeh.
*****
Damon memakai baju hitam tidak kisah pun untuk mengenakan butangnya. Mengurut jarinya ke rambut, dia buka pintu bilik tidurnya dan menyandar di bingkai untuk merenung ruang jalan. Dia boleh dengar setiap bunyi dari pancuran mandi, tapi itu tidak membuatnya mushkil seperti bunyi yang dibuatnya semasa tidur tadi. Dia bertanya jika Alicia tahu bahawa katil-katil mereka cuma bersebelahan antara dinding batu yang nipis.
Dia mengaum diganggu dari lamunannya bila dia terdengar ketukan di tingkat bawah. Menolak dirinya dari pintu, dia memutuskan untuk menghalau tetamu tidak diundang itu secepat yang boleh. Bukannya pertama kali dia menakutkan seseorang supaya lari.
Membuka pintu kuat, Damon mengangkat kening pada orang asing itu. "Apa?".
"Kamu bukan Michael", kerut Micah kenal lelaki itulah yang bersama adiknya malam tadi. Dia sangka Michael tinggal seorang. Melihat lelaki itu berdiri separuh bogel dan menghalang bukaan pintu membuatkan Micah mahu kepastian dia tidak keluar katil yang sama dengan adiknya.
“Okay, begitu juga kamu", kata Damon mengugut.
Micah rasa kebinatangannya naik mendadak. "Mana Alicia?".
Cara lelaki itu sebut nama Alicia menyedarkan Damon siapa yang mengelapkan pintunya. Malam semalam muka harimau bintang itu lebam, bengkak dan berdarah... tidak seperti saingan yang dia akan hentam pintu ke muka itu.
Damon memandang Micah atas ke bawah dengan mata tajam memutuskan dia tidak perlu peningkan kepala. "Dia sibuk. Datang semula esok". Dia cuba tutup pintu tapi lelaki yang lebih besar itu lebih cepat dari sangkaannya dan berada di dalam rumah sebelum pintu tertutup.
"Saya boleh bau dia". Micah menyingai mula marah. "Alicia!" jeritnya tidak suka lelaki itu lebih lagi setiap minit. Dia tahu lelaki itu sebahagian dari penyelamatnya malam tadi, tapi itu tidak bermakna jika dia tidak beritahunya di mana Alicia.
Micah mula naik tangga tapi tiba-tiba, Damon sudah ada di anak tangga atasnya menjeling padanya. Mata mereka bersetentang dan Micah rasa takut dan tidak disukai... sehingga seorang gadis bertuala berlari turun kepadanya.
Alicia terdengar Micah jerit namanya dan gembira sangat, dia tidak sempat menukar pakaian tapi ambil tuala terdekat dan berlari ke suara itu. Bila dia melepasi bucu, matanya menyinar bila nampak dia berdiri di situ berketerampilan seperti selalu... sempurna.
“Micah,” bisiknya merasa seperti mahu menangis. Pada mulanya langkahnya perlahan, tapi makin hampir, lebih laju dia berlari sehingga tanpa rasa takut dia melontarkan dirinya ke Micah, hampir menyebabkan mereka berdua jatuh ke belakang di tangga itu.
Damon berpusing bila nampak mata Micah terbeliak pada sesuatu di belakangnya. Dia tidak terkata melihat Alicia berdiri di situ memegang tuala di kelilingnya... rambutnya basah dan air masih menitik ke lantai kayu. Dia memeluk tubuh dan menyandar ke dinding bila pandangannya mengikut pergerakannya merentasinya menuju ke lelaki yang dicintainya.
Damon menurunkan pandangannya, membuatkan hujung rambut depannya menyembunyi matanya. Pandangannya menjadi tajam bila Alicia memeluk Micah erat, memberi maksud baru pada lompatan kasih. Tuhan masih sayangkannya bila Alicia tidak merangkul kakinya keliling pinggang Micah... walaupun gambaran tuala itu ternaik ke atas amat berharga.
Micah memeluk Alicia sehingga dia terangkat seperti pelukan beruang. Dia menutup matanya dan hanya memeluknya buat seketika. Yang pertama dia rasa ialah kulitnya yang lebih panas darinya. Dia menekan muka ke bucu lehernya mushkil kenapa suhu Alicia amat tinggi.
Ini adalah suatu lagi perkara untuk menyalahkan Quinn. Dia cuma hilang dua minggu dan mereka membuat Alicia sakit. Micah mengerut, tidak ingat Alicia pernah jatuh sakit.
"Adakah kamu demam?" tanyanya sambil meletaknya kembali ke kaki. Dia tersenyum melihat Alicia masih lebih rendah darinya, walaupun dia berdiri satu anak tangga ke atas, tapi matanya tertumpu pada kesan gigitan yang belum pulih di lehernya. Dia menolak rambut Alicia untuk melihat lebih dekat tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, Alicia menolaknya.
"Kamu ni dah gila", Alicia mengesat air mata yang mengeruhkan pandangannya. "Malam semalam saya fikir kamu hampir mati... dan sekarang?" dia memegang pipinya mahu sangat menciumnya. "Bagaimana kamu berdiri di sini sangat sihat?".
Pintu hadapan terbuka dan Micah menoleh ke atas bahunya dan nampak Michael dan seorang lelaki berambut perang memandangnya.
Alicia mushkil bahawa tuhan mempermainkannya bila dia memilih waktu itu untuk teringat dia lebih bogel dari tidak. Perubah bentuk selalunya tidak kisah perkara seperti itu seperti manusia, tapi dia masih rasa efek dari mimpi yang dialaminya beberapa minit yang lalu.
Memandang pada Michael, dia boleh lihat kehangatan sertamerta dari pandangannya kemudian menahan nafas bila pandangannya turun ke dadanya.
Micah bergerak menutup adiknya dari pandangan lelaki-lelaki di bawah. Kemudian dia menoleh ke atas pada Damon. Penglihatannya lebih baik dari yang lain. Yang peliknya, Damon bukan memandang ke Alicia. Tetapi, renungannya tertumpu pada tangan Micah yang masih memegang Alicia.
Merasa dicabar secara senyap, mata Micah bercahaya keemasan bila terbuka luas. Micah berfirasat dia sedang memandang ke empunya kesan gigitan yang ada pada Alicia.
Kane sahaja yang sedar bahawa Michael sedang kaku dan Damon nampak seperti bersedia untuk membunuh. Kane cepat-cepat mencari jalan untuk menenangkan suasana tegang itu. "Alicia yang manis... saya rasa kamu terlupa sesuatu penting di tingkat atas". Dia tersengeh.
"Saya tidak akan pergi", kata Micah sentiasa memandang Damon, "Pergi tukar pakaian sementara saya bercakap dengan Michael".
Alicia cepat-cepat cium pipi Micah kemudian berpusing naik ke atas. Dia hampir tersalah langkah bila nampak Damon cuma beberapa kaki darinya. Bajunya terbuka dan seluarnya berzip tapi tidak berbutang, membuatnya londeh di bawah pinggang. Dia rasa pipinya merah membara bila teringat mimpinya bermain seperti wayang kotor.
Riak matanya bila bersetentang mata ialah gelap dan bahaya... dibasahi ketegangan seksual. Dia berharap ianya cuma imaginasinya tapi dia rasa pandangan itu mengekorinya semasa lalu dan menaiki tangga hingga ke atas.
Micah bukan keseorangan melihat pertukaran pandangan antara Alicia dan Damon. Ianya memaksa Kane menyiku Michael sebelum perhatiannya bertukar ke lelaki yang sedang turun tangga. Berjabat tangan dengan harimau bintang itu, dia mengangguk ke arah ruang tamu, "Saya pasti kamu ada soalan".
"Jika dia tiada saya ada", ujar Kane mahu mengeruhkan keadaan. Dia merungut sebelum ini tentang mendengar fikiran orang lain, tapi masa ini membuatnya sangat berbaloi.
Yang kelakarnya ialah Damon tidak tahu yang Micah dan Alicia adik beradik... tapi dia beri kepujian pada Damon kerana berjaya menilik keinginan bukan bersifat adik beradik dari Alicia pada abangnya yang tidak tahu menahu itu. Tapi, jika mimpi yang Alicia dapat sedikit masa lalu itu jadi penentu... ianya akan sukar untuk Michael atau Damon menukar minda Alicia.
Michael terkebil cuba melenyapkan gambaran Alicia memakai tuala dari kepalanya supaya dia boleh menumpukan perhatian. Dia mahu yang terpenting dibincangkan dahulu. "Saya tidak jangka melihat kamu di luar katil seawal ini".
Kane terdengar degupan jantung Michael menjadi laju dan mushkil tentang itu. Cuba mendengar fikirannya, dia kecewa mendapati ianya senyap sangat. Baiklah, si kecil Michael ini menyimpan rahsia.
"Saya pun tidak tahu", jawab Micah jujur kemudian bertukar topik, "Saya sangka kamu tinggal seorang".
Kane mengulung matanya bila mendengar Michael mengeluh lega.
Di tingkat atas, Alicia berlari ke bilik air di mana dia tertinggal pakaiannya. Mengerut pada apa yang dipilihnya untuk pakai, dia memutuskan ianya tidak cukup bagus. Micah kata dia tidak akan pergi dan dia percayanya, jadi dia kembali ke bilik tidurnya untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Dia akhirnya mengeringkan rambut dan memakai sedikit solekan sebelum berpuas hati.
Dia melihat ke cermin dan nampak pipinya masih merah dan matanya terlebih bersinar. Melambai tangannya seakan cuba menghilangkan fakta itu, dia berpendapat ianya kerana dia gembira abangnya sudah balik dan sihat sejahtera.
"Itulah yang sepatutnya", Alicia mengomel sendiri cuba menidakkan penyakit pertamanya. Yang terakhir yang dia mahu sekarang ialah berada di rumah penuh dengan lelaki-lelaki tampan dan dalam kehangatan. Ianya tidak berlaku selalu, tapi jika perubah bentuk betina kehangatan tanpa seorang pacar, betina itu ada dua pilihan... mengurung dirinya dan menderita selama yang diperlukan, atau mendapatkan pacar-pacar sementara satu malam sehingga ianya berakhir. Itulah apa yang gadis-gadis lain di sekolah berasrama penuh itu memberitahunya.
"Walaupun begitu", Alicia mengangkat kening pada cermin. "Keluar dari rumah ini idea bagus untuk semua orang".
Menyimpan semua barang-barangnya dalam beg bajunya, Alicia berpendapat dia patut bawa begnya ke bawah kerana dia akan pergi bersama abangnya. Dia akan rindu kebebasan tapi tersenyum lembut kerana dia dekat dengan Micah semula. Masih mengelamun, dia keluar bilik tidur dan pusing di bucu untuk turun tangga cuma terlanggar apa yang disangkanya dinding batu bata.
Damon mencapai tangannya ke pinggang Alicia, menariknya rapat kepadanya untuk menahannya dari jatuh tangga. Dalam perasaan marah, dia merancang pertemuan itu tidak lain untuk membuktikan sesuatu... yang dia tidak keseorangan rasa tertarik. Dia mahu Alicia faham sebelum Micah bawanya pergi.
Di saat dia menyentuhnya, dia boleh rasa degupannya melonjak. Merasakan ianya perlu, dia memasukkan tangannya ke bawah baju Alicia yang pendek dan membelai kulit yang lembut itu. Dia setuju dengan Micah yang Alicia mungkin demam.
Bibir Alicia merekah semasa dia menarik nafas cepat dan merenung ke Damon merasa setiap inci dirinya menekan padanya dan sukakannya. Dia marah padanya... dia boleh nampak kemarahannya di matanya. Dan dia sepatutnya pun. Dia cuba bunuhnya... dan sebagai balasan dia menyelamatkan nyawanya. Dia terhutang budi lebih dari sekali dan tidak patut untuk pergi dengan Micah tanpa memberitahunya betapa berterimakasihnya dia padanya.
Dia akan pergi dari sini dalam beberapa minit dan itu yang membuatnya berani. Menolak diri ke hujung kakinya, Alicia memberikan ciuman yang lembut di bibir Damon berharap ianya rasa padanya sama seperti yang dirasainya. Dia berbau bagus dan kulitnya licin dan sejuk di bibirnya yang panas.
"Terimakasih", bisiknya dan menarik diri.
"Untuk apa?" tanya Damon rasa seperti Alicia menolaknya tidak keruan.
"Kerana menyelamatkan saya" Alicia tersenyum.
Untuk seketika, Damon rasa seperti ada sesuatu yang sangat berat menekan dadanya tapi berkurangan... sehingga dia merosakkannya.
"Dan kerana membantu membawa pulang Micah pada saya". Alicia mengangkat begnya semula dan mula merentasi Damon, tapi terkejut Damon memegang lengannya dan menolaknya ke dinding, menekannya. Dia menyandar seinci darinya dan Alicia melihat bulu matanya turun dan merenung bibirnya.
"Jika ianya piala yang kamu berikan, mari tambah taruhan". Damon mengomol bibirnya dengan bibir Alicia, menunjukkan perbezaan ciuman yang Alicia berikan dengan yang diperlukannya. Dia mahu pastikan ianya ciuman yang akan diingati Alicia untuk beberapa malam yang datang.
Damon bersedia untuk Alicia menolaknya pergi atau meronta untuk lepaskan dirinya. Bila Alicia tidak buat apa-apa, dia memperhebatkan ciumannya sehingga kepalanya pening. Yang memeranjatkannya, Alicia tiba-tiba membalas ciumannya dengan kerakusan yang serupa.
Merasakan Alicia menterbalikkan hukumannya kepadanya, dia hentikan ciuman itu secepat yang dia mulakan dan menjauhi Alicia... kemudian mengangkat keras beg Alicia. Berpusing, dia mula turun tangga dua anak tangga selangkah, membiarkan Alicia berdiri di situ kepeningan.
Alicia mengambil sedikit masa belajar semula bernafas. Dia tidak mampu menghentikan dirinya bila Damon menciumnya sebegitu rakus... dia mahu lebih lagi. Cilaka. Apa yang memberinya hak untuk membuatnya ghairah seperti itu kemudian meninggalkannya begitu sahaja? Mengosok dahi, dia memberinya kelonggaran buat masa ini. Jika dia kehangatan... adakah langsuir boleh tahu?.
"Tidak", jawabnya pada soalannya sendiri. Ianya hal perubah bentuk. Dia pasti akan itu.
Damon sudah berada di ruang tamu menenangkan dirinya di sofa sebelah Michael bila Alicia cukup berani untuk turun ke bawah. Atau dia cuma berlakun tenang... bukannya dia renung padanya pun. Dia menoleh jauh bila Damon memberinya senyuman menggoda dan mengalih perhatian pada Micah yang duduk di kerusi malas berkusyen tebal. Dia sedang menyandar ke hadapan, sibuk berbual dengan Michael.
Micah memandang ke Alicia bila dia masuk ke bilik itu. "Jadi saya dengar kamu ambil misi bunuh diri sebagai hobi. Kamu tahu, saya cuma hilang dua minggu". Dia menepuk kusyen di sebelahnya dan memeluk bahunya bila dia duduk. Selepas apa yang Michael beritahu, dia mushkil siapa yang lebih dalam bahaya... dia atau Alicia.
Alicia mengangguk cuba mengelak pandangannya dari Damon. Dia menumpu perhatian pada Michael dan rasa kupu-kupu di dalam perut. Dia akhirnya memutuskan: dalam banyak-banyak langsuir, Kane adalah yang paling selamat... walaupun dia sangsi ada sesiapa yang setuju dengannya.
"Saya terhutang budi pada ketiga-tiga mereka dan berterimakasih banyak-banyak". Dia cuba tidak tersentap bila terasa jelingan Damon. Merasa sedikit dendam, dia berinya senyuman lembut untuk nampak jujur padanya. Dia cepat-cepat sedar siapa yang akan menang perlawanan jeling dan menukar perhatian pada apa yang Michael kata pada abangnya.
"Bandar ini merbahaya sekarang", jelas Damon. Dia menyelamatkannya tiga kali, walaupun dia cuma tahu dua daripadanya. Tambah yang dibuat Michael dan Kane ke senarai itu menjadikan lima kematian Alicia yang dihindari mereka dalam beberapa minggu yang lepas. Dia fikir ianya tidak selamat untuk Alicia meninggalkan mereka.
"Saya setuju", Micah mengangkat bahu dapat merasakan sifat melindungi Alicia dari Damon. Michael beritahu Damon adalah adiknya dan datang untuk membantu. Bila ditanya tentang kesan gigitan di leher Alicia, Michael mengesahkan Alicia digigit semasa serangan di belakang Dansa Bulan. Itu masih tidak bermaksud dia percayakan Damon. Sesuatu dalam dirinya mencurigai langsuir itu.
Memeluk Alicia lebih rapat dan berharap dia membuat keputusan yang betul, Micah menoleh kembali ke tuan rumah. "Dan itu sebabnya saya setuju Alicia tinggal dengan kamu bertiga sedikit masa lagi. Sekarang, tempat ini paling selamat untuknya".
Ianya menakjubkan bagaimana satu permintaan kecil boleh merubah suasana seluruh bilik itu.
"Apa?" Alicia meronta menjauhinya. Bagaimana boleh dia beritahu abangnya yang sekarang ini rumah ini tempat paling merbahaya di dunia baginya... lebih dari di bandar?.
Damon mengangkat kening berharap dia dapat saksikan penceraian yang teruk. Micah memang bodoh. Lelaki mana yang pandai akan tinggalkan pacar perempuannya di rumah yang penuh dengan lelaki-lelaki lain?. Ya, dia gembira jika dapat campak si bodoh ini keluar pintu hadapan... atau tingkap. Yang mana paling senang... atau dekat.
Merasa Alicia bergerak menjauhinya, Micah mencapai dan memegang bahunya, memusing dia ke arahnya, "Alicia, kamu tahu saya mencintaimu sepenuh hati, tapi fikirlah dahulu". Dia tidak mengendahkan ngauman dari Alicia. "Kita baru sahaja menyerang kumpulan serigala itu dan bunuh ketuanya. Sesiapa yang cukup bodoh untuk balas dendam akan mencari keluarga kita. Lagipun, Michael beritahuku kamu telah diserang raksaksa".
Alicia menjeling ke Michael untuk memberi 'terimakasih daun keladi' riak muka, kemudian menjeling ke Kane bila dia buka mulut besarnya.
"Kamu memang magnet pada yang tanpa roh itu", tambah Kane cuba menahan ketawa bahawa Damon sedang mengira cara dia boleh bunuh Micah tanpa sesiapa tahu. Kesian harimau bintang ini tidak tahu bahaya yang mendekatinya. Tahu Damon akan melakukannya, dia putuskan untuk menyelamatkannya. "Kamu harus dengar cakap abangmu tentang ini".
Alicia mengerang ke Kane kemudian menoleh ke Damon garang, mencabarnya memberi kata dua. Bila Damon memberinya senyuman lembut tapi nakal, dia tahu Damon tidak akan menyebelahinya. Dia cepat-cepat berpaling ke Micah, tidak memberi peluang pada Damon untuk berkata, "Jika kita dalam bahaya, mungkin kita boleh lari bersama dan tidak beritahu sesiapa ke mana kita pergi".
Micah berkerut pada Alicia, menguatkan genggaman pada lengannya seakan dia tidak tahu sesuatu. Dia meneliti mukanya dan nampak mata yang terlebih bersinar. Melepaskannya, dia menyentuh dahinya sambil menumpukan pandangannya.
Alicia menolak tangannya ke tepi merasa kalah dan dalam masalah yang besar. Yang paling dibimbanginya ialah menuduh Micah sanggup lari dari masalah. Itu adalah sesuatu yang Micah tidak akan buat dan mereka berdua tahu itu. Jika dia dapat tahu kenapa dia... terlebih hangat, dia akan bernasib baik jika dapat lihat cahaya siang untuk beberapa bulan.
"Saya akan tinggal di sini dengan satu syarat", dia mengalah.
"Apa syarat itu?" Micah mengangkat kening.
"Di Lampu Malam, Quinn letak pengawal sehingga saya perlu berpakaian samaran hanya untuk keluar kelab tanpa diikuti. Jika saya tinggal di sini, saya mahu keluar dan masuk bila-bila saya mahu... tiada penjaga bayi". Dia bersuara tegas. "Saya bukan bayi".
"Tidak, kamu bukan", Micah tersengeh padanya kemudian menoleh ke Michael untuk kepastian.
"Setuju", Michael mengangguk. "Jika kebebasan yang dia mahu, dia dapatnya selagi dia tinggal di sini".
Damon menutup mulut sebab dia tidak setuju dengan kebebasan mutlak seperti itu, tapi tiada siapa patut tahu fakta kecil itu. Dia menarik nafas perlahan, melepaskan ketegangan dalam dirinya kerana sekarang dia tidak akan pergi dan pembunuhan tidak akan diteruskan. Abang... Micah adalah si cilaka abangnya.
Telefon bimbit Michael berketar bila satu pesanan teks diterima. Membacanya dia memandang Micah. "Rupanya adikmu bukan seorang sahaja pelari diri antara kita".
Конец ознакомительного фрагмента.
Текст предоставлен ООО «ЛитРес».
Прочитайте эту книгу целиком, купив полную легальную версию (https://www.litres.ru/pages/biblio_book/?art=66501222) на ЛитРес.
Безопасно оплатить книгу можно банковской картой Visa, MasterCard, Maestro, со счета мобильного телефона, с платежного терминала, в салоне МТС или Связной, через PayPal, WebMoney, Яндекс.Деньги, QIWI Кошелек, бонусными картами или другим удобным Вам способом.